You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS AMALAN REFLEKSI Jenis Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran/ Aktiviti: Bahasa Malaysia

Tarikh: 6 Februari 2014 Masa: 10.10 Pagi - 11.10 Pagi Tahun/Kelas: 3 Jaya

Isu/cabaran yang difokuskan Kawalan kelas Analisis isu/fokus Kekuatan: Guru bersemangat dan bersikap tegas di awal pengajaran membuatkan murid memberikan tumpuan dan dapat membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat membaca dengan lancar petikan yang diberikan oleh guru. Kelemahan Guru menjadi hilang fokus apabila murid melakukan aktiviti melakon semula ayat di dalam petikan dengan menggunakan intonasi yang betul beserta gaya kerana terdapat segelintir murid mula bermain-main sesama sendiri dan tidak memberi tumpuan semasa rakan sedang melakonkan watak yang terdapat di dalam petikan. Hal ini membuatkan guru menjadi hilang sabar dan tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Selain itu, guru kurang keyakinan dalam penyampaian maksud ayat majmuk dan ayat tunggal kerana tidak menguasai

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS Kesedaran baru berkaitan dengan pengalaman di luar bilik darjah atau kehidupan seharian Guru perlu peka dengan isu isu semasa Cadangan dan tindakan susulan Saya perlu lebih tegas dalam memberikan arahan sebelum melakukan aktiviti supaya murid dapat mendengar kata. Saya juga perlu menguasai kemahiran-kemahiran bahasa supaya penerangan yang disampaikan jelas dan lebih teratur.

You might also like