You are on page 1of 10

Amalan Mengekalkan Udara Yang Sihat : Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara

yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan: 1. Tidak melakukan pembakaran terbuka 2. Tidak merokok di tempat terbuka 3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur 4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin 5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

Cara Memperbaiki Kualiti Udara

Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan: 1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.

2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.

3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.

4) Gunakan petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.

5) Berkongsi kenderaan Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.

6) Menggunakan pengangkutan awam Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.

7) Tanam lebih banyak pokok Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.

8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.

Penyakit Sistem Respirasi Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat. Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem respirasi manusia.

Asma Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

Bronkitis Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

Emfisema Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.

Kanser Peparu Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

Semoga dengan maklumat ini, kita akan lebih berhati-hati dan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan yang berterusan.

Bahan Cemar Udara Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar ini memberi kesan besar kepada kita jika tidak ambil langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan pencemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:

Asap Rokok Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen - agen penyebab kanser Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan *Info lanjut : Dapat ini jika anda merokok? Cemburunya...

Karbon Monoksida Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

Sulfur Dioksida Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu. *Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

Jerebu Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.

Toksin Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksidanitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya perlu kita ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Selamat beramal!

You might also like