You are on page 1of 20

Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender

Oleh: TENGKU NAUFAL TENGKU MANSOR


LL.B (Hons) IIUM LL.M (Comm & Corp Law) London M Sc. (Corp Comm) Uniputra Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya Peguam Syarie Wilayah Persekutuan

Keganasan Berasaskan Gender.


Wanita adalah kejadian/makhluk yang lemah

Wanita sering melakukan kesilapan


Wanita dilahirkan untuk berkhidmat kepada lelaki

Wanita adalah objek memuaskan nafsu seks


Wanita tidak berfikiran yang rasional Wanita hidup adalah atas ihsan suami (lelaki) Wanita perlu bergantung sepenuhnya kepada suami (lelaki)

Keganasan Berasaskan Gender


Taraf /status wanita adalah jauh lebih rendah daripada lelaki

Lelaki berkuasa penuh terhadap wanita


Lelaki adalah berhak menentukan halatuju hidup wanita yang tidak mampu/tidak boleh membuat keputusan sendiri Lelaki boleh memukul wanita kerana lelaki adalah ketua kepada wanita

Keganasan Terhadap WanitaBagaimana ia berbeza dari keganasan yang lain?


Keganasan terhadap wanita adalah keganasan terhadap gender. Ia adalah keganasan yang tertumpu terhadap wanita kerana ketidakseimbangan taraf lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Keganasan Terhadap Wanita : Jenis(I)


Keganasan Rogol Sumbang

Rumah Tangga

Mahram Pelacuran Paksa Penjualan Manusia Memalukan/menjatuhkan maruah

Keganasan Terhadap Wanita : Jenis(II)


Mengurung

Female

Genital Mutilation Perkahwinan awal Honour Killing Pengasingan Sosial

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994

Seksyen 2 AKRT 94 Definisi Keganasan Rumahtangga mengancam untuk mencedera menyebabkan kecederaan fizikal

memaksa atau mengugut untuk berbuat sesuatu (seks)


mengurung menyebabkan kesedihan, kemusnahan kepada harta keganasan,

Kategori-kategori Keganasan Terhadap Wanita


Penderaan Psikologi dan Emosi Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.

Penderaan Fizikal Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.

Penderaan Seksual Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

Penderaan Sosial Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.

Penderaan Kewangan Seorang wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.

Undang-Undang Yang Wujud Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 1997

Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi Keganasan Rumah Tangga

Suami adalah pelindung kepada isteri


Suami perlu mentadbir rumah tangga dengan hikmah dan kebijaksanaan bukan emosi dan keganasan Isteri berhak dihormati sebagai insan yang membantu memudahkan kerja suami

Tidak salah jika suami membantu isteri bagi kerja-kerja di dapur

Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi Keganasan Rumah Tangga

Suami & Isteri perlu berbincang dalam membuat sesuatu keputusan


Anak lelaki dan perempuan adalah kurniaan Tuhan sebagai amanah yang perlu disayangi secara saksama Anak perempuan tidak malang kepada keluarga membawa

Isteri berhak memenuhi perkembangan diri

impian

Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi Keganasan Rumah Tangga Tiada siapa yang berhak menyiksa manamana insan yang lain Keganasan kepada wanita adalah jenayah Walaupun Islam membenarkan pukul isteri dalam keadaan isteri nusyuz, tetapi tidak digalakkan Terima hakikat dan hargai perbezaan antara suami dan isteri-elak stereotyping

Buat Renungan Di antara orang-orang mukmin yang terbaik imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan orang yang terbaik akhlaknya ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap isterinya Hadis Rasulullah Orang baik-baik antara kamu, nescaya tidak akan memukul isterinya Hadis Rasulullah

TERIMA KASIH

You might also like