You are on page 1of 10

MNLSK/SJKC/SJKT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI LISAN SARINGAN 2 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 3 SEPTEMBER 2013

LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT

KAEDAH PELAKSANAAN Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 1 September hingga

27 September 2013 Semua murid Tahun 3 (2013) mesti menduduki saringan ini Ditadbir oleh guru LINUS mengikut masa yang ditetapkan

menggunakan bahasa pengantar di sekolah Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang) Ditadbir mengikut urutan item / konstruk Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid.

(Pengulangan konstruk tidak lebih daripada dua (2) kali) Guru LINUS disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid Murid disaring secara telus dan jujur Guru LINUS mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Saringan Numerasi Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul keduadua item yang mengukur konstruk tersebut

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

Selepas Saringan 2 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah: Saringan 2 Tidak menguasai Konstruk 1 Konstruk 2 (dibimbing oleh guru Pemulihan Khas) Program PROTIM Tidak menguasai mana-mana Konstruk 3 Konstruk 12

Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 12

Kelas arus perdana

Murid-murid yang tidak melepasi saringan 2 akan mengikuti program PROTIM di tahap 2.

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 2 (LISAN) Item 1 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Guru menyediakan kad angka Guru minta murid mengambil tiga kad angka Guru minta murid menyebut angka yang dipilih Murid menguasai tugasan ini jika menyebut dengan betul ketigatiga angka yang dipilih

Item 2 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Guru menyediakan kad angka Guru minta murid menyebut angka- angka yang ditunjukkan Murid menguasai tugasan ini jika menyebut dengan betul ketigatiga angka yang ditunjukkan

Item 3 Konstruk 2 : Keupayaan membilang Guru menyediakan gambar Guru minta murid membilang objek dalam gambar Murid menguasai tugasan ini jika membilang sehingga 25 / bahasa pengantar di sekolah

Item 4 Konstruk 2 : Keupayaan membilang Guru menunjukkan kad gambar Guru minta murid membilang gambar yang lebih banyak Murid menguasai tugasan ini jika membilang belon sehingga 12 belon / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru boleh menggantikan kad gambar dengan kad gambar yang lain

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 5 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Guru menyediakan dua kad gambar dan dua kad nombor Guru minta murid memilih kad gambar dan memadankan dengan kad nombor Murid menguasai tugasan jika memadankan kedua-dua kad nombor dengan betul Catatan 1. Guru boleh menggantikan kad gambar dengan kad gambar yang lain 2. Guru boleh menggantikan kad nombor dengan kad nombor lain

Item 6 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Guru menyediakan kad gambar Guru minta murid menunjukkan padanan kad gambar dan nombor yang betul Murid menguasai tugasan ini jika menunjukkan kad gambar C

Item 7 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi Guru menyediakan tiga kotak yang berlainan saiz Guru minta murid menyusun kotak mengikut urutan besar ke kecil Murid menguasai tugasan ini jika menyusun kotak mengikut urutan besar ke kecil Catatan 1. Guru hendaklah memastikan saiz kotak jelas berbeza 2. Guru boleh menggantikan kotak dengan objek lain 3. Murid bebas menyusun kotak dari pelbagai arah mengikut urutan besar ke kecil

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 8 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi Guru menyediakan kad gambar Guru minta murid menunjukkan kad gambar mengikut urutan rendah ke tinggi Murid menguasai tugasan ini jika menunjukkan kad gambar B

Item 9 Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Guru menyediakan wang kertas RM1, RM5, RM10 dan RM50 Guru minta murid mengambil mana-mana dua keping wang kertas yang disediakan Guru minta murid menyebut nilai setiap satu Murid menguasai tugasan ini jika menyebut nilai setiap satu dengan betul Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang sebenar

Item 10 Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Guru menyediakan wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen Guru minta murid mengambil wang syiling 10 sen dan 50 sen Murid menguasai tugasan ini jika mengambil wang syiling 10 sen dan 50 sen Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang sebenar

Item 11 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Guru minta murid menyatakan nama hari selepas hari Khamis Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan hari Jumaat

Catatan 1. Guru boleh menyoal menggunakan nama hari yang lain

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 12 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Guru menyediakan gambar perayaan (sambutan Hari Merdeka) dan dua nama bulan Guru minta murid menunjukkan nama bulan yang betul berdasarkan gambar Murid menguasai tugasan ini jika menunjukkan bulan Ogos

Item 13 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas Guru menyediakan 30 penyedut minuman yang diikat lima-lima Guru minta murid mengira bilangan penyedut minuman dalam satu ikat Guru minta murid mengira bilangan ikatan penyedut minuman Guru minta murid mengira penyedut minuman dalam kiraan limalima Murid menguasai tugasan ini jika menyebut 30 / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru boleh menggantikan penyedut minuman dengan objek lain 2. Guru boleh menukar bilangan penyedut minuman

Item 14 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas Guru menyediakan 20 manik, 10 bekas dan dua kad ayat matematik Guru minta murid mengira manik Guru minta murid mengira bekas Guru minta murid mengagihkan manik sama banyak ke dalam setiap bekas Guru minta murid mengira jumlah manik di dalam satu bekas Guru minta murid memilih kad ayat matematik yang betul Murid menguasai tugasan ini jika dapat memilih kad ayat matematik 20 10 = 2 Catatan 1. Guru boleh menggantikan manik dengan objek lain

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 15 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Guru menyediakan wang syiling 50 sen dan 20 sen Guru minta murid menyatakan jumlah nilai wang Guru minta murid serahkan wang syiling 20 sen Guru minta murid menyatakan baki wang Murid menguasai tugasan ini jika menyebut 50 sen Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang syiling sebenar

Item 16 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Guru menyediakan wang kertas RM5, RM10 dan RM50 Guru menyediakan kad ayat matematik Guru minta murid mengira jawapan pada kad ayat matematik Guru minta murid mengambil wang kertas yang sama nilai dengan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika mengambil wang kertas RM50 Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang kertas sebenar

Item 17 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu Guru menyediakan gambar Guru minta murid melihat gambar Guru minta murid menyatakan isi padu air Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 5 / bahasa pengantar di sekolah

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 18 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu Guru menyediakan gambar Guru minta murid memerhatikan gambar Guru minta murid menyatakan objek yang lebih berat Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan bola sepak

Item 19 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Guru menyediakan 40 lidi dan dua kad ayat matematik Guru minta murid mengambil 15 lidi Guru minta murid mengambil 10 lidi lagi Guru minta murid menyatakan jumlah lidi Guru minta murid memilih kad ayat matematik yang betul Murid menguasai tugasan ini jika memilih kad 15 + 10 = 25 Catatan 1. Guru boleh menggantikan lidi dengan objek lain

Item 20 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Guru menyediakan kad gambar dan dua kad ayat matematik Guru minta murid mengira kunci dalam kiraaan sepuluh-sepuluh Guru minta murid mengira kunci yang dipangkah dalam kiraan sepuluh-sepuluh Guru minta murid mengira kunci yang tidak dipangkah dalam kiraan sepuluh-sepuluh Guru minta murid memilih kad ayat matematik yang betul Murid menguasai tugasan ini jika memilih kad ayat matematik 50 30 = 20

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 21 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat dan sebaliknya Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menjawab 20 / bahasa pengantar di sekolah

Item 22 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat dan sebaliknya Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menjawab 8 / bahasa pengantar di sekolah

Item 23 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan RM40 / bahasa pengantar di sekolah

Item 24 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 14 m pengantar di sekolah

/ bahasa

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 3 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

10

You might also like