You are on page 1of 2

2 Sunnah Nabi

Yang Sering Ditinggalkan

Syaikhuna, Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki, hafizhahullah, selalu menasihati penuntut ilmu dan para jemaah, serta mengingatkan para imam, para ustaz serta pemimpin agama dalam masyarakat, agar tidak meninggalkan 2 Sunnah Nabi ini, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Beliau selalu mengingatkan agar kita tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi Beliau sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga Sunnah dan adab ilmu, nafaanallahu bihi wa bi ulumihi fid darain, Amiin. Al-Faqir ingin menjelaskan 2 amalan dimaksudkan oleh Fadhilah Syaikh itu, iaitu: yang

(Riwayat Imam Tirmizi dengan Sanad Hasan, Imam AthThobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan AlKabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306)

Imam

An-Nasa'i

menambah

selepas

dengan '

'. Beliau (Imam An-Nasa'i) juga

menambah (tentang ganjarannya): "Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba." Imam Ath-Thobrani menambah: "Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000...".
(Rujuk Khulashah Syawariq al-Anwar min Ad'iyah asSadah al-Akhyar, Al-Allamah al-Muhaddith, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 14-15)

(1) Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir, selepas salam dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:

(2) Membaca sebanyak 7 kali, selepas salam, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Fadhilat: Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang membaca selepas sembahyang Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata sebanyak 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah."

Ya Allah, jauhkanlah aku dari api neraka. Fadhilat: Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: Allahumma ajirni minan nar, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: Allahumma ajirni minan nar, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka."

1|Page

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata'ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-Ruwah, 2/472)

Catatan: 5. Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama' (ramai) umpamanya:

Ya Allah, jauhkanlah kami dari api neraka. Rumusan: 1. Berusahalah untuk mengekalkan duduk Tawarruk atau Iftirasy (jika tidak mampu) selepas Tahiyyat Akhir sembahyang Subuh dan Maghrib, selepas salam, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membaca bacaan pertama tersebut sebanyak 10 kali. Selepas itu, barulah merubah kedudukan mengikut keselesaan masing-masing. Untuk sembahyang-sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali. Berusaha tidak meninggalkan bacaan kedua sebanyak 7 kali selepas sembahyang Subuh dan Maghrib, selepas salam, dengan tidak berkatakata, sehinggalah selesai membacanya. Untuk sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali. Hendaklah berusaha mengamalkan keduadua Sunnah Nabi yang mudah ini untuk sembahyang Subuh dan Maghrib, walau sesibuk mana sekalipun. Janganlah para imam atau orang perseorangan memendekkan membaca keduanya (umpamanya tidak cukup bilangan 10 kali bagi bacaan pertama dan tidak cukup bilangan 7 kali bagi bacaan kedua), atau tidak membacanya terus kerana ada majlis ceramah/ 6.

7.

kuliah/ tazkirah Subuh atau Maghrib selepas sembahyang. Ketahuilah bahawa kedua amalan ini mengandungi ganjaran yang sangat besar dan tidak mengambil masa yang panjang (bacaan pertama +- 1 minit 25 saat dan bacaan kedua 20 saat). Usahakan agar kita tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi . Jika orang awam/ makmum melihat para imam dan pemimpin agama (ustaz dan lain-lain) tidak melakukannya, mereka mungkin beranggapan boleh atau tidak apa ditinggalkan dengan alasan para imam dan ustaz sendiripun tidak melakukannya Justeru, ia menjadi fitnah dalam agama., fataammalu Mengamal Sunnah Nabi sahaja sudah sangat besar ganjarannya, belum lagi ganjaran amalan Sunnah itu sendiri. Antara tanda cinta seseorang kepada Rasulullah ialah dengan mengamalkan Sunnah Baginda .

2.

Sesiapa yang berpegang (mengamalkan bersungguh) sunnahku ketika umat sudah binasa (teruk), maka baginya pahala 100 mati syahid. Dan dalam riwayat lain: Maka baginya pahala sekali mati syahid.
(Riwayat Ath-Thobrani dari hadith Abu Hurairah. Diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dalam kitabnya AzZuhd al-Kabir. Ibn Adi menyebutkannya di dalam kitabnya Al-Kamil dan Az-Zahabi menyebutkannya dalam kitabnya Mizan al-Itidal)

3.

4.

Al-Faqir Ilallahil Qadir, Khuwaidim al-Ilm wa Ahlih, Muhadir Haji Joll 1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011M

* dipersilakan untuk disebar luaskan demi kecintaan kepada Rasulullah dan mengambil berat tentang hal ehwal ummah marhumah.

2|Page

You might also like