You are on page 1of 5

Amalan Makan di luar - Presentation Transcript

1. Makanan Siap untuk Pengamal Makan di Luar: Peranan dan Cabaran Majlis Pebandaran Kajang (MPKj) ke arah Keselamatan Makanan. Noraziah Ali & Mohd Azlan Abdullah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran FSSK, UKM noraziah@pkrisc.cc.ukm.my & alit@pkrisc.cc.ukm.my Abstrak Amalan makan di luar dan perniagaan makanan siap adalah fenomena bandar yang semakin ketara. Semakin ramai peniaga yang terlibat dalam perniagaan makanan siap sama ada secara berlesen/sah atau tanpa lessen, akibat permintaan yang tinggi daripada komuniti bandar yang semakin cenderong untuk makan di luar rumah atas pelbagai faktor. Arah aliran ini mencorakkan landskap bandar menerusi aktiviti perniagaan dan pelanggan mereka yang merancakkan perjalanan kehidupan bandar, terutama sekali pada waktu makan dan pada hari cuti umum. Sehubungan itu, PBT di setiap majlis bandaran adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan ruang perniagaan yang diperlukan dan memastikan keselamatan makanan dapat dinikmati oleh pengamal makan di luar. Kajian ini yang dijalankan di bandar-bandar Daerah Hulu Langat bertujuan untuk meninjau peranan dan cabaran MPKj dalam menyediakan peluang perniagaan makanan siap dan menguatkuasakan pelbagai peraturan perniagaan demi menjamin warga bandar mendapat perkhidmatan terbaik dan pemakanan yang selamat. Kata Kunci: Amalan makan di luar, perniagaan makanan siap, pihak berkuasa tempatan. Dibentang dalam Persidangan PPSPP ke-2: Keharmonian hidup, Imbangan Alam dan Pembangunan, 5-6 September, 2005 di UKM Bangi. 832 Pengenalan Fenomena makan di luar secara amnya melibatkan tiga pihak: iaitu, pihak berkuasa tempatan, peniaga dan pelanggan. Salingkaitan ketiga-tiga pihak tersebut mencorakkan aktiviti makan di bandar: a) perancangan dan pembangunan pelbagai tempat dan kedai makan serta penguatkuasaan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan; b) perniagaan di pelbagai premis makanan oleh para peniaga makanan dan c) kunjungan pelanggan yang mengamalkan makan di luar rumah. Makan dan makanan yang diperolehi di pelbagai premis makanan di bandar sebenarnya menggambarkan beberapa persoalan yang merujuk kepada perubahan kehidupan masyarakat setempat dan pada masa yang sama boleh dilihat dari pelbagai perspektif sosioekonomi dan persekitaran. Pertama, makan dan makanan merupakan keperluan asas penduduk tetapi mengapa makan di luar? Makan di luar rumah bukan sahaja pada waktu makan biasa, tetapi sudah tidak mengira waktu; makan bukan sekadar untuk mengisi perut yang kosong tetapi juga sebagai aktiviti sosial dan ekonomi (lihat Fox. R. t.t) Kedua, perkembangan perniagaan makanan amat memberangsangkan kerana permohonan lesen dan premis / tempat untuk berniaga makanan sentiasa tidak dapat dipenuhi oleh pihak berkuasa tempatan kerana terlalu banyak permintaan. Apakah berniaga makanan amat menguntungkan yang boleh mendatangkan pulangan yang memuaskan kepada peniaga? Satu lagi persoalan berkaitan ialah sejauh mana peniaga akur dengan peraturan dan undang-undang perniagaan makanan yang ditetapkan? (lihat Yapp & Fairman 2004). Ketiga, pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sesebuah majlis tempatan berhadapan dengan persoalan tiga serangkai, iaitu membuka seluas-luasnya peluang berniaga di bandar dengan mengeluarkan lesen perniagaan, menggubal peraturan dan penguatkuasaannya bagi memastikan kuantiti dan kualiti perkhidmatan makanan dapat memenuhi keperluan dan permintaan warga bandar, dan bersiap sedia dengan pelan strategi jika sesuatu keadaan timbul yang boleh mengancam orang ramai dan menjejaskan kelancaran sistem perjalanan bandar (lihat Hubbard M. & Onumah G. 2001). Dalam kertas kerja ini, perbincangan ditumpukan kepada perspektif MPKj sebagai pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen perniagaan makanan dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan makanan dan tempat makan. Dalam konteks itu, kertas ini akan meneliti skop tugas, perlaksanaan tugas dan rancangan MPKj untuk perniagaan makanan berkualiti bagi warga Daerah Hulu Langat. 833 Perkembangan Perniagaan Makanan dan Tren Makan di Luar di MPKj Kawasan bandar di Daerah Hulu Langat ditadbirkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang berpejabat di Bandar Kajang. Perkembangan penduduk dan pembangunan sosioekonomi daerah ini adalah agak pesat dengan penubuhan Bandar Baru Bangi (1974), perkembangan bandar-bandar sedia ada seperti Cheras dan Kajang dan kawasan sekitarnya dengan pembangunan pusat-pusat perniagaan baru dan pembinaan kawasan / taman perumahan baru. Perkembangan semasa di Wilayah Sepang, selatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Seremban yang bersempadan dengan Daerah Hulu Langat juga mempengaruhi perkembangan kawasan Majlis Bandaran Kajang dari segi kependudukan dan aktiviti sosioekonomi. Perniagaan makanan di MPKj yang berlesen berjumlah 945 buah, tidak termasuk premis industri / institusi sebanyak 143 buah premis. Selain premis makanan yang beroperasi di bangunan, makanan siap juga dijual di pasar berkala (pasar malan dan pasar tani) yang dikelolakan oleh unit lain MPKj dan oleh sebuah pihak persendirian setempat yang diberi mandat menguruskannya. Selain perniagaan makanan yang berlesen, terdapat banyak gerai menjual makanan yang beroperasi tanpa lesen di pelbagai lokasi strategik di seluruh kawasan MPKj. Peniaga lazimnya berniaga di tapak tidak kekal binaan gerainya dan masa operasi pula agak pendek (beberap jam) sesuai dengan jualan sama ada untuk makan pagi atau makan petang. Walau bagaimanapun, kedudukan gerai tidak berlesen yang terlalu hampir dengan jalan untuk memudahkan pelanggan berhenti membeli, berkemungkinan terdedah kepada kotoran habuk dan pencemaran daripada kereta yang lalu di jalan raya. Jadual 1: Bilangan lesen yang diluluskan mengikut tempoh-tempoh tertentu di

2.

3.

4.

5.

6.

MPKj sehingga Jun 2005 Tempoh Bilangan Peratus Sebelum 1990 26 2.8 1991-1995 85 9.0 1996-2000 328 34.7 2001-2005 506 53.5 Jumlah 945 100.0 Sumber: MPKj 2005. Nota: i. Bilangan lesen yang tidak diketahui status permohonan lesen atau tidak diluluskan ialah berjumlah 230. ii. Bilangan keseluruhan permohonan lesen ialah 1175. Perkembangan perniagaan makanan di MPKj ditunjukkan dalam Jadual 1. Berdasarkan jumlah lesen perniagaan yang diluluskan oleh Bahagian Perlesenan MPKj, trennya meningkat secara perlahan dalam separuh dekad pertama 1990-an, tetapi bertambah hampir 4 kali ganda selepas itu. Selepas tahun 2000, sebanyak 53.5 peratus perniaga memperolehi lesen perniagaan mereka. Maksudnya, perniagaan makanan di MPKj berkembang pesat dalam tempoh satu dekad yang lalu. Berdasarkan kepesatan pembangunan mukim atau/dan bandar di MPKj, 4 tempat yang menjadi tumpuan perniagaan makanan ialah Kajang, Cheras, Bandar Baru Bangi dan Semenyih. Keempat-empat bandar tersebut adalah bandar terbesar di MPKj dengan Kajang dan Cheras sebagai berada di hirarki dua 834 teratas. Maksudnya, jumlah permohonan lesen perniagaan meningkat mengikut saiz penduduk di setiap petempatan menentukan saiz permintaan terhadap perkhidmatan makanan. Jadual 2: Taburan aktiviti perniagaan makanan siap berdasarkan jumlah permohonan lesen mengikut mukim di MPKj sehingga Jun 2005 Mukim/Tempat Bilangan Peratus Kajang 435 37.0 Cheras 229 19.5 Bandar Baru Bangi 170 14.4 Semenyih 177 15.1 Hulu Langat 22 1.9 Balakong 45 3.8 Seri Kembangan 14 1.2 Beranang 28 2.4 Bangi Lama 8 0.7 Sg. Long 47 4.0 Jumlah 1175 100.0 Sumber: MPKj 2005. Dari segi etnik, Melayu dan Cina adalah paling ramai mendapat lesen perniagaan makanan. Pola taburan peniaga sedemikian adalah selaras dengan komposisi penduduk MPKj. Secara umumnya, selera makan mengikut etnik mendorong pelanggan Melayu melanggani kedai Melayu/Islam, sementara pelanggan Cina pula lebih cenderung makan di restoran Cina. Jadual 3: Taburan perniagaan makanan siap berdasarkan jumlah permohonan lesen mengikut kumpulan etnik di MPKj sehingga Jun 2005 Etnik Bilangan Peratus Melayu 524 44.6 Cina 522 44.4 India 108 9.2 *Lain-lain 21 1.8 Jumlah 1175 100.0 Sumber: MPKj 2005. *Termasuk restoran makanan segera, restoran Jepun dan restoran masakan Arab. Perniagaan makanan dijalankan di pelbagai premis perniagaan. Jadual 4 menunjukkan taburan preniagaan makanan mengikut jenis premis. Sebanyak 88.0 peratus perniagaan makanan di MPKj dijalankan di kedai makan,atau kedai kopi dan restoran, termasuk food court yang terletak di pusat bandar dan pusat kejiranan. Restoran makanan segera sebanyak 1.5 peratus, lazimnya terletak dalam kompleks membeli-belah, dilanggani oleh orang ramai yang membeli-belah di kompleks berkaitan. Justeru, premis makanan untuk orang ramai adalah paling banyak di MPKj. Premis makanan yang lain adalah khusus untuk kemudahan warga sesebuah institusi seperti kafe kilang untuk pekerja kilang, kafe universiti untuk warga kampus, dan kantin sekolah untuk pelajar sekolah. Sama seperti premis makanan untuk 835 orang awam, premis makanan institusi juga tertakluk kepada pemantauan oleh pihak penguatkuasa MPKj. Jadual 4: Jenis-jenis aktiviti perniagaan makanan siap di MPKj sehingga Jun 2005 Jenis Aktiviti Bilangan Peratus Kedai makan, restoran, 1034 88.0 kedai/warong kopi Kantin sekolah, kafe 49 4.2 Kantin kilang, kafe & lain-lain 74 6.3 kantin Restoran makanan segera 18 1.5 Jumlah 1175 100.0 Sumber: MPKj 2005. *Meliputi semua status lesen perniagaan. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan MPKj: Perancangan dan Pemantauan MPKj yang mentadbirkan Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat bertanggungjawab ke atas kebersihan premis makanan berlesen. Lesen perniagaan dikeluarkan oleh Bahagian Perlesenan dan Kesihatan hanya kepada pemohon yang telah mengikuti kursus dan memiliki sijil kendalian makanan. Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan DHL dan Jabatan Pembangunan Persekitaran (Unit Keselamatan Kualiti Makanan) pula berfungsi untuk memantau dan mengambil tindakan perlu untuk memastikan premis makanan di MPKj bersih mengikut standard berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Terdapat undang-undang kecil yang berkaitan yang memperuntukkan kuasa dakwaan kepada pegawai penguatkuasa dan pegawai kesihatan terhadap peniaga yang engkar kerana perbuatan mereka boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan kesejahteraan orang ramai. Dalam konteks perkhidmatan yang mendapat sambutan baik daripada warga bandar, pengendali dan premis makanan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan tindakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelanggan tidak dimudaratkan oleh keracunan makanan dan risiko penyakit bawaan makanan dan keselematan menerusi makanan yang dijual oleh peniaga. Amalan bersih dalam menyediakan makanan oleh semua pekerja di pelabagai kedai dan gerai makanan adalah asas kepada perkhidmatan berkualiti di samping tempat makan yang selesa dan bersih. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di bahagian belakang gerai atau kedai juga tidak terlepas daripada pemeriksaan. Cara pembersihan makanan dan peralatan, kaedah penyimpanan, pengurusan sisa makanan, tandas, peparitan dan sebagainya turut termasuk dalam senarai tugas pemeriksaan oleh pegawai MPKj Skop Fungsi MPKj MPKj sebagai pihak berkuasa tempatan di Majlis Bandara Kajang bertanggung- jawab ke atas perancangan pembangunan, mengendalikan hal ehwal pentadbiran 836 dan penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan di bawah pelbagai akta dan undang-undang. Sama seperti dengan PBT lain, MPKj merancang dan membangunkan majlis bandaran bagi memenuhi keperluan warganya dalam pelbagai bidang kehidupan sosial dan ekonomi di samping memastikan keselamatan dan kesejahteraan persekitaran. Berkaitan dengan perniagaan makanan, fungsi MPKj terbahagi kepada 2 hal utama, iaitu mengeluarkan lesen perniagaan ekoran tersedianya pelbagai bangunan

7.

8.

kedai dan medan makan hasil projek pihak majlis tempatan sendiri atau pihak swasta yang diluluskan. Kedua, memantau dan memastikan perniagaan makanan memberi khidmat makanan siap yang baik kepada pelanggan berdasarkan peratoran yang telah ditetapkan sebagai standard amalan. Penguatkuasaan MPKj dan Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat bekerjasama dalam tugas memantau dan penguatkuasaan. Objektif aktiviti pemeriksaan premis makanan: 1. meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan dan premis makanan 2. meningkatkan kesedaran di kalangan pemunya premis, termasuk pengendali makanan 3. memastikan amalan baik dipatuhi semasa mengendalikan makanan 4. memastikan tahap kebersihan yang baik dan menyeluruh 5. mengelakkan kejadian penyakit bawaan makanan 6. mewujudkan persekitaran yang harmoni selaras dengan program bandar sejahtera. Prestasi pengutkuasaan ditunjukkan dalam Jadual 5. Operasi pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis makanan dan tindakan telah diambil terhadap peniaga yang melanggar peratoran. Premis yang gagal di arah tutup dan diberi tempoh untuk memperbaiki keadaan sebelum dibenarkan berniaga semula. Kes-kes keracunan dan wabak memang berlaku tetapi dianggap tidak meluas dan juga tidak dihebahkan. Tindakan perubatan telah dapat memulihkan keadaan mangsa dengan kadar segera (temubual dengan pegawai kesihatan). Jadual 5: Maklumat aktiviti pemeriksaan dan Tindakan MPKj Tindakan / kes 2002 2003 2004 2005 Diperiksa 1213 952 637 240 Ditutup (%) 112 (9.2%) 50 (5.3%) 57 (8.9%) 43 (17.9%) Kes keracunan 53 110 74 0 wabak 1 2 3 0 Sumber: Jabatan Kesihatan DHL Peraturan untuk Pengusaha & Pengendali Makanan Pengendali makanan perlu bersih dalam semua tugas menyediakan makanan untuk pelanggan. Peratoran kebersihan dikuatkuasakan semasa peniagaan memohon lessen perniagaan lagi. Mereka perlu ada sijil menjalani kursus kesihatan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan suntikan anti deman kepialu yang dilampirkan bersama borang permohonan. Semua pekerja prremis makanan juga dikehendaki membuat suntikan 837 demam kepialu. Tujuannya ialah mencegah jangkitan penyakit yang berkaitan dengan penyediaan makanan tidak bersih seperti taun dan demam kepialu. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan menggariskan amalan kebersihan berikut untuk pengendali makanan: 1. amalkan pengendalian makanan yang bersih dan selamat 2. amalkan kebersihan diri yang betul semasa mengendalikan makanan seperti kuku pendek dan bersih, tidak merokok 3. gunakan pakaian bersih ( termasuk apron dan penutup kepala) 4. gunakan air bersih untuk menyediakan meniman 5. menggunakan ais kiub, bekas bersih dan penyenduk bersih. Ais tidak boleh digunakn 6. tidak membakar /memanggang sate, ikan, ayam dan daging sehingga hangus. Karbon menyebabkan kanser 7. gunakan bekas dan alatan (seperti papan pemotong plastik bukan kayu) yang bersih 8. tidak menyentuh makanan dengan tangan secara terus, gunakan sarong plastik (pakai buang) dan penyenduk /penyepit 9. tidak menggunakan surat khabar sebagai pembungkus 10. makanan hendaklah ditutup daripada habuk dan lalat 11. cuci tangan dengan sabun dan air selepas keluar tandas 12. gunakan kenderaan bersih untuk mengangkut makanan jualan ke tempat jualan 13. urus sisa makanan dengan menggunakan tong sampah berplastik bag yang diikat bila dihantar ke tempat pembuangan sampah 14. Kegagalan mematuhi panduan pengendalian makan boleh diambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MDHL (1983) kompaun sehingga RM250.00 Peraturan di atas harus diberi perhatian oleh pengusaha kedai makan kerana kedai mereka tertakluk kepada pemeriksaan dari semasa ke semasa dan kegagalan peniaga boleh menggangu operasi perniagaan mereka Sistem Pengredan Premis Makanan Sistem pengredan premis makanan bertujuan untuk mengred sesebuah premis makanan mengikut tahap kebersihan. Semua PBT Selangor melaksanakan sistem mengred premis makanan tetapi perlaksanaannya tidak seragam. Sehubungan itu, semua kaedah yang pernah diamalkan oleh setiap PBT perlu dikaji semula untuk penambahbaikan bagi melahirkan garis panduan yang bukan sahaja seragam tetapi lebih baik dan efektif berbanding sebelumnya. Di MPKj, sIstem pengredan dilakasanakan untuk kedai makan, restoran, gerai di pusat penjaja dan food court. Objektif sistem pengredan premis makanan ialah: a) mempertingkatkan tahap kebersihan prremis makanan b) meningkatkan kesedaran peniaga dan pengendali makanan tentang kebersihan dan keselamatan makanan c) memberi pelanggan panduan dalam memilih premis makanan yang bersih dan selamat untuk dikunjungi d) menyeragamkan sistem pengredan premis makanan di Selangor. 838 Jadual 1 menunjukkan spesifikasi gred dan tindakan berkaitan. Setiap pemeriksaan premis makanan melibatkan pemberian markah (%) berdasarkan kriteria yang digubal dalam borang penilaian dan pemberian label gred sama ada A. B atau C. Pemeriksaan ulangan juga dilkukan. Jadual 6: Sistem pengredan premis makanan dan tindakan MPKj Gred dan markah penilaian Tindakan dalam % Gred A: 76100 % Diiktiraf bersih. Pemeriksaan ulangan setahun sekali Jika merosot grednya, kaedah pemeriksaan akan berubah kepada kaedah untuk gred baru. Gred B: 50-75 % Sederhana bersih dan diperiksan setiap 6 bulan Pemeriksaan kedua menentukan taraf kebersihan yang baru. Jika peratus sama, ulangan pemeriksaan ialah selepas 6 bulan Jika meningkat gred, ulangan pemeriksaan ialah setahun kemudian Gred C: 49 % ke bawah Tidak bersih dan arahan penutupan dijalankan Pemeriksaan susulan selepas 2 minggu bertujuan menentukan gred baru premis makanan. Jika meningkat, premis dibenarkan beroperasi semula, jika keadaan tidak berubah penutupan akan dilanjutkan Pemerikasan ulangan ialah 6 bulan kemudian Sumber: Bahagian Pengutkuasaan MPKj Matlamat pengredan premis makanan bertujuan mendedahkan status kebersihan premis makanan kepada orang ramai supaya mereka dapat membuat

pilihan bijak tentang tempat makan yang selamat untuk dilanggani. Pada masa ini, MPKj sedang merancang untuk melaksanakan peraturan yang memastikan semua restoran 24 jam bergred A untuk beroperasi. Isu dan Cabaran Penubuhan Bahagian 1. Jentera penguatkuasaan yang baru dan kecil. Penguatkuasaan MPKj baru sahaja ditubuhkan dengan ahli seramai 6 orang. Oleh kerana baru, tumpuan tugas ialah memeriksan premis makanan. Bahagian ini bekerjasama dengan pegawai Jabatan Kesihatan DHL yang diberi kuasa untuk membuat penilaian, keputusan tentang taraf kesihatan dan tindakan yang perlu diambil seperti arahan penutupan premis jika premis kotor. Secara umumnya, pemantau Bahagian MPKj dijalankan secara terus menerus sepanjang tahun dan pemeriksaan ulangan perlu dilakukan ke atas premis bermasalah. Temubual dengan pegawai penguatkuasaan menjelaskan tentang pelbagai rancangan yang bakal dilaksanakan untuk memenuhi objektif yang ditetapkan. Antaranya menyelaraskan peratoran premis makanan untuk seluruh Selangor, pengredan premis makanan dan saringan minyak masakan daripada masuk ke longkang. Jelaslah bahawa dengan bertambahnya tugas yang diperlukan, sudah tentu petugas yang diperlukan juga perlu lebih ramai dan lebih cekap. 839 9. 2. Permintaan yang semakin meningkat. Permintaan terhadap khidmat premis makanan yang menyediakan keperluan asas warga bandar dipengaruhi oleh pertambahan saiz penduduk dan perubahan gaya hidup yang sentiasa mengejar masa. Pertambahan penduduk akan meningkatkan jumlah pelanggan, terutama sekali di kalangan warga pekerja yang tidak sempat untuk memasak. Ramai ibu yang bekerja juga terpaksa membeli masakan siap untuk keluarga makan di rumah (Noraziah Ali 2003 & 2004). Selain itu, makan bersama keluarga di luar pada hujung minggu dan bersantai bersama rakan taulan di premis makanan boleh dikatakan semakin menjadi norma di kalangan komuniti bandar, mungkin di sokong oleh pelbagai pilihan aneka makanan dan premis makan yang tersedia dalam pasaran (lihat juga Park C 2004 tentang faktor mempengaruhi nilai pelanggan apabila makan di luar). 3. Pelanggan tak smart terdedah kepada amalan makan tidak sihat. Berdasarkan premis makanan dan jenis makanan yang dihidangkan masakan India Utara termasuk beriyani, makanan segera dan francais dan masakan Thai dan lain-lain para pelanggan perlu mengetahui tentang komposisi pemakanan dan kaedah masakan yang dianggap baik atau sebaliknya untuk menjaga kesihatan. Pemilihan tempat makan dan jenis makanan mengikut selera saja sebenarnya bukanlah amalan baik. Keadaan akan lebih serius jika pelanggan makan makanan berminyak, daging, makanan segera dan lain yang tinggi lemak dan berminyak pada ulangan yang kerap. Kesan makanan yang tidak seimbang dan mengandungi banyak lemak membawa kesan kesihatan dalam jangka masa panjang, termasuk penyakit degeneratif. Kajian di Amerika oleh Kant et al. (2004) tentang trend dan pemakanan bagi tempoh 1987-2000 mendapati semakin tinggi kekerapan pengamal makan di luar, semakin rendah khasiat pemakanan mereka. 4. Pencemaran persekitaran. Pencemaran persekitaran berlaku melalui beberapa amalan. Antaranya ialah pengurusan sisa bahan mentah dan sisa makanan yang boleh mencemarkan parit dengan curahan minyak masak dan persekitaran oleh sisa pepejal termasuk sisa makanan pelanggan yang tidak betul pengurusannya. Sisa pepejal yang tidak terurus dan reput menarik lalat dan serangga lain ke premis makanan. Bau yang tidak selelsa juga timbul di persekitaran tempat makan jika terdapat sisa makanan tidak dibungkus dan dipungut untuk dibuang di tempat perlupusan. Masalah persekitaran lebih ketara di kalangan peniaga tak formal yang tidak berlesen. Sehubungan itu, kawalan terhadap perniagaan tidak berlesen adalah antara cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa akibat ramainya yang memohon lesen dan premis berniaga tetapi bilangan yang dapat disediakan terhad. 5. Langgar peraturan. Peraturan yang telah digubal bertujuan untuk melindungi pelangan daripada risiko penyakit bawaan makanan dan persekitaran. Sehubungan itu, peniaga yang engkar bakal mengundang masalah kepada komuniti bandar dan persekitarannya. Misalnya menyusun meja makan di luar premis kerana pelanggan suka makan di kawasan lapang di atas jalan. Tetapi tindakan tersebut tidak dibenarkan kerana boleh menganggu trafik. Justeru, perniagaan makanan perlu kawalan dan pemantauan supaya peniaga tidak melanggar peraturan dan malah akur dengan standard yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, kerja pemantauan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan peniaga tidak alpa dan bersikap mengutamakan keuntungan semata- mata. 840 10. Para pelanggan mempunyai peranan menegur dan melaporkan masalah premis dan penyedia makanan yang tidak disenangi dari segi kebersihan, adab dan sebagainya. Kerjasama dan keprihatinan pembeli boleh membantu pihak penguatkuasaan melaksanakan tugas mereka dan memberi tekanan kepada peniaga untuk tidak mengambil ringan tentang kualiti perkhidmatan makanan siap yang diniagakan. 6. Implikasi sosial. Secara keseluruhannya, MPKj amat menitik beratkan aspek kebersihan premis dan penyediaan makanan yang berkait rapat dengan penyakit bawaan makanan. Namun, persoalan sosial yang berkait rapat dengan amalan makan di luar di kalangan pelanggan tidak menjadi fokus mereka. Mereka tidak langsung menyentuh tentang sifat makanan yang tidak baik - berminyak, berlemak- untuk status kesihatan dalam jangka panjang. Justeru, pelanggan sendiri perlu bijak memilih makanan yang baik untuk kesihatan. Pada hari ini, amalan makan dan pemakanan adalah punca utama banyak penyakit kritikal. Waktu perniagaan tidak termasuk dalam bidang kuasa MPKj menentukan, termasuk perniagaan 24 jam yang menggalakkan remaja melepak sehingga awal pagi. Mereka yang lambat tidur mungkin menggangu tugas di hari esoknya, makan lewat tidak baik untuki kesihatan, dan risiko keselamatan agak tinggi jika mereka mengantuk ketika dalam perjalan pulang. Mereka bersantai dengan kawan-kawan tetapi terdedah

kepada pencemaran daripada kenderaan yang lalu-lalang, asap rokok yang mereka sama-sama hisap dan sebagainya. Perbincangan dan kesimpulan Amalan makan di luar di kawasan pentadbiran MPKj adalah satu fenomena yang semakin ketara dengan ramainya pelanggan yang mahukan perkhidmatan makanan siap dan disambut oleh peniaga makanan yang beroperasi di pusat-pusat dan di pinggir bandar. Dalam konteks itu, pihak berkuasa tempatan mempunyai peranan yang semakin mencabar untuk memastikan perkhidmatan makanan siap yang tinggi permintaannya daripada warga bandar dapat dipenuhi, bukan sahaja daripada aspek memberi pilihan premis dan anika makanan tetapi juga menjamin makanan siap yang diniagakan berkualiti untuk warga bandar. Walau bagaimanapun, memang sukar untuk mencapai matlamat yang dinyatakan kerana semua pihak yang terlibat mempunyai peranan masing-masing ke arah melaksanakan amalan makan yang menguntungkan semua pihak. Persoalan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut. Bahagian Pengutkuasaan MPKj baru sahaja ditubuhkan Tenaga manusia. dengan ahli seramai 6 orang pada masa ini. Jentera sebesar itu dianggap kecil untuk mengendalikan pemeriksaan secara ulangan dan pendakwaan di seluruh Majlis Bandaran Kajang. Sebelum ini semua tugas pemeriksaan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan DHL sahaja. Dengan adanya unit pengutkuasaan MPKj sendiri, tugas penguatkuasaan dapat diberi tumpuan sepenuhnya walaupun masih perlu bekerjasama dengan pegawai kesihatan. Selain itu, komitmen pegawai dan jentera penguatkuasaan amat penting dalam melaksanakan tugas yang perlu dijalankan secara berterusan. Mereka juga memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak lain seperti Bahagian Pendidikan Kesihatan untuk mendidik orang ramai tentang makanan berkualiti. Oleh yang demikian, penguatkuasaan yang efektif perlu disokong oleh kesedaran orang ramai 841 11. kerana mereka yang berpengetahuan dan mempunyai kesedaran penjagaan kesihatan akan lebih memudahkan pihak berkuasan tempatan dalam melaksanakan tugas mereka. Sikap peniaga. Perniagaan makanan adalah satu bidang ekonomi yang amat menguntungkan keranan makan dan makanan adalah keperluan asas penduduk. Menceburi perniagaan yang bersifat tidak formal terutamanya tidak memerlukan kelayakan khusus dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang pandai memasak, ada sedikit modal, ada tempat berniaga dan disokong oleh ahli keluarga. Bagi perniagaan makanan yang formal memang banyak pra-syaratnya, tetapi pulangannya di bandar yang ramai penduduk adalah terjamin. Justeru, pulangan kewangan yang diperolehi peniaga harus diimbangi oleh tanggunjawab sosial menerusi perkhidmatan yang berkualiti untuk pelanggan yang membayar kos makanan dan khidmat yang dinikmati. Tambahan pula, pelanggan yang berpuas hati dengan sesebuah premis makanan tidak serik untuk berkunjung lagi makan di kedai yang sama. Rekod baik sesebuah premis makanan lazimnya mendapat pelanggan tetap. Sehubungan itu, peniagaan seharusnya menjaga pelanggan mereka kerana akhirnya perniagaan mereka sendiri yang beruntung. Oleh itu, mengutamakan keuntungan sahaja bukanlah satu sikap yang bijak, apatah lagi dalam keadaan sekarang yang sengit persaingan dalam dunia perniagaan. Sikap pelanggan. Kesedaran pelanggan tentang komposisi dan kualiti makanan adalah amat penting. Dengan menjadi pelanggan yang bijak, amalan makan di luar dapat memenuhi keperluan mereka dan pada masa yang sama menghindarkan pelbagai risiko. Pelanggan mempunyai hak mutlak untuk tidak melanggani premis yang bergred rendah. Isunya pelanggan berpengetahuan dan bermaklumat pasti dapat memastikan mereka mendapat perkhidmatan berkualiti semasa mereka makan di luar (lihat Mukudi 2003). Sikap pelanggan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa membolehkan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Keseluruhannya, MPKj sebagai badan pentadbiran di Majlis Bandaran Kajang perlu memantapkan lagi sumber manusianya yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan makanan. Fokus terhadap kebersihan premis dan makanan amatlah penting untuk kesihatan orang ramai tetapi aspek sosiobudaya pengamal makan di luar juga seharusnya diberi perhatian oleh MPKj. Dalam hal ini, kesedaran orang ramai perlu ditangani supaya amalan makan di luar tidak menjejaskan kesejhateraan pengguna dalam jangka masa panjang. Rujukan Fox, R t.t Food and Eating: An Anthropoligical Perspective. Social Issues Research Centre. Hubbard M. & Onumah G 2001. Improving Urban Food Supply and Distribution in Developing Countries: The Role of City Authorities. Habitat International 25 (2001) pp 431-446 Kant A. K. & Graubard B. I.2004. Eating out in America, 1987-2002: Trends and Nutritional Correlates. Preventive Medicine 38 (2004 pp 243-249 Mukudi E. 2003. Education and Education linkages in Africa: Evidence from national level analysisi. International Journal of Education Development 23 (2003) pp245-256 842 12. Noraziah Ali 2003. Perniagaan Makanan Siap di Seremban, Negeri Sembilan. Satu Kajian Tentang Perkhidmatan untuk Warga Bandar. Dalam Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali & M. Zain Musa (ed) Prosiding Persidangan Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam abad ke-21: Isu dan Cabaran. 27-28 Ogos FSSK, UKM, Bangi Noraziah Ali 2004. Pola Makan di luar dan Implikasinya ke atas Pengamal. Satu tinjauan di Bandar Baru Bangi. Kerta seminar yang dibentangkan di Simposium Kebangsaan Dinamika Masyarakat Bandar: ke Arah Mencapai Hidup Berkualiti 18-19 Mei 2004 Anjuran Fakulti Sastera Universiti Malaya Park C. 2004. Efficient or Enjoyable? Consumer Values of Eating-out and Fast food Restaurant Comsumption in Korea. Hospitality Management 23 (2004) pp 87- 94 Rae A & T Jossling 2003. Process food trade and developing countries: protection and food liberalization. Food Policy 28 (2003) 147-166 Yapp C. & Fairman R. 2004. Factors affecting food safety compliance within small and medium-sized enterprises: Implications for regulartory and enforncement strategies. Food Control xxx(2004) pp xxx (in press). 843

You might also like