You are on page 1of 62

TEORI DAN AMALAN

KAUNSELING
Manusia
memang
bermasalah???!
!
Siapa yang tiada masalah???
Adakah mempunyai masalah
tidak normal???
Nak dapatkan bantuan atau
tidak??? KENAPA?
MANUSIA
VS
MASALAH
Kamus DBP mendefinisikan
bimbingan sebagai; `perbuatan
membimbing, memberi
petunjuk, huraian, dan lain-lain.'
Pengertian yang diberikan
adalah serupa dengan
pengertian perkataan nasihat.
BIMBINGAN
KAUNSELING..
Proses interaksi yang
membolehkan individu memahami
diri dan situasinya. Mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan
matlamat dan nilai hidup individu
itu hingga dia dapat menentukan
tindakan yang wajar untuk masa
depannya. Proses pertemuan
interaksi bersemuka antara
seorang kaunselor dengan klien
yang mengakibatkan berlaku
perubahan pada klien
APAKAH DEFINISI
KAUNSELING ?
DEFINISI KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" ,tetapi
pengertian bagi kaunseling itu sangat meluas
Burks & Stefflre (George & Cristiani, 1990)
Kaunseling ialahlambangan satu perhubungan yang profesional di antara
seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien.
Krumboltz (George & Cristiani, 1990)
Kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh
kaunselor dalam usaha membantu klien menghasilkan penyelesaian
Aziz Salleh , 1996
Konsep atau definisi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas
dan lebih komprehensif (Aziz Salleh, 1996) kaunseling merupakan suatu
khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah
psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi
mengatasi masalah yang dihadap
RASIONAL KAUNSELING
Kewujudan ketegangan dan ketidakpuasan
Kekosongan jiwa dan rohani
Ketidakseimbangan emosi
Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan
Masalah peribadi dan keluarga
Kebosanan belajar dan kekurangan pencapaian
pelajaran
Keperluan pertolongan untuk mengembangkan
tingkah laku
Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis
semasa
KONSEP KAUNSELING
PRINSIP
KAUNSELING
KEPENTINGAN
KAUNSELING
OBJEKTIF
KAUNSELING
MATLAMAT &
TUJUAN
KAUNSELING
KONSEP KAUNSELING
Sebagai perhubungan bersemuka
Perhubungan yang disifatkan sebagai hormat-
menghormat, komunikasi yang berkesan,
penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor
Perhubungan terbuka di mana tanggungjawab hasil
prosesnya adalah bergantung pada klien, bukan,
pada kaunselor
Perhubungan yang mengalakkan perkembangan dan
perubahan pada diri klien yang menyebabkan
prosesnys lebih berkesan lagi
Bukannya semata-mata memberi nasihat
TUJUAN KAUNSELING
Mengubah tingkah laku klien
Menambahkan kemahiran klien
mengendalikan kehidupannya, tanpa
rasa ragu-ragu
Menambahkan kemahiran klien
membuat keputusan
Membantu klien mengenal pasti
kebolehan dan bakatnya supaya dia
dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya
Meningkatkan kualiti
perhubungannya dengan orang lain
OBJEKTIF KAUNSELING
Objektif kaunseling yang utama ialah untuk
memberi inspirasi kepada klien bagi
menilai, membuat, menerima dan
mengambil tindakan terhadap pilihan atau
keputusan yang dibuatnya
Menolong klien mempelajari proses
membuat keputusan, sehingga akhirnya
dia dapat membuat keputusan tanpa
sentiasa mengharapkan bantuan orang lain
SAMB
OBJEKTIF KAUNSELING
Asmawati Baharudin (2001) telah
Menyenaraikan 5 objektif utama kaunseling:
i. Menolong mengubah tingkah laku klien.
Melalui kaunseling, klien dapat berfikiran
lebih rasional dan dapat membentuk
personaliti yang positif.
ii. Menambahkan kemahiran klien
mengendalikan kehidupannya sendiri
iii. Menambahkan kemahiran klien membuat
keputusan pada saat-saat penting
iv. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli
masyarakatnya
v. Membantu perkembangan bakat klien
PRINSIP KAUNSELING
Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri
Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan
pemahaman kendiri yang lebih tinggi
Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang
lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya
sendiri
Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan
keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor
Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan
pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan
oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai
dan falsafah kaunselor
KEPENTINGAN KAUNSELING
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri
(menyelami diri dan persekitaran)
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci
kepada masalah yang dihadapinya
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak
berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan
yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan
masalah
Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan
dan kelakuan yang menghalang klien belajar dengan
berkesan
PROSES KAUNSELING
PERINGKAT PERHUBUNGAN:
Adalah peringkat perhubungan antara kaunselor dan klien
Peringkat yang penting dalam memastikan keperluan perhubungan
kaunseling ke arah untuk memenuhi kehendak klien dan bukan kehendak
peribadi kaunselor
MATLAMAT KAUNSELOR:
Peringkat proses yang paling penting
matlamat kaunselor pada peringkat ini adalah membantu klien membina
kefahaman-kendiri klien
PERINGKAT MERANCANG PENYELESAIAN:
Peringkat merancang penyelesaian masalah
Bantu klien mencari pilihan untuk membuat keputusan
PERSETUJUAN PENYELESAIAN:
peringkat akhir dalam proses menolong klien
penyelesaian telah dipersetujui antara klien dengan kaunselor
PROSES TEMU BUAL KAUNSELING KALI
PERTAMA
FASA I:
MEMULAKAN
SESI
FASA 2:
MENSTRUKTU
R
SESI
TEMUBUAL
FASA 3:
MATLAMAT
SESI
PERTAMA
FASA 4:
MENAMATKA
N SESI
PERTAMA
FASA 5:
MEMBUAT
KEPUTUSAN
CIRI-CIRI KAUNSELING
Ciri-ciri dalam kaunseling dijadikan asas
kepada kaunselor untuk dijadikan panduan
dalam menangani klien tertentu.
Kaunseling harus berasaskan ciri-ciri
berikut:
Pada asasnya, manusia membuat penentuan
kendiri.
Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri
dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.
Klien harus mengembangkan tahap kebenaran
yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran
tentang dirinya sendiri.
Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan
keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.
PERINGKAT-PERINGKAT
KAUNSELING
PERINGKAT-PERINGKAT
KAUNSELING
PERINGKAT PERTAMA
/PERMULAAN
Membuat klien sedar bahawa ada
sesuatu masalah yang perlu
diselesaikan
kaunselor menentukan sama ada
masalah wujud dan perlu
diselesaikan dan bersedia untuk
meneruskan proses kaunseling itu
PERINGKAT
KEDUA/PERTENGAHAN
Peringkat penentuan masalah
Bersama mengenal pasti
masalah-masalah yang
dihadapi oleh klien
Bersama mengenal pasti
tindakan-tindakan yang perlu
diambil oleh klien untuk
menangani masalah
PERINGKAT
KETIGA/AKHIR
Klien telah selesai
melakukan tindakan
yang dipersetujui
dengan jayanya
Kaunselor akan
membincangkan
tindakan yang diambil
oleh klien
AKTIVITI KAUNSELING
KRISIS
Mengendalikan kes
krisis yang timbul
secara mendadak
dan memerlukan
perhatian serta
tindakan segera.
PENCEGAHAN
Berasaskan
andaian bahawa
satu-satu
masalah itu
mungkin timbul
PEMULIHAN
memberi fokus
kepada kekurangan
atau masalah yang
dapat dikenal
pasti dari masa ke
semasa
PERKEMBANGAN
usaha mengenal
pasti keperluan pelajar di
alam persekolahan
supaya mereka
dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran
pengalaman serta akhlak
yang mulia.
AKTIVITI KAUNSELING
PENDEKATAN
KAUNSELING
2 JENIS PENDEKATAN
- PENDEKATAN INDIVIDU
- PENDEKATAN KUMPULAN
PENDEKATAN INDIVIDU
Kaunseling individu adalah satu bentuk
perhubungan menolong yang unik di antara satu
kaunselor dengan seorang individu
Kaunseling individu ialah hubungan tolong-
menolong yang unik iaitu klien akan diberikan
peluang-peluang belajar, menghayati, berfikir,
dan merubahnya mengikut apa yang difikirkan
bermanfaat bagi dirinya.
Keberkesanan kaunseling itu pada kaunselor
dan klien sendiri dalam mengemukakan sikap
mereka semasa sesi kaunseling.
PENDEKATAN KELOMPOK
Apabila seorang kaunselor mendapati terdapat ramai klien
yang mempunyai masalah yang hampir sama, makaterdapat
beberapa kebaikan jika semua klien ini dipanggil dalam
bentuk kumpulan.
Isi kandungan kaunseling kelompok meliputi keperluan
dan minat bersama kebanyakan ahli kelompok .
Merupakan orientasi permasalahan dan proses pemulihan
di mana kaunseli-kaunseli atau klien-klien dirasionalkan
kembali mengikut persetujuan orang ramai.
TEKNIK-TEKNIK
KAUNSELING
TEKNIK
KAUNSELING
Teori Pemusatan Klien
-Dikenali sebagai terapi kemanusiaan
-Menumpukan kepentingan hubungan
erat antara kaunselor dengan kliennya
-Menggunakan kaedah pendengaran
yang aktif di mana kaunselor memberi
perhatian terhadap perbincangan di
antara klien
Teori Terapi Perlakuan
-Teknik yang boleh diguna
dalam terapi perlakuan
adalah penilaian; mainan
peranan; gambaran imej;
desensitisasi bersistem.
Teori Psikoanalisis /
Psikodinamik
-kaedah bagi merawat individu
berkaitan dengan masalah emosinya
-merawat gangguan histeria,
kecelaruan peribadi, ketakutan, fobia
dan kecelaruan seksual
Teori Terapi Gestalt
-Membantu individu untuk
bertanggungjawab pada
kehidupan sendiri dan
perkembangan kendiri.
-Teknik popular: Empty
chair
Terapi Adlerian /
Individu
- Individu tidak dianggap
mempunyai masalah cuma
kurang galakkan &
maklumat untuk
menyelesaikan masalah
Jom Rehat
Kejap!
ETIKA KAUNSELING
Pengenalan Etika Kaunseling
Jenis-Jenis Etika Kaunseling
Ciri- ciri Perwatakan Kaunselor
Pengenalan Etika Kaunseling
melibatkan proses membuat keputusan
berkaitan sifat moral manusia dan interaksi
mereka.
menyentuh persoalan berkaitan apakah yang
baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun
nilai.
prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu
ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling
dijalankan.
SESI
KAUNSELING
KAUNSELING
JANGKA
PENDEK
KAUNSELING
JANGKA
PANJANG
Kaunseling jangka pendek
selama enam hingga dua belas sesi.
namun perjanjian boleh dilanjutkan jika
kaunseling terakhir tidak dapat
menyelesaikan masalah.
ini juga bergantung pada perjanjian baru.
Kaunseling jangka panjang
yang melibatkan sesi kaunseling selama
setahun ataupun lebih
JENIS-JENIS
ETIKA
KAUNSELING
Penerimaan
Tanpa
Syarat
Batasan
Seksual
Maklumat
Pramatang
Kerahsiaan
Batasan
Profesional
Penerimaan Tanpa Syarat
Seorang kaunselor yang bertauliah akan
menerima klien dengan seadanya.
Tidak akan wujud diskriminasi atau double-
standard.
Kaunselor perlu menunjukkan sikap menerima
terhadap mana-mana klien yang datang
meminta khidmatnya.
Kaunselor mesti menghormati kepelbagaian
individu dan tidak mendiskriminasikan klien
atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit,
ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina,
bangsa, orientasi seks, status perkahwinan
atau status sosioekonomi.
Maklumat Pramatang
Ada sesetengah organisasi mengehendaki kaunselor
mengisi borang berkaitan dengan data peribadi
klien, maklumat-maklumat tujuan menghadiri
kaunseling iaitu umur, latar belakang, keluarga dan
sejarah keluarga.
Di awal perbincangan kaunselor digalakkan untuk
memulakan sesi kaunseling dengan temu bual awal.
Temu bual awal hanyalah membincangkan masalah
secara umum dan juga matlamat kaunseling.
Bertujuan untuk menenangkan klien. Bagi klien yang
pertama kali menghadapi sesi kaunseling, tentunya
mereka merasa tidak selesa.
Kerahsiaan
Orang yang penting dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh seseorang.
Harus memastikan setiap perbualan yang dilakukan
dengan klien tidak diketahui oleh sesiapa dan menjaga
kerahsiaan sesuatu maklumat yang diceritakan oleh
klien kepadanya.
Ada sesetengah perkara yang tidak dapat untuk
dijadikan kerahsiaan antaranya jika ia boleh
mencederakan klien ataupun pada orang lain.
Contohnya penderaan kanak-kanak, jika kaunselor
mendapati klien itu terlibat dalam penderaan kanak-
kanak maka masalah itu perlu dirujuk kepada pihak
berkuasa.
Batasan Profesional
Membatasi profesionnya walaupun mengenali klien.
Sedar tahap kemampuan dalam mengendalikan sesi
kaunseling. Setiap kaunselor mempunyai kepakaran
masing-masing di bidang yang berbeza.
Sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin,
menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat
dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli
dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien.
Sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar
adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu
serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.
Batasan Seksual
Bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga
melibatkan pertuturan contohnya kaunselor
dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah.
Hubungan tertentu seperti saudara mara, kawan
baik, atau hubungan emosi/ seks dengan klien akan
menjejaskan pertimbangan ahli secara profesional
dan objektif.
Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan
kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien
dirujuk kepada profesional lain yang layak
Ciri- ciri Perwatakan Kaunselor
Kejujuran
Amanah
Kerahsiaan
Tulen
Keterbukaan
Menerima
Mesra
Berkongsi
Mengambil
Berat/Perhatian
Tidak Menghukum
Spontan
Bertanggungjawab
KEMAHIRAN DALAM
KAUNSELING
KEMAHIRAN
DALAM
KAUNSELING
Memberi perhatian
Memerhatikan
klien
Mendengar
Menerang Semula
Kemahiran
Parafrasa
Merumus
Meneroka
Masalah
Menamat Proses
Kaunseling
Kemahiran Meneroka Masalah
Membantu kaunselor untuk mengetahui
masalah yang dihadapi oleh klien.
Penerokaan masalah akan membantu klien
untuk menerangkan masalah dengan lebih
jelas lagi.
Bertanyakan soalan
3 kaedah soalan:
terbuka,
tertutup
andaian
Kemahiran mendengar
Aktiviti yang kompleks dan ia memerlukan
kaunselor memberi tumpuan yang sepenuhnya
sepanjang sesi dijalankan.
Melibatkan perhatian, menerima dan memahami
maklumat yang disampaikan oleh klien.
Tujuan kaunselor mendengar adalah untuk
memahami dengan jelas tentang masalah yang
dihadapi, di samping mencapai persetujuan
bagaimana masalah tersebut boleh ditangani.
Dengan maklumat yang diperoleh dapat membantu
menyelesaikan masalah klien berdasarkan klu dan
isyarat.
Kemahiran memerhatikan klien.
Penampilan klien sudah dapat memberikan
gambaran sebenar perasaan yang sedang
dialaminya.
Dapat menilai masalah sebenar yang dihadapi
oleh klien.
Masalah klien tidak hanya dapat disampaikan
melalui komunikasi lisan (verbal) tetapi juga
melalui komunikasi bukan lisan (non-verbal).
Masalah dapat dianalisis dengan tepat dan jelas
maka ia dapat diselesaikan dengan mudah.
Komunikasi Bukan Lisan
Ekspresi Wajah
Peka dengan perubahan wajah klien.
Perubahan wajah adalah gambaran sebenar perasaan seseorang
kerana wajah akan mempamerkan apa yang terpendam di lubuk hati.
Antara situasi yang memberi gambaran diri klien :
Tidak bermaya
Lemah
Muram
Takut-takut
Sedih
Kualiti suara
Intonasi yang digunakan oleh klien
Ukuran keyakinan dan pegangan klien terhadap sesuatu. Antaranya:
Suara yang tersekat-sekat mungkin tanda was-was atau
menyorokkan sesuatu.
Nada yang tinggi tanda marah, geram atau tidak puas hati.
Terlalu perlahan tanda sayu, takut, sedih atau malu
Kemahiran memberi perhatian
Memberi tumpuan pada masalah klien
4 cara
Postur
Pandangan mata
Riak muka
Cara duduk
Postur
Cara duduk kaunselor ketika menghadapi
sesi kaunseling dapat mencerminkan
bahawa kaunselor berfikiran terbuka dan
bersedia untuk berhubung dengan klien.
Keadaan duduk perlulah selesa, sentiasa
menghadap muka klien, duduk di tengah-
tengah dan relak.
Kaunselor perlu menunjukkan suasana yang
natural dan tenang.
Hah, ceritalah...
saya dengar
Cara duduk yang salah bagi
kaunselor
Pandangan mata
Sentiasa memerhatikan klien.
Apabila klien tiba-tiba memandang kita, maka dia akan mendapati
kita sentiasa memandangnya.
Membuat klien berasa terjamin dan masalah yang disampai sudah
difahami oleh kaunselor.
Riak muka
Ketika kita memberi perhatian kepada klien, adalah penting untuk
kaunselor untuk menyatakan perasaan melalui riak muka.
Jika kita mendengar kejayaan yang diperolehi oleh klien maka kita
hendaklah memaparkan wajah yang ceria, dan juga sebaliknya.
Membayangkan segala masalah yang dihadapi oleh klien dapat
membantu kaunselor dalam memahami masalah klien.
Jika kaunselor meletakkan dirinya di dalam masalah klien maka ini
dapat memberikan panduan kepada kaunselor dalam menyelesaikan
masalah.
Cara duduk
Kaunselor perlu memastikan jarak
duduk bersesuaian di antara klien
dan kaunselor (3 4 kaki). Kerusi
harus sama ketinggian dengan klien.
Pergerakan badan
Tergaru-garu kepala klien ragu-ragu, tidak pasti atau
gelisah
Menggigit jari klien tertekan, ragu-ragu, cemas dan risau
Menggenggam erat atau mematahkan jari klien geram
atau marah
Menggelengkan kepala klien tertekan dan buntu.
Keadaan diri klien
Cara klien memperlihatkan diri juga menunjukkan keadaan
sebenar klien. Ia memberi mesej kepada kaunselor apakah situasi
yang sedang dihapainya.
Rambut yang kusut-masai
Bibir yang bengkak
Tidak bermaya dan lesu
Badan yang lebam-lebam.
Menghadapi Kesenyapan
Ada kalanya dalam sesi kaunseling, berlaku
kesenyapan iaitu tiba tiba klien terhenti berkata
kata atau klien dan kaunselor sama sama serentak
tidak berkata kata.
Kesenyapan juga kadang kala diiringi dengan klien
sebak, mengalirkan air mata dan tersedu sedu jika
tidak dapat membendung perasaan.
Seseorang kaunselor harus bijak menangani
kesenyapan yang tiba-tiba dialami oleh klien.
Inilah pentingnya perhatian yang berterusan semasa
sesi kaunseling berjalan kerana kaunselor boleh
mendapat bayangan apakah yang sebenarnya
difikirkan oleh klien.
Cara terbaik untuk menangani kesenyapan ialah dengan
menggalakkan klien berbual.
Bijak dalam mengemukakan soalan kerana ia mudah
mempengaruhi emosi klien.
Tidak tergopoh gapah bertanya soalan kepada klien.
Pandai membahagikan masa kepada klien supaya mereka
kembali tenang dan sekiranya klien menangis, kaunselor
mestilah membiarkannya sehingga klien berasa lega dan
selesa untuk kembali bercerita.
Mengambil inisiatif untuk memulakan dahulu perbualan
tersebut.
Menghadapi situasi ini dengan tenang dan jangan panik.
Biarkan hingga klien lega dan kembali selesa bercerita.
Mencelah Kesunyian
Menanyakan beberapa soalan
Proses menanyakan beberapa soalan,
membantu kaunselor lebih fokus
kepada klien.
Kemahiran Parafrasa
Kemahiran kaunselor dalam menyatakan
pemahaman masalah dalam bentuk ayat
yang tersendiri.
Ia berdasarkan pemahaman sedia ada dan
dibentuk menggunakan ayat tersendiri.
Perkara penting semasa membuat parafrasa
ialah mengulang dengan ayat yang tepat
kerana ini akan menggambarkan pemahaman
kaunselor terhadap masalah klien
Kemahiran Menerang Semula
Kemahiran ini memerlukan kaunselor untuk mengulang
semula perkataan yang telah disebut oleh klien semasa
sesi kaunseling berjalan.
Proses mengulang biasanya dengan menggunakan frasa
atau perkataan yang pendek
Kaedah ini merupakan kaedah pantas untuk
menggalakkan komunikasi antara klien dan kaunselor.
Selain itu, menerang semula amat berguna supaya
kaunselor tidak terpesong pemahamannya.
Ia juga dapat menggalakkan respone antara klien dan
kaunselor selain kaunselor juga fokus kepada sesi
kaunseling.
Kemahiran merumus
Menghubung kait semua maklumat yang
disampaikan oleh klien berkaitan dengan masalah
yang dihadapi.
Kaunselor perlu membuat rumusan supaya
pemahaman kaunselor dengan klien adalah selari.
2 bentuk rumusan:
rumusan kecil
rumusan besar
Kemahiran Menamat Proses Kaunseling
Peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan
klien berpuas hati dengan langkah
penyelesaian yang membawa perubahan
dalam diri klien ataupun selepas klien
merasa yakin masalah sudah selesai dan
tidak memerlukan bantuan.
Berlaku pada sesi pertemuan pertama,
kedua, ketiga malah mungkin sesi yang
kedua belas bergantung kepada masalah dan
jangka masa pertemuan.
Bimbingan yang berjaya dapat memberi kepuasan
kepada kaunselor dan klien.
AKTA KAUNSELOR 1998
1. Tarikh dikuatkuasa: 1 Disember 1998
2. Tujuan: Menguatkuasakan peraturan
dan perundangan berkaitan dengan
perkhidmatan kaunseling di Malaysia.
3. Lembaga Kaunselor Malaysia:
berperanan mengawal selia
perkhidmatan kaunseling di Malaysia.
KESIMPULAN
Kaunseling merupakan satu aspek yang
sangat penting dalam kehidupan kita.
Kaunseling merupakan aktiviti nasihat dan
perundingan di antara klien dan kaunselor
dengan menggalakkan interaksi dalam
menolong klien untuk mencapai
kesejahteraan hidup.
Kaunseling juga penting untuk diamalkan
kerana ia akan memberi sokongan,
menyelesaikan konflik yang timbul di dalam
diri klien dan sekaligus membantu klien
dalam membuat keputusan untuk
menyelesaikan masalah yang dialaminya.
Ada
SoalanFaham.ok.
SeKiAn,
TeRiMa
KaSiH

You might also like