You are on page 1of 3

1

AMALAN PENJAGAN GIGI



Assalamualakumwarahmatullah hiwabarakatuh.
Yang dihormati Tuan pengerusi majlis,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan
rakan seperjuangan yang di kasihi sekelian.
Sungguh indah hari ini,
Berseri wajah di pagi hari
Berdirinya saya di sini
Menyampaikan kisah kebersihan gigi

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyum dari hati
Dunia mu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ,ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum kepada semua
Senyuman mu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan

2


Para hadirin yang dihormati..
Bila kita tersenyum terserlahlah gigi kitasebab itu gigi merupakan aset penting kerana
gigi yang cantik akan memberi keyakinan untuk kita senyum,bercakap dan berhadapan dengan
orang.Oleh itu marilah sama-sama menjaga kebersihan gigi kita.
Hadirin yang dikasihi sekelian
Di sini saya akan memberi tip-tip untuk menjaga kebersihan gigi. Begini caranya .
Kita mestilah mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Pemakanan mesti dijaga, kurangkan
makanan manis dan melekit kerana ia akan melekat dicelah-celah gigibukan dilarang makan
Cuma kurangkan pengambilan. Di samping itu kita hendaklah kerap memberus gigi kerana dapat
menjamin kesihatan gigi.Berus gigi setiap kali selepas makan dan ini akan membuatkan anda
rasa segar dan mulut sentiasa bersih. Sekurang-kurangnya beruslah gigi tiga kali sehari. Pagi,
tengah hari, dan sebelum tidur. Dan yang paling penting sebelum tidur, sisa sisa makanan yang
terlekat di celah gigi dapat dibuang. Jadi tiadalah yang bakteria yang berkampung di celah gigi
lalu tidak terjadilah karies gigi
Kawan-kawan ingin tahu tak cara-cara memberus gigi dengan betul , begini caranya.
Selain itu kita haruslah menggunakan pencuci mulut berflorida. Sekurang-kurangnya
berkumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur. Tapi mesti digunakan
beberapa minit selapas memberus gigi, ini boleh menyebabkan tindak balas antara pencuci mulut
dan ubat gigi. Tapi awas pastikan tiada alkhohol pada pencuci mulut kerana boleh menyebabkan
ulser bagi gigi yang sensitif, tambahan pula ianya tidak halal digunakan .
Elakkan daripada meminum minuman bergas atau bersoda. Emm.
sedapnya.minuman ini ..eh..eh.bergas ..oh minuman ini bolah merosakkan gigi.
Kerana minuman ini mengandungi asid citrik dan asid fosforik.ini akan menghakis permukaan
gigi. Jadi kita mesti banyakkan minum susu, air kosong dan jus kerana susu dapat menguatkan
tulang, air kosong pula tiada mikroorganisma, manakala jus dapat memberikan nutrien yang
diperlukan oeh gigi dan gusi.

3

Elakkan daripada merokok. Antara penyebab utama kerosakkan gigi dan tisu mulut
adalah merokok, merokok juga akan meninggalkan kesan kekuningan kepada gigi dan
melemahkan gigi. Maka gigi akan rapuh dan mudah reput jadi tak perlulah merokok kerana tiada
kebaikan pun malah memudaratkan kesihatan .
Kita mestilah membuat pemeriksaan gigi setiap enam bulan dalam setahun atau dua kali
setahun. Ini adalah cara yang terbaik kerana membolehkan kita membuat rawatan mencuci gigi
dan membuang plak dan kalkulus yang terdapat pada gigi serta menampal pada gigi yang
berlubang justeru itu gunakan flos dan interdental toothbrush. Mengunakan flos adalah cara
terbaik untuk mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi. Ia juga digunakan untuk
membuangkan plak yang terbentuk.
Hadirin yang dikasihi
Sebelum saya mengundur diri, saya menyeru kepada hadirin semua marilah bersama-
sama kita menjaga kesihatan gigi. gigi yang bersih dan cantik memberikan keyakinan diri. Saya
akhiri dengan serangkap pantun .
Merdu sungguh nyanyian tuan puteri
Menjadi santapan halwa telinga,
Amalkan kebersihan menjaga gigi,
Senyuman menawan penambat jiwa
Sekian.
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

You might also like