Peperiksaan PMR tinggal 7 hari sahaja lagi. Tentunya anak-anak kita sudah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut, peperiksaan yang akan menentukan nasib mereka di tingkatan 4 nanti. Kalau baik keputusan boleh masuk aliran sains, tapi kalau keputusan kurang baik, memang sukar untuk masuk aliran sains.
Semestinya semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti. Sebab itu ibu bapa sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk hantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tusyen supaya anak-anak mereka benar-benar bersedia semasa peperiksaan nanti.
Sebenarnya usaha kita bukan terhenti setakat itu sahaja. Malah semasa anak- anak di dalam dewan peperiksaan ibu bapa masih boleh membantu anak-anak dengan amalan-amalan dan doa-doa memohon supaya anak-anak mereka dipermudahkan menjawab semua soalan dengan betul dan tepat. Antara amalan-amalan yang boleh di buat oleh ibu bapa adalah seperti berikut. Malah hal ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di rumah mahupun di pejabat.
1. Ambil wuduk 2. Menghadap kiblat 3. Baca syahadah 3 kali 4. Baca Al Fatihah 10 kali
5. Baca 3 Qul 1 kali
6. Baca suruh Insyirah 1 kali
7. Selawat atas nabi 10 kali 8. Baca surah Yasin 1 kali 9. Baca Surah Insyirah 100 kali
Niatkan dalam hati supaya Allah S.W.T permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang. Sesungguhnya antara doa yang mujarab adalah doa ibu bapa terhadap anaknya.