You are on page 1of 3

Bedtime Story

Cerita 4 sekawan
Oleh: Pdah 2 IH

Episode 1

4 sekawan iaitu Amin,Naqib,Shafiq dan Raja mengadakan


perkhemahan di dalam Hutan Lipur.Mereka semua kelihatan bosan
memandang unggun api yang dibuat oleh mereka.Pada malam itu,
keadaan sungguh menyeramkan.

“Kamu semua pasti berminat ingin mendengar cerita aku?” bual


Amin tiba-tiba.

“Cerita pasal apa?” tanya Naqib.

“Tajuk cerita itu adalah Kejadian Ngeri di Hutan Lipur!” balas


Amin, bersemangat.Mereka semua hanya tekun mendengar.

“Jadi?Ceritakanlah !” suruh Raja.Mereka yang lain bersetuju


supaya Amin meneruskan ceritanya.

“Ceritanya bermula....

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Raja sedang


mengembara di hutan ini juga.Dia berjalan di hutan ini bersama
sahabatnya, Shafiq.Mereka kelihatan teruja dan gembira di sepanjang
perjalanan mereka di dalam Hutan Lipur.

Sampailah pada suatu ketika,Shafiq mengadu letih dan lapar.Raja


berfikir, ada baiknya dia berhenti dahulu kerana dia pun tidak larat. Oleh
kerana hari semakin senja, mereka pun terus mendirikan khemah mereka
di hadapan sebatang sungai.

Pada pukul 9:00 mlm, mereka duduk menghadap api yang sedang
marak.Raja berbual kosong dengan Shafiq pasal pengembaraan mereka
kali ini.Mereka berdua berbual sehingga larut malam.
Tanpa disedari, ada makhluk halus lain yang sedang memerhati
Raja dan Shafiq.Makhluk itu adalah.......

“Adalah Hantu Syurup!!” sampuk Naqib.”Hoi, aku tengah cerita


lagilah!!” bengang Amin.Sambung cerita....

Makhluk itu adalah ......

“Aku nak dengar jugak!!”tegur Shafiq,selamba jer.

“Aduhai, kenapa ko tak mahu dengar dari awal lagi?” keluh


Amin.Tetapi keluhannya hanyalah sebesar cipan!!

“Bawa bertenang,nanti aku bawa bertendang pulak kang.Baru


korang tahu!!” ejek Naqib.”Baiklah, aku sambung cerita ya?” minta
Amin.

“Silakan!” semua pendengar ‘tolol’ berteriak.

Makhluk itu adalah pontianak!Bila hampir masa untuk mereka


tidur, tiba-tiba Raja ingin pergi membuang air kecil.Dia mengajak Shafiq
namun......

“Kenapa pulak nama aku ada dalam cerita kau?” tanya Shafiq.

“Ko nie nampak nak bersantai dalam kubur jer??Ini cumalah cerita
rekaan,bodoh!!” bentak Raja.Tak pasal-pasal Shafiq boleh kena sumpah
‘free of charge’.

“Tak boleh ke korang diam?Korang semua nak dibandingkan


dengan cipan serupalah!!

Setelah mereka berhenti berhenti perang mulut yang dipenuhi


peluru (kata-kata) tajam, Amin menyambung ceritanya.
Dia mengajak Raja tetapi Raja sudah terlena dibuai mimpi.Jadi dia
pergi seorang diri.Asyik Shafiq membuang air, tiba-tiba salah satu hantu
raya....

“Tadi bukankah hantu pontianak.Kenapa sekarang nie jadi Hantu


Raya pulak?” soal Shafiq.

“Cipan punya budak nie!!Ikut suka hati akulah nak bubuh nama
Hantu Raya!!”

Hantu Raya itu menangkap Shafiq lalu ‘transformer’ menjadi


macam Shafiq.Dia kelihatan ketawa.Oleh itu, bermulalah misi Hantu
Raya....

Sambungan di episode seterusnya....


Episode 2
Misi Hantu Raya

You might also like