You are on page 1of 1

Awal Bicara

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Kami sembah pembuka bicara.

Suram wajah si anak dara, Mengingat kasih tidak bersemi; Salam sembah pembuka bicara, Selamat bertemu di laman kami.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Jutaan kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya, maka laman perkongsian ilmu ini dapat dibina. Selamat datang ke laman kami. Laman ini menyediakan perkongsian ilmu berkaitan program Pendidikan Pemulihan yang dijalankan di sekolah rendah seluruh Malaysia. Laman ini di bina untuk membekalkan informasi kepada golongan guru khususnya guru-guru pemulihan yang baru dilantik yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bidang tugas dan bahan pengajaran yang perlu disediakan. Harapan kami agar setiap maklumat yang disediakan dapat memberi manfaat berguna kepada semua pengunjung laman ini. Terima kasih kami titipkan kepada anda semua yang sudi mengunjungi laman kami. Seribu kemaafan atas segala kekurangan dan ketidaksempurnaan.

Tuai padi antara nampak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

Salam Ukhwah, Aniza & Zaniya Sahabat selamanya......

You might also like