You are on page 1of 2

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

SCE 3109 TENAGA DALAM KIMIA


Manual Amali

Amali 5
Tujuan : Untuk mengkaji kesan kepekatan ke atas daya gerak elektrik, (dge/emf) dalam suatu sel
Bahan : EC1 adalah larutan akues kuprum (II) sulfat 1.0 mol

dm
-3

EC2 adalah larutan akues zink nitrat 2.0 mol

dm
-3

EC3 adalah larutan akues zink nitrat 1.0 mol

dm
-3

EC4 adalah larutan akues zink nitrat 0.1 mol

dm
-3

EC5 adalah larutan akues zink nitrat 0.01 mol

dm
-3
EC6 adalah larutan akues zink nitrat 0.001 mol

dm
-3

Larutan tepu kalium klorida
Kepingan (plat) zink, kepingan kuprum, joki (jockey)
Radas : Silinder penyukat, bikar, kertas turas, kertas pasir, klip buaya, wayar
potentiometer (potentiometer wire), akumulator, galvanometer (G), pembaris
Gambarajah :

Prosedur :
1. Dengan menggunakan silinder penyukat, isi Bikar A dengan 50.0 cm
3
EC1 dan Bikar B dengan
50.0 cm
3
EC2.
2. Rendam satu jalur kertas turas ke dalam larutan tepu kalium klorida; kemudian celup hujung-
hujung kertas turas untuk membentuk jambatan garam (salt bridge).
3. Bersihkan kepingan zink dan kepingan kuprum dengan kertas pasir; basuh dengan air suling
dan keringkan.
4. Klipkan kepingan kuprum dengan klip buaya dan sambungkannya kepada hujung wayar
potentiometer yang disambungkan kepada terminal positif akumulator.
5. Kepingan zink disambung dengan galvanometer di mana joki disambungkan (attached).
6. Terminal neg atif akumulator kemudian disambungkan ke hujung wayar potentiometer yang lain.
7. Rendam kedua-dua kepingan (zink dan kuprum) ke dalam larutan masing-masing. Selepas
beberapa minit, sentuhkan joki pada sepanjang wayar potentiometer sehingga galvanometer
menunjukkan bacaan 0 yang menunjukkan tiada arus mengalir.
[Jangan gelongsorkan (slide) joki di sepanjang wayar potentiometer untuk elakkan
terhasilnya rintangan]
8. Catat panjang wayar potentiometer daripada elektrod kuprum sebagai x cm dan rekod bacaan
pada jadual.
9. Ulang eksperimen dengan menggantikan larutan EC2 dengan larutan seperti yang dinyatakan
dalam jadual.
[Kertas turas baru digunakan untuk setiap larutan baru]
10. Kira E
sel
dengan menggunakan formula berikut:
E
0
sel
= x cm X 2V
Panjang wayar potentiometer (cm)
Keputusan :
Panjang wayar potentiometer =........... cm
Eksperimen Bikar A Bikar B Panjang wayar
potentiometer, x (cm)
E
sel
(V) [Zn
2+
] (mol dm
-3
)
1 50 cm
3
EC1 50 cm
3
EC2
2 50 cm
3
EC1 50 cm
3
EC3
3 50 cm
3
EC1 50 cm
3
EC4
4 50 cm
3
EC1 50 cm
3
EC5
5 50 cm
3
EC1 50 cm
3
EC6
Soalan :
1. Tuliskan gambarajah sel untuk sel elektrokimia [2]
2. Tuliskan persamaan setengah untuk tindakbalas yang berlaku dalam Bikar A
dan Bikar B serta tuliskan persamaan untuk tindakbalas keseluruhan sel [2]
3. Plot graf E
sel
melawan lg[Zn
2+
] untuk Bikar B dan terangkan bagaimana
dge (emf) suatu sel berubah mengikut kepekatan Zn
2+
di dalam Bikar B [5]
4. Jelaskan apa yang akan berlaku pada nilai E
sel
jika
(a) larutan dalam Bikar A digantikan dengan larutan akues
kuprum (II) nitrat 0.1 mol dm
-3
? [3]
(b) larutan dalam Bikar B digantikan dengan larutan akues alumunium klorida
0.1 mol dm
-3
, dan kepingan zink digantikan dengan kepingan alumunium? [3]

You might also like