You are on page 1of 6

Perancangan Akademik

JMS 411 TEORI, KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH

Sidang Akademik 2013/2014


KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5
(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2013/2014 yang telah dimuat turun dalam portal) -1-

Tarikh

Jam

JMS 411/4 TEORI, KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH PENGURUS KURSUS: Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi PENGENALAN Selamat datang kepada anda yang mengambil kursus teori, kaedah dan falsafah sejarah. Falsafah, teori dan kaedah sejarah berasal dari keinginan manusia untuk mencari jawapan yang memuaskan kepada dua persoalan asas: bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan mengapa ianya berlaku? Sejak awal kewujudannya manusia ingin mengetahui apakah sebab selain daripada sebab kebetulan untuk mengetahui peraturan yang mengawal sejarah. Jika kebetulan boleh diterima sebagai peraturan sejarah maka falsafah akan berakhir di tempat ia sepatutnya bermula. Usaha dilakukan untuk mencari peraturan yang mengawal dan memberi kefahaman kepada sejarah masa lalu, menjelaskan peristiwa semasa dan menjangkakan masa depan. Maka teori, kaedah dan falsafah sejarah bermula dari andaian bahawa sejarah mempunyai peraturan-peraturan tertentu. SINOPSIS Kajian falsafah sejarah dapat ditinjau dari dua sudut. Pertama, sudut pendekatan sejarah atau kaedah sejarah iaitu dengan mengkaji perkembangan pemikiran falsafah sejarah melalui tokoh-tokoh pada zamanzaman tertentu. Kedua, melalui sudut pendekatan secara sistematik atau teori di mana terdapat tema atau persoalan-persoalan besar sepertimana dalam bidang falsafah. Dalam hal ini, dipilih sudut pendekatan kedua. Seperti bidang falsafah, kajian dalam falsafah sejarah juga mengandungi dua cabang utama: falsafah sejarah kritikal dan falsafah sejarah spekulatif. Mengenai falsafah sejarah kritikal, sepertimana dalam bidang teori ilmu sejarah, ia membahas tentang masalah sumber-sumber sejarah, masalah penyebaban, objektiviti, pengadilan moral dan sebagainya. Walaupun demikian, cara perbahasan dalam bidang falsafah sejarah ini tentunya lebih mendalam daripada bidang teori ilmu sejarah tersebut. Mengenai falsafah sejarah spekulatif pula, yang jelas ialah pada sifatnya yang berusaha menemukan sistem atau struktur dasar dalam keseluruhan arus perjalanan sejarah. Sekiranya seorang sejarawan biasa cuma setakat ingin menggambarkan keadaan masa silam, tetapi seorang sejarawan falsafah spekulatif tidak merasa puas setakat itu, malah mencari suatu struktur atau susunan yang tersembunyi di dalam proses sejarah itu. Pada asasnya tema-tema besar dalam bidang falsafah sejarah ialah seperti berikut: 1. 2. Epistemologi sejarah i. Teori pengetahuan sejarah ii. Hairaki sumber Falsafah Sejarah
-2-

i. Pengertian dan bentuk ii. Tujuan iii. Perbandingnan falsafah sejarah dengan sejarah 3. Bidang kajian sejarah i. Sejarah klasik ii. Sejarah mendival (sejarah teologi) iii. Sejarah moden (saintifik) Kaedah dan teknik penyelidikan i. Sumber ii. Fakta iii. Pemilihan dan pentafsiran Objektiviti dalam sejarah i. Sejarah dan sains ii. Sejarah dan agama Konsep-konsep dalam Sejarah i. Konsep Sababiyah dalam sejarah ii. Takdir (ketidaksengajaan) dalam sejarah.

4.

5.

5.

Tema-tema besar ini tidaklah berdiri sendiri, sebaliknya saling berkaitan antara satu sama lain. Malah tanpa memahami tema tertentu secara khusus tentu agak sukar untuk memahami tema-tema yang lain. BAHAN BACAAN JMS 411 Para pelajar yang mengambil kursus ini akan didedahkan kepada beberapa jenis bacaan, iaitu: (a) (b) Bacaan wajib, Muhd. Yusof Ibrahim, 2009. Ilmu Sejarah; Sejarah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bacaan tambahan 1. 2. 3. Dray, William H., Philosophy of History, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Halk Inc., 1964. Ankersmit, F.R., Refleksi Tentang Sejarah: Pendapat-pendapat Moden Tentang Filsafah Sejarah. Jakarta PT Gramedia, 1987. Cairns, Grace E., Philosophics of History: Meeting of East and West in Cycle-Pattern Theories. Connecticut: Greenwood Press, 1962. Casserley, J.V. Longmead, Toward a Theology of History, New York: Holt, Rinehart & Winston, 1965. Collingwood, R.G., 1985. Idea Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
-3-

4. 5.

6. 7. 8. 9.

Gardiner, Patrick, The Philosophy of History, Oxford: Oxford University Press, 1991. Haddock, B.A., An Introduction to Historical Thought. Edward Arnold, 1980. London:

Kartodirdjo, Sartono, Ungkapan-ungkapan Filsafah Sejarah Barat dan Timur. Jakarta: P.T. Gramedia, 1990. Meyerhoff, Hans, The Philosophy of History in Our Times, An Introduction, New York: Double Day Archor Books, 1959. Its Origin and

10. Murray, Michael, Modern Philosophy of History: Destination, The Hague: Martinus Nijhoffs, 1970.

11. Pratima Asthana, The Indian View History. Agra: M.G. Publishers, 1992. TUGASAN Tajuk tugasan lihat lampiran. PENGURUSAN KURSUS Kursus ini akan dikendalikan oleh dua orang pensyarah. Bagaimanapun terdapat perbincangan melalui beberapa cara seperti: (a) (b) (c) Melalui telesidang: Lima kelas sidang video akan dijalankan oleh Pengurus Kursus. Melalui Kursus Intensif pada 21 Januari - 14 Februari 2014. Melalui cara-cara lain lagi seperti telefon, email dan portal.

SISTEM PENILAIAN Kursus ini akan dinilaikan berdasarkan dua cara: (a) Tugasan/Ujian i) ii) (b) 40%

Ujian 20% - Semasa Kursus Intensif Tugasan 20% - Menulis esei sepanjang 7 10 halaman (tidak termasuk nota kaki/nota belakang dan rujukan). 60%

Peperiksaan akhir

Perkara ni bermakna, (a) + (b) = 100% untuk gred akhir. ARAHAN UMUM

-4-

(a)

Jauhi kegiatan plagiat iaitu ciplakan dan peniruan, baik dari buku yang dirujuk atau dari tulisan rakan-rakan. Plagiat adalah jenayah akademik.

Selamat belajar dan terus berjaya! Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi (Tel: 04-6532288 dan, email: ajelani@usm.my) Alamat pos: (nama pensyarah) Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh 11800 Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

-5-

Lampiran Tugasan PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Sidang Akademik 2013/2014 JMS 411 Teori, Kaedah dan Falsafah Sejarah Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi

TUGASAN

Pilih salah satu soalan di bawah dan buat sebuah esei yang panjangnya antara 7-10 halaman kertas A4. 1. Bincangkan pengaruh falsafah Yunani terhadap perkembangan ilmu sejarah moden. 2. Apakah sejarah itu sejenis sains? sejarah dengan sains tulen. 3. Bincangkan teori proses pergerakan sejarah yang dikemukakan oleh Karl Marx. Apakah yang dikatakan sebagai pengadilan moral dalam sejarah? Bincangkan sejauh mana pengadilan moral itu boleh dimasukkan dalam sejarah. Bincangkan perbezaan antara

4.

Semua esei hendaklah lengkap dengan nota kaki / nota belakang dan rujukan (bibliografi). RUJUKAN ANDA HENDAKLAH MELEBIHI 4 BUAH BUKU.

Semua tugasan hendaklah sampai ke PPPJJ selewat-lewatnya pada 30 Mac 2014.

-6-

You might also like