You are on page 1of 4

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ANATOMI DAN FISIOLOGI - SISTEM RANGKA AMALI 6

Arahan: Dalam kumpulan kecil, pelajar dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

1.

Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang.

a .

d b

i.

Tulang panjang Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang. Berfungsi sebagai tuas untuk memudahkan pergerakan. Kebanyakkan terdiri daripada tulang mampat. Contoh:- humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges

ii.

Tulang pendek Ukuran panjang dan lebar tidak banyak perbezaan. Berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup serta sedikit berongga. Berfungsi untuk memindahkan daya. Contoh:- karpal dan tarsal.

iii.

Tulang leper/pipih Berbentuk pipih, nipis dan melengkung. berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh:kranium, rusuk dan sternum

iv.

Tulang tak sama bentuk Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam tulang panjang, pendek atau leper. Berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contoh:- vertebra, lumbar, sakrum dan koksiks.

2.

Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis sendi.

Fibrous

Cartilagenou s

Sinovial

Jenis-jenis sendi sinovial

3.

Menyenaraikan jenis sendi (jelaskan) dan melakukan aksi pergerakan tersebut.

a.

Sendi berdasarkan struktur i. Fibrous Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan. Contoh, sutur antara tulang kranium.

ii.

Sendi cartilagenous Pada sendi ini, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen.jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Contoh, sendi antara vertebra.

iii.

Sendi sinovial Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi membenarkan pergerakan berlaku secara

bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis sendi sinovial iaitu: Sendi lesung (antara humerus dan scapula) Sendi engsel (humerus dan patella) Sendi gelungsur (karpal dan tarsal) Sendi paksi (antara radius dan ulna) Sendi kondil (antara metacarpal dan falang) Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)

b.

Sendi berdasarkan fungsi

i.

Sinartosis Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak.

ii.

.Amfiartrosis Membenarkan sendi melakukan pergerakan terhad. Sebagai contoh, sendi antara tibia dan fibula.

iii.

Diartrosis Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas. Sebagai contoh, sendi engsel (sendi siku dan lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi aduksi, abduksi dan hiperekstensi.

pelana engsel lesung

You might also like