You are on page 1of 11

PRAKTIKAL 1: BAHAN API

Tujuan: Menyiasat penyulingan berperingkat petroleum

Bahan-bahan/alat radas: Petroleum, serpihan porselin, kertas turas, kaki retort, kondenser Liebig, kelalang penyulingan, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga, tripod, piring penyejat, dan penunu Bunsen.

Prosedur:

A.

Penyulingan berperingkat petroleum 1. Pasangkan alat radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Penyulingan Berperingkat Petroleum

( Pertroleum dituang ke dalam penyukat )

( Petroleum disukat )

( Petroleum dituang ke dalam kelalang penyulingan )

2. Panaskan penyulingan.

dengan

perlahan

minyak

petroleum

dalam

kelalang

( Api dinyalakan bagi memanaskan bahan )

( Petroleum dan serpihan porselin dipanaskan bersama )

3. Kumpulkan pecahan pertama yang didapati pada suhu 30C - 80C.

4. Teruskan pemanasan dan kumpulkan pecahan yang telah disuling ke dalam kelalang yang berasingan pada suhu yang berbeza iaitu 80C 120C, 120C - 160C, dan 160C - 200C.

( Pemanasan diteruskan ke peringkat seterusnya )

B.

Ciri-ciri pecahan penyulingan berperingkat :

1. Perhatikan warna setiap pecahan. 2. Perhatikan kelikatan setiap pecahan dengan mencodongkan kelalang kon. 3. Untuk setiap pecahan, tuangkan sedikit cecair ke dalam piring penyejat dan panaskannya. Perhatikan warna api dan jelaga yang terhasil.

( Hasil diuji nyalaannya )

( Hasil diuji nyalaannya )

( Hasil diuji nyalaannya )

( Nyalaannya menghasilkan jelaga )

( Kesan jelaga yang terbentuk )

4. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.

Keputusan :

Peringkat

Suhu

Warna

Kepekatan

Kebolehan kebakaran

30C - 80C

Jernih kekuningkuningan

Mudah cepat mengalir / Kurang likat

Mudah terbakar ( tidak berjelaga )

80C - 120C

Cecair Kekuningan

Mudah mengalir / Likat

Berjelaga sedikit.

120C - 160C

Cecair kuning keperangan

Perlahan / Sangat likat Sangat perlahan / Paling likat

Berjelaga

160C - 200C

Cecair coklat keperangan

Sangat berjelaga

Perbincangan :

1. Kepingan porselin digunakan bagi mengelakkan proses pemeruapan pada petroleum yang sedang dipanaskan. 2. Laluan air pada condenser Liebig mempercepatkan proses kondensasi. 3. Hasilan yang terhasil memerlukan tempoh pemanasan yang lama bergantung kepada takat didih bahan setiap peringkat.

Kesimpulan :

1. Semakin tinggi takat didih, semakin gelap warna bahan yang terhasil. 2. Semakin tinggi takat didih, semakin bertambah kelikatan bahan yang terhasil. 3. Semakin tinggi takat didih, semakin bertambah jelaga yang terhasil.

Soalan:

1. Bincangkan kebolehnyalaan pecahan petroleum.

Kebolehnyalaan petroleum bergantung pada pecahan hasil daripada proses penyulingan berperingkat :

Pecahan 1 2 3 4

Kadar Suhu 30oC 80oC 80oC 120oC 120oC 160oC 160oC 200oC

Nyalaan Tidak berjelaga Sedikit berjelaga Berjelaga Sangat berjelaga

2. Bincangkan hubungan di antara tahap didih pecahan dengan: a. Warna pecahan b. Kelikatan pecahan c. Penghasilan jelaga

Jawapan : Pada pecahan pertama, takat didih serendah 30 oC 80oC, warna yang terhasil adalah berwarna kekuningan jernih, berwarna kuning apabila berada pada pecahan kedua iaitu pada takat didih 80 oC 120oC, warna kuning keperangan terhasil manakala pada pecahan ketiga iaitu pada takat didih 120oC 160oC dan cecair berwarna coklat keperangan pada pecahan keempat iaitu apabila mencapai takat didih 160oC 200oC. Secara kesimpulannya :

a.

Semakin tinggi takat didih, semakin gelap warna cecair yang terhasil.

b.

Pada takat didih 30oC 80oC, cecair yang terhasil adalah kurang kelikatannya, menjadi likat pada takat didih 80oC 120oC, kepekatan cecair bertambah pada takat didih 120 oC 160oC iaitu menjadi sangat likat dan pada takat didih 160 oC 200oC menghasilkan cecair yang paling likat tahap kelikatannya. Kesimpulannya :

Semakin tinggi takat didih, semakin bertambah kelikatan cecair yang terhasil.

c.

Apabila cecair tersebut diuji dengan nyalaan pada pecahan takat didih 30oC 80oC, tiada jelaga terbentuk pada kertas turas. Sedik jelaga dihasilkan semasa pengujian terhadap cecair dipecahan kedua iaitu pada takat didih 80oC 120oC manakala berjelaga jika diuji pada pecahan yang ketiga iaitu pada takat didih 120 oC 160oC dan jelaga paling banyak terhasil pada takat didih 160 oC 200oC. Secara kesimpulannya :

Semakin tinggi takat didih, semakin bertambah jelaga yang terhasil semasa ujian nyalaan.

3. Pecahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan dan jelaga yang dihasilkan oleh X. C6H14 ( Hexane ) memerlukan takat didih 40oC 75oC semasa proses penyulingan dan menghasilkan cecair berwarna kuning jernih, kurang kelikatannya dan tidak berjelaga jika diuji dengan nyalaan.

4. Tulis persamaan seimbang untuk mewakilkan pembakaran gasolin (C8H18).

2( C8H18 + 25O2 @ ( C8H18 + O2

16CO2 + 18H2O )

8CO2 + 9H2O )

5. Pembakaran tidak lengkap gasolin menyebabkan pembuangan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrik oksida. Tuliskan persamaan seimbang untuk mewakilkan pembakaran gasolin yang tidak lengkap ini (C8H18).

2( C8H18 + 17O2 @ ( C8H18 + O2

16CO2 + 18H2O )

8CO2 + 9H2O )

6. Apakah biodiesel? Biodiesel merujuk kepada bahan api yang berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil ( metil, propil atau etil ) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia lipid ( contoh, minyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol ).

Biodiesel dihasilkan bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api enjin diesel diubah suai. Biodiesel boleh digunakan sendirian, atau dicampur dengan petrodiese

7. Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding dengan bahan api petroleum? Biodiesel merupakan bahan api alternatif mesra alam yang dihasilkan melalui bahan asas seperti minyak sayuran dan lemak haiwan yang

menghasilkan kurang bahan pencemar ( karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida ) dan pembebasan gas karbon dioksida berjaya dikurangkan. Seperti mana yang kita ketahui, pembebasan gas karbon dioksida berlebihan mengakibatkan pemanasan global dunia yang

mengundang pelbagai masalah kepada alam sekitar. Penggunaan bahan api berasaskan biodiesel ini dapat membantu mengurangkan pencemaran dan sekaligus membantu ekosistem bumi agar lebih bersih dan kurang pencemaran. Penggunaan biodiesel juga dilihat lebih menjimatkan dan merupakan sumber bahan api yang boleh diperbaharui berbanding bahan api fosil yang semakin meningkat harganya disebabkan kekurangan bahan tersebut. Biodiesel juga mampu mengatasi krisis tenaga yang dihadapi dunia ekoran kekurangan bahan api fosil sekarang ini.

You might also like