You are on page 1of 8

http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.

html

CARA BERMAIN ALAT PERKUSI DALAM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

Permainan Alat perkusi

Permainan alat perkusi melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor
melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat perkusi. Bidang ini menggalakkan pelajar
meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat perkusi termasuk penggunaan anggota tubuh badan
mereka.

Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara
selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang
merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat perkusi.

Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia
merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat
muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa
kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan
anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.
Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi,
disiplin, dan rasa tanggungjawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid
berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :
1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik di mana kebanyakkan mereka
tidak berpeluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali
bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya
menghargai nilai seni bunyi.
3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan
menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.


TAMBORIN

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di
sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat
dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin
dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.




http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.html





TIK TOK
Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang
pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian
kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok
1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.






http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.html

KERINCING


Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya
merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi
pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah
lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
1. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan
pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam
kerincing.




LOCENG
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai
berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai
tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng :
1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng.
Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk
pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.


http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.html




VIDEO MENUNJUKKAN TEKNIK ASAS BERMAIN ALAT-ALAT PERKUSI



DRAM TENOR
Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada
dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai
gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor :
1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan
badan dram, atau
2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas

http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.html










DRAM GETAR / SNARE
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang
Bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.

Cara mengendali dan memainkan dram getar :
1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak
rapat dengan dram, atau
2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
3. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
4. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.
http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.html






http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.html





DRAM BES
Dram bes menggunakan stand atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia
menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga
boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.





http://kaklele.blogspot.com/2012/11/cara-bermain-alat-perkusi-dalam.html





Kemahiran Memainkan Alat Perkusi

Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang
terancang. Mereka belajar :
Menunggu giliran mengikut skor.
Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama
Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan
Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik
Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin
Dicatat oleh LELE SURIANI BINTI HUSAIN di 9:45 PTG

You might also like