You are on page 1of 5

Minda 4: Amalan Membentuk Minda Anak

Posted May 25, 2010 by fyzul in Minda Hebat. Tagged: Minda Hebat, tips didik anak.
9 Comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Sudah lama rasanya saya tidak berkongsi tips dari buku rahsia minda hebat ini. Bukan
apa, sebenarnya banyak info menarik disini namun tidak sedap rasanya saya
mengupas semua topik. Dan saya rasa ini mungkin topik terakhir saya akan ambil dari
buku hebat ini.:)
InsyaAllah kali ini saya bawakan amalan dan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mencerdaskan minda anak-anak. Menurut buku ini perkembangan dan
pertumbuhan manusia bermula dari peringkat janin di dalam rahim ibu lagi dan
berkembang sehingga dewasa.
Pemakanan yang seimbang dan mencukupi keperluan merupakan asas utama bagi
perkembangan dan pertumbuhan seseorang. Pemakanan boleh dikategorikan kepada
dua macam. Pemakanan rohani dan pemakanan fizikal.
Pemakanan rohani = Membaca Al-Quran dan Doa
Pemakanan rohani adalah amalan-amalan yang boleh diamalkan semasa si ibu sedang
mengandung. Sebagai seorang muslim, amalam yang di anjurkan adalah membaca al-
Quran dan berdoa. Antara surah-surah pilihan dan doa yang boleh diamalkan semasa
mengandung yang saya peroleh dari blog sahabat kita nuriman dan aidura adalah
seperti:
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang
menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk
kebahagiaan sekeluarga.
***
Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan
bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra) dalam
solat Subuh.
Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-
Allah.
SURAH AL-IIIJR (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang
selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya
ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan
kesolehan kepada anak-anaknya.
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan
kepadanya.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan
kesukaran hidup.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya
akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bidaah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang
baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama
dari penyakit perut.
Wallahu alam.
Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan hidup kita sepanjang zaman..
***
Pemakanan fizikal = Susu Ibu
Hari ini ramai bayi-bayi diberikan susu formula seawal usia sehari mengantikan susu
ibu. Namun majoriti masyarakat kita tidak tahu rahsia khasiat di sebalik susu ibu
itu. Syukur alhamdulillah saya membesar dengan susu ibu bukan susu formula..:)
Mari kita sama-sama perhatikan ayat al-Quran dan kupasan khasiat susu ibu ini.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 233
Bermaksud: Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu
bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin
memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya
dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.
Susu ibu merupakan makanan paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Susu ibu
membekalkan keperluan untuk pembesaran, pertumbuhan dan perkembangan tubuh
dan otak bayi. Selain itu, susu bayi juga membantu melindungi bayi daripada
jangkitan pelbagai jenis penyakit seperti sakit telinga, kolkol, taun, lumpuh, gastro
enteritis dan meningitis. Malah bayi yang diberikan susu ibu dikatakan kurang
terdedah kepada kemungkinan mendapat penyakit lelah dan juga pelbagai penyakit
alahan.
Selain itu juga susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula kerana susu ibu
lembut dan cair sementara susu formula pekat. Susu ibu juga mengandungi protien
yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini
mengurangkan cirit-birit.
Anak-anak yang diberikan susu ibu mempunyai beberapa kelebihan seperti:
1. Watak anak yang lembut
2. Emosi anak stabil
3. Pembesaran anak yang berwatak yakin dan berani
4. Anak tidak mudah menerima tekanan jiwa
5. Minda anak lebih cemerlang
6. Fizikal anak lebih kebal kepada penyakit
7. Anak lebih mengasihi ibu serta adik-beradiknya
Disini saya ingin bawakan satu fakta dari buku ini. Keburukkan bayi berumur di
bawah empat bulan diberikan makanan selain susu ibu:
Bayi belum bersedia menerima makanan pejal kerana kuasa penghadamannya
masih kurang.
Mudah mendapat alahan.
Buah pinggang bayi masih belum kuat untuk membuang sisa-sisa makanan
akibat penghadaman.
Kemungkinan boleh rosakkan usus
Boleh mengakibatkan kegemukkan.
Sekiranya bayi terpaksa diberikan sus formula, minta nasihat doktor jenis susu yang
sesuai untuk bayi. :)
Selain susu ibu, kita juga perlu mengamalkan makan makan seimbang, berprotein dan
berzat seperti yang kita pelajari di sekolah dalam piramid makanan. :) Dalam buku
rahsia minda hebat juga banyak dikupas tentang amalan permakanan yang baik dan
yang boleh mengancam diri. Selain itu juga ada doa-doa dan amalan yang boleh
diamalkan untuk melembutkan hati dan menajamkan fikiran.
Penutup = Makanan membentuk hati
Nabi SAW mengingatkan kita bahawa hati itu dibentuk oleh makanan dan minuman.
Jika makanan dan minuman kita bersumberkan perkara haram dan buruk, ia akan
membentuk hati menjadi buruk dan jahat, dan sebaliknya.
Nabi SAW pernah bersabda:(Riwayat Muslim)
Bermaksud: Di dalam diri setiap kamu ada seketul daging, apabila ia baik maka
baiklah seluruh badan dan anggota kamu. Tetapi jika ia jahat maka akan jahatlah
seluruh tubuh dan anggota kamu. Ketahuilah, itulah hati.
Kita juga biasa dengar pepatah lain yang berbunyi: You are what you eat.
Pepatah ini juga diambil dari hadis Nabi SAW seperti diatas. :)
Makanan yang baik akan membentuk hati yang baik. Hati yang baik akan membentuk
akhlak yang baik. Rasulullah SAW merupakan contoh akhlak yang terbaik
sebagaimana sabda baginda:
Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Rasulullah SAW juga menganjurkan kita berakhlak mulia:
Takutlah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada. Ikutlah segala kejahatan
dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan (kejahatan). Dan
bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang baik. Sumber: Buku
Kewajipan Mendidik Hati.
Semoga info ini bermanfaat untuk semua. Sekian..

You might also like