You are on page 1of 5

Amalan ibu mengandung menurut Islam sangat digalakkan bagi

melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Amalan ibu ketika


mengandung akan mempengaruhi janin dalam rahim ibu itu.

Amalan amalan ibu mengandung ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor
Bahyah dan korang boleh dapatkan bukunya. Tetapi, amalan-amalan ini
juga perlu diamalkan oleh si suami.
Amalan Ibu Mengadung
1. Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi
mengelak anak yang ganas dan panas baran.
2. Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
3. Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
4. Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah
mendapat hidayah dan petunjuk
5. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
6. Banyak berdoa kepada Allah SWT
7. Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami
digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya
sunat isnin dan khamis
8. Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat
contohnya sunat hajat dan taubat
9. Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa
berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang
kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
10. Banyakkan membaca al-Quran.
o Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
11. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah
para anbia, para sahabat dan lain-lain
12. Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil
mengusap perut si ibu.
13. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman
contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan
proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si
isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
14. Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan
yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang
membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika
isteri penat, pening atau sakit.
15. Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan
diwarisi oleh anak mereka.
16. Makan makanan yang baik.
17. Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
18. Rajin mengukirkan senyuman
19. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

>>Nama Anak Islam beserta Maksudnya<<

Doa Amalan Ibu Semasa Hamil

&lt;a href="[innity]http%3A//bs.serving-
sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D924378
0%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D680127392"
target="_blank"&gt;&lt;img src="http://bs.serving-
sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&amp;FlightID=9243780&amp;
Page=&amp;PluID=0&amp;Pos=680127392" border=0 width=300
height=250&gt;&lt;/a&gt;


Surah Amalan Ketika Ibu Mengandung

Perkara yang perlu dielakkan ketika ibu mengandung
1. Elak mengidam makanan yang pelik dan buruk
2. Elak makan dan minum yang haram
3. Elak makan makanan yang berbisa contohnya pari, ikan sembilan,
nenas, tapai dan lain-lain.
4. Si suami mesti elakkan daripada melakukan perkara yang dapat
menyedihkan si isteri
5. Elak penampilan yang tidak menarik dihadapan si suami
6. Jauhi maksiat
7. Jauhi pertuturan yang negatif atau tidak baik
8. Jauhi amalan khurafat

Video Youtube Ceramah Ustazah Siti Nor Bahyah tentang sebelum,
semasa dan setelah melahirkan anak dan juga ketika melahirkan
anak.
- See more at: http://trigyy.com/2013/11/amalan-ibu-
mengandung/#sthash.EAypvyhF.dpuf

You might also like