You are on page 1of 2

Topik yang terlibat dalam aktiviti Amali Minggu 5 (04 Feb-08 Feb.2013) 1. Penilaian 2. Komunikasi 3.

Teknologi dalam sukan Soalan-Soalan Amali 1. Penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul,menganalisis dan mentafsir daya yang diperolehi serta berupaya memberikan maklum balas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru meletakkan asas keberkesanan pengajaran. Dalam pendidikan Jasmani, penilaian amatlah penting terhadap murid dari aspek perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kecergasan dan kemahiran serta sikap dan nilai yang disemai sepanjang tahap persekolahan. a).Berdasarkan pernyataan di atas, Kenal pasti Ujian Berasaskan Kriteria dan Ujian Berasaskan Norma yang boleh dijalankan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani. b). Merujuk kepada sumber dari internet (PPK,KPM) ujian kecergasan fizikal murid-murid sekolah rendah diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) dan Ujian Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK). Kenal pasti tujuan ,objektif dan prosedur pelaksanaan bagi kedua-dua ujian tersebut. c). Nyatakan jenis-jenis penilaian bagi program PJ dan Sukan untuk mempertingkatkan keberkesanannya di sekolah. d). Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani, kenal pasti dan tafsirkan bentuk penilaian Pendidikan Jasmani untuk Tahun 1 dan Tahun 2 yang akan melibatkan pencapaian murid berpandukan BAND (1 hingga 6). Rujuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Jasmani.

2. Komunikasi merupakan satu aspek penting pengurusan dan pentadbiran dalam setiap organisasi. Peranan guru Pendidikan Jasmani atau Sukan mempastikan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Jelaskan kepentingan komunikasi kepada guru Pendidikan Jasmani atau Sukan secara keseluruhan dengan memberikan contoh-contoh berdasarkan program yang telah dirancangkan.

3. Teknologi adalah merujuk kepada penbangunan dan penggunan alatan dalam menyelesaikan masalah dalam kerja seharian. Dalam konteks Pendidikan Jasmani memperlihatkan keupayaan, kebolehan dan kesungguhan mengaplikaskan pelbagai teknologi khususnya teknologi maklumat dan komunikasi dan permlatan digital dalam aktiviti pendidikan Jasmani dan sukan. Terangkan bagaimana guru Pendidikan Jasmani dan sukan menggunakan teknologi dalam sukan dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet dalam kejohanan sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

You might also like