You are on page 1of 2

Keburukan Penggunaan Internet

Dewasa ini, komputer telah menjadi salah satu daripada alat


telekomunikasi yang terpenting dalam kehidupan kita.Internet juga adalah
satu cabang daripada penggunaan komputer.Hasil ciptaan sains dan
teknologi ini mendatangkan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat
yang tahu memanfaatkannya.Namun begitu, penggunaan Internet juga boleh
mendatangkan keburukan kerana ia dapat merenggangkan hubungan
kekeluargaan

Penggunaan Internet ini akan membuatkan seseorang itu leka dan lalai
dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang lain. Sebagai contoh,
ketika kita sedang melayari Internet, sudah tentu kita akan menumpukan
sepenuh perhatian dan tidak mahu diganggu oleh orang lain dan jika kita
diganggu, ini pasti mengundang kemarahan. Hal ini menunjukkan tanda-
tanda awal kerengganga hubungan kekeluargaan akan berlaku. Di samping
itu, kita juga akan terperap di dalam bilik kerana begitu asyik dengan Internet.
Jika ibu bapa kita memanggil untuk makan atau melakukan sesuatu kerja
misalnya, semestinya kita menolak dan seterusnya mengansingkan diri
daripada ahli-ahli keluarga yang lain. Persefahaman dan kebahagian yang
telah dipupuk dahulu akan akan terhapus sama sekali.

Selain itu bagi mereka yang gemar ke kafe-kafe atau ke pusat Internet
kerana ketiadaan Internet di rumah pasti akan keluar dan meninggalkan
keluarga mereka sendirian. Kadangkala ada juga golongan sebegini yang
pulang sehingga lewat malam. Jadi bilakah ketikanya mereka akan
meluangkan masa untuk bersama keluarga? Lebih malang lagi apabila
golongan ini terusa memarahi ibu bapa yang memberi nasihat kerana
berpendapat ibu bapa tidak memahami jiwa mereka.

Tidak ketinggalan juga, sekiranya mereka terlalu lama berada di kafe


Internet, sudah tentu mereka tidak tahu apa yang terjadi di rumah. Di
manakah keluarga akan mencari mereka jika ditimpa kecelakaan atau berlaku
sesuatuyang tidak baik? Tidakkah ini menyusahkan banyak pihak? Remaja
khususnya haruslah mengenal pasti antara perkara yang baik dan buruk.
Sebagai contoh, jika seseorang itu ditangkap kerana melayari laman web
pornografi. Hal ini akan memalukan keluarga dan kepercayaan keluarga
terhadap mereka akan luntur.

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa penggunaan Internet jika


disalahgunakan akan mendatangkan keburukan daripada keburukan.
Semuanya sudah jelas terbukti apabila terdapat ramai remaja yang
bermasalah terlibat dalam penyalahgunaan Internet pada masa kini. Mereka
semua menggunakan Internet tanpa tujuan atau niat yang baik. Apa yang
mereka lakukan adalah tidak berfaedah dan tidak menguntungkan.

Kecermelangan akademik para pelajar kita juga merosot sejak akhir-


akhir ini. Pengunaan Internet adalah salah satu daripada puncanya. Oleh itu
pihak yang terlibat haruslah mengambil langkah-langkah yang jitu bagi
menangani perkara sebegini. Penyalahgunaan Internet tidak boleh dibiarkan
sama sekali terutamanya jika ada pelajar yang terlibat.

Sebenarnya langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi


masalah ini adalah seperti mengadakan kempen-kempen tentang kebaikan
penggunaan Internet. Ibu bapa juga harus turut serta dalam menangani
maslah ini. Oleh itu, kita berharap agar penggunaan Internet tidak akan
merenggakan hubungan kekeluargaan tetapi mengeratkan lagi hubungan itu.

You might also like