You are on page 1of 2

KEMPEN NILAI-NILAI MURNI Amalan nilai-nilai murni amat penting dan haruslah diamalkan dalam kehidupan seharian kita,

malah ia sepatutnya dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini terjadi kerana nilai-nilai murni merupakan amalan baik dan membina seorang yang positif dan dapat membezakan kegiatan bagus dan negatif. Nilai-nilai ini perlu ditanamkan dalam hati setiap individu agar mereka mengamalkan norma-norma sosial yang dihendaki dalam masyarakat.

Antara nilai-nilai yang dibincangkan ialah nilai harga diri yang membawa maksud berupaya dan yakin dengan diri sendiri serta dapat menjaga maruah diri. Dengan penjelasan yang lebih menfahamkan, nilai ini penting terutamanya dalam kalangan remaja yang masih merupakan pelajar yang bersekolah dan merupakan generasi masa depan. Ketiadaan nilai ini dalam seseorang remaja akan mendorong kepada penglibatan dalam isu-isu yang tidak senonoh seperti membuli. Sebagai contohnya, baru-baru saja terdapat kes membuli yang hangat pada bulan March disebar dalam media massa. Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah bernama Tun Hussein Onn di Penang di mana ketua tingkatan telah dibuli kejam oleh pelajar sekelas disebabkan ketua tingkatan melaporkan kepada guru bahawa pembuli telah membawa telefon bimbit ke sekolah. Pembuli harus mengamalkan nilai harga diri dengan tidak melibatkan diri dalam pembulian yang akan membawa kesan yang teruk kepada diri sendiri. Dua orang pembuli akhirnya telah ditangkap oleh polis.

Selain itu, ketua tingkatan dalam hal ini telah mengamalkan nilai amanah dan bertanggungjawab. Pelajar yang menjadi ketua tingkatan tersebut telah memikul tugasnya dengan melaporkan kes membawa telefon bimbit ke sekolah. Walaupun ketua tingkatan telah dibuli, tetapi pelajar ini telah mendapatkan kepercayaan orang lain dengan melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Inilah nilai-nilai yang perlu ada pada generasi muda sekarang agar mereka dapat menjayakan diri pada masa depan.

Di Samping itu, nilai kasih sayang terhadap keluarga patut diamalkan dalam semua keluarga. Nilai ini membawa maksud perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Nilai ini terutamanya menkritik golongan ibu bapa yang bersikap meterialistik dan mengabaikan kewujudan anak-anak. Dengan kata lain, ibu bapa sering mementingkan kerja mereka dan hal ini akan mengakibatkan anak-anak berasa kebosanan di rumah dan sentiasa melepak di luar. Keadaan ini akan mendorong kepada anak turut melibatkan diri dalam kegiatan negatif. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa dengan
Dihasilkan oleh Robin Lai pada 6th May 2013

berinteraksi dan mengajar anak-anak supaya anak dapat pendidikan dan nilai kasih sayang terhadap keluarga dapat ditonjolkan.

Tambahan pula, kita perlu mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Nilai ini membawa maksud menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. Contohnya, setiap kaum merayakan perayaan kaum sendiri pada setiap tahun seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan sebagainya. Hari perayaan ini juga boleh mengekalkan hubungan kekeluargaan seperti saudara-mara dari luar negeri dan luar negara akan balik kampung untuk menyambut perayaan-perayaan itu. Pemakaian songkok dan baju Melayu ketika Hari Raya Puasa menandakan penghormatan anak-anak Melayu terhadap kebudayaan masyarakat Melayu. Pengekalan tarian singa dan naga ketika perayaan Tahun Baru Cina menunjukkan masyarakat Cina masih lagi setia dengan tradisi kekeluargaan mereka. Kewujudan tarian gamelan dan makyung pada zaman sekarang menunjukkan masyarakat Malaysia masih lagi mengekalkan tradisi kekeluargaan. Nilai ini haruslah diamalkan dari generasi ke generasi supaya tradisi yang diamalkan sejak dulu sentiasa diwarisi.

Kesimpulannya, nilai-nilai murni amat penting dan setiap orang haruslah diingatkan dari masa ke masa supaya tidak mengabaikan nilai yang seharusnya diamalkan untuk menhasilkan raykat yang produktif dan berkualiti.

Dihasilkan oleh Robin Lai pada 6th May 2013

You might also like