You are on page 1of 4

KAEDAH PERTAMA

Mengikut aturannya, bacalah:


Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.

Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21



Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya
engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan
(ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,
supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani"
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid

Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi

Kemudian tiupkan ke air ;

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan
tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk
kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca
doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk
kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di
bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa
pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau
suami yang mahu hati isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak
perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak
tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya.
Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
(Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

KAEDAH KETIGA
Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak 7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-
Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)


Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-
hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang
Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-
anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada perubahan dan kesannya.}


KAEDAH KEEMPAT

Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut
hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-
Quran)


Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih
kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi
Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa
ini:
"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah
bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang
putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan
ubah sedikit :
"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air
yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa
sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM
Doa untuk melembutkan hati anak
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-
hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang
Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3X

Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan
pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan
meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan
oleh isteri atau suami.

You might also like