You are on page 1of 20

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

AMALAN-AMALAN HARIAN MENANGKIS GANGGUAN SYAITAN


Berdasarkan Al-Qurn, As-Sunnah & Amalan Salafussoleh
Disusun Oleh:
Abang Sufri Mahmud Bin Abang Usop Bin Abang Narudin
(Ab umayd Al-Miraw)
Undergraduate of BA Islamic Studies, Islamic Online University
Telefon & Faks: (Pejabat) +6 085 417137 (Bimbit) +6 016 8696224 E-mel: sufrimahmud@gmail.com
Blog: http://abuhumayd.weebly.com

MUQADDIMAH



.
Sesungguhnya segala puji-pujian adalah milik Allh, kita memujiNya dan meminta pertolonganNya, kita
memohon keampunanNya, dan kita berlindung dengan Allh daripada kejahatan-kejahatan diri kita, dan
keburukan-keburukan amalan kita. Barangsiapa yang Allh berikan petunjuk maka tidak ada sesiapa
dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allh sesatkan maka tiada sesiapa dapat memberinya
petunjuk. Dan aku bersaksi bahawa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allh, Dia yang
Esa tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muammad adalah hambaNya dan utusanNya.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan
jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
[Surah li Imrn, 3: 102]

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari
diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan
juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas)
kamu.
[Surah An-Nis`, 4: 1]
1

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar
(dalam segala perkara); Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka
sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
[Surah Al-Azb, 33: 70-71]


.
Dan sesudah itu, maka sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitab Allh, dan sebaik-baik
petunjuk ialah petunjuk Muhammd . Seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang
baru (dalam agama), dan setiap perkara baru dalam agama adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat,
dan setiap kesesatan membawa ke neraka.
Apabila bercakap mengenai syaitan, maka apakah yang terlintas di fikiran kita? Kebiasannya orang akan
membayangkan makhluk ghaib yang menyeramkan dan suka mengganggu manusia. Hakikatnya, syaitan
boleh jadi daripada kalangan jin dan juga manusia. Firman Allh jalla tsan-uh:







Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan
jin...
(Surah Al-Anm, 6: 112)
Pada asalnya, kertas kerja ini timbul daripada idea untuk memberikan garis panduan amalan sunnah yang
boleh "membenteng diri" daripada gangguan jin dan sihir serta mencegah daripada gangguan tersebut
setelah sesi ruqyah secara shar. Setiap kali selepas sesi ruqyah, saya akan sebut satu persatu apa yang
perlu dilakukan oleh pesakit selepas itu, dan saya yakin mereka tidak akan dapat ingat kesemuanya dan
saya pun tidak mampu untuk memberitahu kesemua amalan tersebut kepada mereka secara lisan sematamata. Maka timbullah idea untuk menyusun satu risalah (artikel) yang juga boleh digunakan oleh sesiapa
sahaja.
Kertas kerja ini bukanlah artikel tentang kaedah merawat (ruqyah), bahkan ini merupakan himpunan
amalan2 yang sabit daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah yang ada sangkut paut dengan benteng diri
daripada syaitan, disertakan dengan takhrij adts yang berkaitan. Pentakhrijan adts serta syarah
terhadapnya dilakukan seminimum yang mungkin dan tidak berjela-jela, memandangkan tujuan utama
kertas kerja ini ialah untuk bacaan dan amalan orang awam. Suka di sini diingatkan bahawa semua takhrij
2

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

adts dilakukan dengan bantuan perisian (software) Al-Maktabah Ash-Shamilah yang boleh dimuat turun
di laman web http://shamela.ws/. Oleh sebab itu, maka boleh jadi penomboran adts, nombor muka surat
kitab, dan sebagainya amat berbeza dengan naskhah asal kitab tersebut. Para penuntut ilmu yang serius
hendaklah merujuk kepada kitab asal untuk pengkajian selanjutnya.
Walau bagaimanapun, menjadi kewajipan saya untuk menjelaskan bahawa saya bukanlah ahli dalam
bidang hadts. Pengumpulan hadts dilakukan atas dasar pengetahuan am mengenai melalui pengajaran
oleh guru, pembacaan dan pengalaman terhadap lafaz-lafaz doa yang diyakini sabit daripada sunnah.
Manakala status-status adts selain daripada yang terdapat dalam a Al-Bukhar dan Muslim saya
bergantung sepenuhnya pada talq (komentar) yang dilakukan oleh para ulama sepertimana yang
dinukilkan oleh sumber. Sekiranya ada penilaian terhadap adts-adts tersebut yang dilakukan oleh
pengkaji terkemudian, maka saya serahkan hal itu kepada mereka yang ahli untuk menilainya.
Sebagai penuntut ilmu, saya mengakui pasti ada kesalahan, kesilapan, dan kekurangan dalam penulisan
kecil ini. Maka saya amat mengalu-alukan komen dan nasihat yang konstruktif daripada para pembaca,
terutama sekali mereka yang ahli dalam ilmu-ilmu yang berkaitan.
Segala yang benar adalah daripada Allh azza wa jalla, manakala salah dan silap adalah berpunca
daripada saya sendiri dan juga syaitan. Semoga isi kandungan kertas kerja ini bermanfaat untuk semua
muslimin dan muslimat, dan semoga Allh menjadikan kertas kerja ini sebagai amal jariah
yang berpanjangan, menjadi hujah bagi saya dan bukan terhadap saya. Semoga Allh melindungi kita
daripada kejahatan syaitan dari kalangan jin dan manusia. Amn.

Akhkum fid-dn
Ab umayd Sufr Mamd Al-Mraw
Miri, Sarawak, Malaysia

Khamis
29 Jumdal-khir 1434 H / 9 Mei 2013 M

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

AMALAN #1: Ketika bangkit daripada tidur


Apabila seseorang bangkit dari tidurnya, maka dia hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
a. Menyebut nama ALlh
b. Mengambil wudh (air sembahyang) dengan sempurna
c. Mendirikan solat
Hal ini adalah berdasarkan satu hadts:
Daripada Ab Hurayrah , dia berkata: RasluLlh telah
bersabda (maksudnya):
Terdapat tali (daripada syaitan) di belakang kepala seorang daripada kamu dengan
tiga ikatan. Maka apabila dia bangun dan lalu menyebut nama ALlh, maka terlepaslah
satu ikatan. Lalu dia pun bangkit dan mengambil wudh, terlepaslah satu lagi ikatan.
Maka apabila dia berdiri untuk solat, maka terlepaslah kesemua ikatan.
Baginda berkata lagi: Maka dia berpagi-pagi dengan cergas dan jiwa yang baik. Dan
dia memperoleh kebaikan. Dan jika dia tidak berbuat begitu, maka pagi-pagi lagi dia
malas dengan jiwa yang kotor dan tidak mendapat kebaikan.1
Adapun kaifiat (tatacara) pengamalan hadts di atas dapat kita jelaskan seperti berikut:
a. Menyebut nama Allh:
Kita disunnatkan untuk membaca salah satu daripada doa-doa seperti berikut setelah jaga
daripada tidur:




Al-amdu liLlhi al-ladz ayn bada m amtan wa ilayhi an-nushr
Segala puji bagi ALlh yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan (menidurkan) kami
dan kepadaNyalah tempat kembali.2

HR Ahmad, No. 7441, 12/410 dengan isnad yang sahih berdasarkan syarat Al-Bukhr dan Muslim. Lafaz asal
dalam bahasa Arab hadts ini ialah seperti berikut:



:

" :




" : "


"


- : ] 6312 :" [ " 2
]489 : [." " : "
" : -
- :
2004 -1425 :

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

Atau membaca;

Al-amdu liLlhi al-ladz radda alayya r wa fn f jasad wa adzina l bi zikrihi


Segala puji bagi ALlh yang mengembalikan ruhku kepadaku, memelihara jasadku, dan
mengizinkan aku untuk mengingatiNya.3
b. Mengambil wudh (air sembahyang) dengan sempurna
Kita hendaklah bangkit terus dari tempat tidur dan jangan bermalas-malasan lagi di atas tilam
katil kita yang empuk. Jika tidak, maka ikatan syaitan tersebut tidak akan terurai, malah
kemungkinan besar kita pasti akan tertidur lagi.
Kemudian kita hendaklah menuju ke tempat mengambil wudh (wuduk) dan berwuduklah
dengan sempurna. Adapun tatacara terbaik menurut sunnah RasluLlh yang
sahih ialah seperti berikut:
i.
ii.

Membasuh kedua-dua tangan.


Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung (istinshq) dan
mengeluarkannya semula (istintsr). Lakukan ini sebanyak maksimum tiga (3)
kali.
Nota:
Kita disyariatkan melakukan hal ini kerana sesungguhnya syaitan bermalam
(tidur) di dalam hidung kita ketika kita tidur. Maka dengan melakukan perkara
ini, selain melakukan sunnah, syaitan yang bermalam dalam hidung kita pada
malam hari akan keluar.4

iii.

iv.

v.

Membasuh muka dengan sempurna dari anak rambut hingga ke hadapan telinga
dan bawah dagu serta menyelakan janggut (bagi lelaki) dengan jari-jari yang
basah. Ulang rukun ini sebanyak maksimum tiga (3) kali.
Membasuh kedua-dua tangan hingga dan termasuk siku, dimulai dengan anggota
sebelah kanan dan diakhiri dengan anggota sebelah kiri. Ulang sebanyak
maksimum tiga (3) kali.
Menyapu kepala, dengan langkah seperti berikut:
a. Basahkan kedua-dua tapak tangan.
b. Meletakkan tapak tangan di bahagian hadapan kepala.
c. Tarik kedua-dua tapak tangan hingga ke belakang kepala hingga ke pangkal
tengkuk.
d. Tolak tapak tangan ke hadapan semula sehingga ke tempat bermula.

(No. 106, 1/57)


3

Ibid. No. 107


4
Sharh As-Sunnah , Al-Baghawi (1/414)

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

e. Masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam lubang telinga kanan dan kiri.
f. Letakkan kedua-dua ibu jari di belakang cuping telinga sebelah bawah.
g. Menyapu bahagian belakang cuping telinga dengan cara menolak ibu jari
hingga ke bahagian atas cuping telinga.
h. Lakukan perkara ini sekali sahaja.
Membasuh kaki dengan sempurna dengan meratakan air ke seluruh permukaan
kaki termasuk celah-celah jari kaki hingga ke atas buku lali. Ulang sebanyak
maksimum tiga (3) kali.5

vi.

c. Mendirikan solat
Setelah itu, maka dirikanlah solat tahajjud atau witir atau dua rakaat sunnat sebelum Subuh. Maka
dengan izin Allh, akan terlepaslah semua ikatan syaitan tadi.
Allhu alam (ALlh lebih mengetahui).

AMALAN #2: Membaca zikir pagi


Antara amalan-amalan sunnat yang boleh mengelakkan kita daripada gangguan jin dan syaitan ialah
membaca zikir pagi dan petang. Adapun himpunan zikir-zikir pagi ini boleh didapati daripada buku yang
dikarang oleh para ilmuan yang boleh didapati di tempat-tempat lain pada hari ini. Di sini kami hanya
akan nyatakan lafaz-lafaz zikir pagi yang berkaitan dengan perlindungan daripada gangguan syaitan dan
makhluk-makhluk jahat sekadar kemampuan kami.
Mulakan dengan membaca istidzah atau taawudz seperti berikut:

Adzu biLlhi min ash-shayn ar-rajm min hamzihi wa nafkhihi wa naftsihi


Aku berlindung dengan Allh daripada syaitan yang direjam, daripada (tiupan) kematiannya,
(hembusan) kesombongannya, dan (godaan) syairnya.6
Atau sekadar membaca;


Adzu biLlhi min ash-shayn ar-rajm
5

Sahih Al-Bukhari (159, 1/43)




:




6
Tafsir Ibn Katsir, 1/111

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

Aku berlindung dengan Allh daripada syaitan yang direjam.7


Seterusnya membaca ayat-ayat dan doa-doa berikut semampu mungkin:
i.

Ayat Kursiy (Ayat ke-255 daripada Surah Al-Baqarah)

ALlhu l ilha ill huwa al-ayyu al-Qayym, l ta`khudzuhu sinatun wa l nawm, lah
m f as-samwti wa m fi al-ardh, man dza al-ladz yashfau indah ill bi idznih,
yalamu m bayna aydhim wa m khalfahum, wa l yuna bi shay`in min ilmih ill
bi m sh`, wasia kursiyyuhu as-samwti wa al-ardh, wa l ya`du ifzhuhum wa
huwa al-Aliyu al-Azhm
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi
terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah
tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang
mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat
memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.8
ii.

Surah Al-Ikhl9

Tafsir Ibn Katsir, 1/111


{ :



]98 : } [
8
As-Sunan Al-Kubra An-Nasa`I (7693: 7/258 & 10,728:9/350)


:
:

:
:
:
:



:

:
" : :





:




:



:
:

:

:

:

:
:



9
Musnad Ahmad, (17299 28/531-532)
" :
)2(


:


"
. : : .
)1814( )3441( 145 " " 411/2 " " )1003(
)123( " " )8030( " " )287( " " )265(

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan






Qul huwAllhu aad, Allhu-amad, lam yalid wa lam ylad, wa lam yakullah
kufuwan aad

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa. (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3) dan
tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". (4)
Surah ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.
iii.

Surah Al-Falaq

Qul adzu bi Rabbil-falaq, min sharri m khalaq, wa min sharri ghsiqin idz waqab,
wa min sharrinnafftsti fil-uqad, wa min sharri sidin idz asad
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, (1) dari kejahatan
makhluk-Nya, (2) dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, (3) dan dari
kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, (4) dan dari
kejahatan pendengki bila ia dengki". (5)
Surah ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.
iv.

Surah An-Ns





276/2 " " )2560( " " 394/2 " " )967( )965( )963( /17 ""
.
411/2" " )6039( " "
.
.""
. )17378( )17370( )17355( )17303(
. )17296(

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

Qul adzu bi Rabbin-ns, Malikin-ns, Ilhin-ns, min sharril-waswsil-khanns,


alladz yuwaswisu f udrin-ns, minal-jinnati wan-ns
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
(1) Raja manusia. (2) Sembahan manusia. (3) Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa
bersembunyi, (4) yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, (5) dari
(golongan) jin dan manusia. (6)
Surah ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.10
v.

Membaca:


BismiLlhil-ladz l yadhurru maas-mihi shay-un fil-ardhi wa l fis-sam-i wa huwasSamul-Alm
Dengan nama Allh yang tiada sesuatu pun dengan namaNya yang memudaratkan sama
ada di bumi dan tidak juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.11
Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.
vi.

Membaca:




L ilha illaLlhu wadahu l sharka lahu, lahul-mulku wa lahul-amdu wa huwa al
kulli shay-in qadr

10

Sunan At-Tirmidzi (2902, 5/170)




: : :

]1 :} [

]
1
:[
}

"
:

:"


11
Musnad Abi Dawud At-Tiyalisi (79, 1/77), Musnad Ahmad (446, 1/498), Sunan Ibn Majad (3869, 2/1273)

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

Tiada sembah yang patut disembah melainkan Allh Yang Maha Esa tiada sekutu
bagiNya, milikNya segala kerajaan dan milikNya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa
atas setiap sesuatu.12
Doa ini dibaca seratus (100) kali.
vii.

Membaca:



Allhumma limal-ghaybi wash-shahdah, Firas-samwti wal-ardh, Rabba kulli
shay-in wa malkah, ash-hadu an l ilha illa anta, adzu bika min sharri nafs, wa min
sharrish-shayni wa shirkih
Ya Allh, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, Pencipta langit-langit
dan bumi, Pemilik segala sesuatu dan kekuasaan, aku bersaksi bahawa tiada sembahan
yang berhak disembah kecuali Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan
diriku, dan daripada kejahatan syaitan dan perdampingannya.13

AMALAN #3: Ketika keluar dari rumah


Ketika melangkahkan kaki keluar dari rumah, maka kita disunnatkan untuk membaca doa seperti berikut:



BismiLlhi tawakkaltu alLlh, lwa l quwwata ill biLlh
Dengan nama Allh, aku menyandarkan diri kepada Allh dan tiada kekuatan melainkan dengan
izinNya.14
Apabila seseorang melakukan sedemikian, maka ia akan diberi petunjuk, dicukupkan keperluannya, dan
dipelihara, serta syaitan-syaitan akan menjauhkan diri daripadanya. Syaitan akan berkata kepada syaitan
yang lain, bagaimanakah engkau dapat mengganggu dia yang diberi petunjuk, dicukupkan, dan
dipelihara?.15

12

Muwatta Malik (712, 2/293), Musnad Ibn Abi Shaybah (816, 2/316), Musannaf Ibn Abi Shaybah (26,546
5/325)
13
Musnad Ahmad (63, 1/227 & 8008, 13/384), Sunan Ad-Darimi (2731, 3/1760), Al-Adab Al-Mufrad (1/683)
14
Sunan Abi Dawud, 5095, 4/325 & Sunan At-Tirmidz (3426, 5/490) dan beliau mengatakan hadits ini hasan
gharib, manakala Al-Albn mensahihkannya.
15
Ibid.

10

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

AMALAN #4: Ketika berada di pasar


a. Telah sabit daripada sahabat Nab yang bernama Salmn Al-Fris bahawa
jika kita mampu maka janganlah kita menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan jangan pula kita
menjadi orang yang terakhir keluar dari pasar. Hal ini kerana pasar merupakan tempat syaitan bertelur
(beranak pinak) dan tempat telurnya menetas.16
b. Dalam transaksi jual beli di pasar, acapkali gangguan syaitan dan dosa akan terlibat di dalamnya. Maka
adakanlah sedekah dalam jual beli tersebut.17

AMALAN #5: Ketika makan dan minum


a. Hendaklah makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan, dan mengelakkan diri daripada
menggunakan tangan kiri.18
b. Hendaklah membaca basmalah sebelum makan dan minum. 19

AMALAN #6: Yang berkaitan dengan solat dan masjid


a. Ketika berwudh`
16

Musannaf Ibn Abi Shaybah (34,675 7/122)


:
:

Al-Adabul Mufrad, 784 1/420



:





:

: ] [
Sahih Muslim (2541 4/1906)
: :


: .

:


:
:



:
: :
-

:

: :

:
:
__________
17

At-Tabarani, Al-Mujam Al-Kabir (913, 18/357), Musnad Abi Dawud At-Tiyalisi (1301, 2/530)
Musnad Ahmad (16,493 27/20-21)
:

]21: [
:


: : :

Musnad Ahmad (18963, 31/296)



:

:

: :

:




19
Sahih Al-Bukhari, 5378, 7/68; Sunan Abi Dawud 3768, 3/347; As-Sunan Al-Kubra An-Nasa`I 6725, 6/263;
Musnad Ahmad 18,963, 31/296
18

11

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

- Pastikan membaca basmalah sebelum mengambil wudh`.20


- Melakukan istinshq dan istintsr21
- Menghapuskan was-was dengan keyakinan22
b. Azan dan iqamah
- Melaungkan azan ketika telah masuk waktu solat dan seterusnya melaungkan iqamah apabila
solat hendak didirikan. Sungguhpun hukumnya hanya sunnat, namun azan dan iqamah akan
menyebabkan syaitan lari bertempiaran ketakutan hingga terkentut-kentut, hinggalah suara azan
tidak lagi kedengaran.23
- Laungan azan juga boleh menghentikan tangisan anak kecil pada waktu malam, sekiranya
tangisan tersebut disebabkan oleh gangguan syaitan. Selain itu antara jalan mudah untuk
menghalau jin dan syaitan ialah dengan cara melaungkan azan. Hal ini kerana mereka (jin) akan
dituntut persaksian pada hari Kiamat kelak terhadap manusia yang melaungkan azan. Dan azan
mengandungi lafaz yang agung: kalimah tauhid, takbir, seruan ke arah ibadah terhadap Allh dan
kejayaan di dunia dan di akhirat.
c. Kelebihan solat berjemaah
- Hukum solat berjemaah di masjid berbeza menurut pandangan-pandangan para ulama mujtahid.
Ada ulama yang menghukumkannya sebagai fardu ain bagi lelaki, ada juga yang mengatakannya
sebagai fardu kifayah, dan ada yang memandangnya sebagai sunnat muakkadah.
- Walau apa pun perbezaan pendapat para ulama mengenainya, solat berjemaah mempunyai
fadhilat yang besar dan ganjaran yang lebih banyak berbanding solat secara bersendirian.24
20

Sunan Ibn Khuzaymah (144, 1/74)


:





:

:



:
: - 144 ][
21
Sahih Al-Bukhari (140, 1/40)

: :







:

22
Sahih Al-Bukhari (137, 1/39)

: :





-
- :
23
Musnad Ahmad (10876, 16/509-510)

" :





- -
)9170( . : : .
24
.


: ] 177: [
5332 217 188 104 322
645 156 2 6455 112 2 5921 65 2

12

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

- Solat berjemaah juga boleh mengurangkan kadar gangguan syaitan dan menyukarkan syaitan
untuk mengganggu seseorang. Ini kerana syaitan umpama serigala, dan serigala mudah
menyerang biri-biri yang bersendirian.25
d. Meluruskan dan merapatkan saf
- Kita mestilah memastikan bahawa saf solat adalah lurus dan rapat. Ini dapat dilakukan dengan
cara memastikan bahawa tumit setiap ma`mum adalah selari antara satu sama lain, bahu juga
dirapatkan, begitu juga dengan buku lali. Ini bagi mengelakkan syaitan daripada menyelinap di
celah-celah saf kita untuk mengganggu kekhusyukan kita.26
e. Membaca istidzah (taawudz) sebelum membaca Al-Qur`n

249 : 837
2052 5 2054 5
197 .
)Sahih Ibn Hibban (2053, 5/403









"

" :

129/1 : 486/2
" "649 : "216" :
103/2 : 2/2 60/3 "."786
480/2 464/2 2/2 396/2
.
480/2 ""1472
25
)Musnad Ahmad (21710, 36/42
:
: :


:

" :

:




.
" " ( )1306 )547( 107-106/2 ( )1486
( )2101 482/2 246 211/1 54/3 " " ( ) 793 .

" " : : 446/6 .
446/6 .
(. )5386
(. )13350
(. )17170
(. )21293
(. )22029
(. )23145
(. )22910
.
26

)Musnad Ahmad (13735, 21/277-278


" :
:


:
" :





- - .

13

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

- Hukum membaca taawudz sebelum membaca Al-Qurn, termasuklah Al-Fatiah dalam solat
adalah wajib.27 Hal ini berdasarkan pada ayat Al-Qur`n berikut:


Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon
perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
)(Surah An-Nal, 16: 98
f. Gangguan syaitan ketika solat dan cara menghindarkan diri daripadanya
- Sekiranya kita merasakan bahawa gangguan syaitan terlalu kuat, maka bacalah istidzah dan
ludahlah (dengan tiupan) ke bahu sebelah kiri sebanyak tiga (3) kali.28
- Apabila timbul keraguan mengenai bilangan rakaat, maka lakukan sujud dua kali sebelum
salam.29
- Menahan diri daripada menguap. Jika tidak tertahan, maka tutuplah mulut.30

27

)Musannad Abdurrazaq As-Sonani (2574, 2/83


: {
:


: :

} :




: :

28
)Musnad Ahmad (17897, 29/429
:

:

:
" :


"

. : :
.
" " 353/10 61/7 ( )2203 " " ( )577 " "
( )8367 " " 307/5 .
( )381 " " ( )8368
. .
)3548( )8347(
" " ( )396 " " 308-307/5 " "
308/5 . .
29
)Muwatta Malik (330, 2/138


:



( )1 .

479 488 152 157
136 1232 82 :
1252 1030 24 .
30
)Musannaf Abdurrazaq As-Sonani (3318, 2/269
:

: : :

)Ibid. (3323



:



)Musnad ahmad (11323, 17/425
" :
:
:




: .

14

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

g. Gerakan jari telunjuk dalam tashhud


- Disunnatkan bagi kita agar menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika bacaan tashhud awal dan
akhir. Ini kerana gerakan jari telunjuk tersebut lebih ditakuti oleh syaitan daripada pukulan besi.31
h. Wirid selepas solat sebagai benteng diri daripada gangguan jin dan syaitan
- Disunnatkan bagi kita untuk membaca ayat Kursiy (Al-Baqarah, 2: 255) setiap kali selepas solat
fardu. Amalan tersebut menjadi sebab Allh memelihara kita daripada kejahatan antara dua waktu
solat.32
- Disunnatkan juga membaca 3 Qul, yakni Surah Al-Ikhl, Surah Al-Falaq, dan Surah AnNs.33
i. Doa keluar masjid
- Disunnatkan bagi kita membaca doa keluar dari masjid dengan lafaz doa berikut, dimulai
: dengan selawat ke atas Nabi





Allhumma ajirn minash-shaynir-rajm
31

)Musnad Ahmad (6000, 10/204





:
" :
"
:

. - - : :
: : : .
.
: .
(( )563) .
: [ ] .
" " 140/2 : .
" : :"
( )6348 (. )5043

.317-316/4
( )579 .3/4

32

)Ad-Du` li At-Tabarani (674, 1/214





:

:

:


)Al-Mujam Al-Kabir (2733 3/83
:
:

33
Sunan At-Tirmidzi (2903 5/171), hasan gharib, disahihkan oleh Al-Albani


:
:

:



)Sahih Ibn Hibban (5/345

:
" : "

" " ""755

15

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

Ya Allh, jauhilah aku daripada syaitan yang direjam.34

AMALAN #7: Ketika bermusafir


Apabila keluar bermusafir, elakkan diri daripada keluar berseorangan atau hanya berdua. Sekurangkurangnya pergilah bertiga, kerana syaitan akan menghampiri dan menggoda manusia yang keluar
bermusafir berseorangan dan berdua. Apabila bertiga, syaitan akan menjauhi mereka.35

AMALAN #8: Ketika masuk ke tempat atau negeri asing


Membaca doa seperti berikut:

Adzu bi kalimtiLlhit-tmmati min sharri m khalaq


Aku berlindung dengan kalimat Allh yang sempurna daripada kejahatan yang diciptakan.36

AMALAN #9: Ketika pergi ke tempat yang tidak dihuni oleh manusia
Membaca doa yang sama seperti di atas (#8).

AMALAN #10: Membaca Zikir Petang


Membaca ayat-ayat dan doa-doa sepertimana zikir pagi yang telah disebut sebelum ini, dan ditambah
dengan doa yang sama dalam Amalan #8 dan #9.

34

Sahih Ibn Khuzaymah (452 1/231)





" :



" :



:
35
Muwatta Malik, (35, 2/978)

:



Juga dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (10347, 5/421), Musnad Ahmad (6748, 11/360),
Sunan Abi Daud (2607, 3/36) dihasankan oleh Al-Albani, dan Sunan At-Tirmidzi (1674, 4/193)
36
Musnad Ahmad (27311, 45/291)
:
:



:

"
:



"

- - )27123(
.

16

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

AMALAN #11: Ketika masuk waktu Maghrib


Telah diriwayatkan daripada Raslullh bahawa apabila telah terbenam matahari, maka
lakukanlah perkara-perkara berikut:37

Menahan anak-anak daripada keluar rumah, kerana pada waktu tersebut syaitan akan merayaurayau. Apabila telah larut malam (waktu Isyak), maka lepaskanlah mereka.
Menutup pintu-pintu dan menyebut nama Allh, kerana syaitan tidak mampu membuka pintu
yang tertutup.
Menutup minuman dan menyebut nama Allh
Menutup takungan air dan menyebut nama Allh, sekalipun hanya meletakkan sesuatu di atasnya.
Dan memadam lampu.

AMALAN #12: Ketika masuk ke rumah


Sebelum masuk ke rumah, bacalah basmalah. Kerana sesiapa yang membaca basmalah apabila memasuki
rumah dan sebelum makan, maka syaitan tidak akan mampu menumpang di rumahnya dan tidak akan
makan bersama-samanya.38

AMALAN #13: Ketika berada di dalam rumah

37

Sahih Muslim (97, 3/1595)




:







- - :



Juga dikeluarkan oleh Muslim (98, 3/1595)






:


Dikeluarkan juga oleh Malik dalam Muwatta (21, 2/298), Ahmad (14228, 22/134), Al-Bukhari (3280, 4/123; 3304,
4/128; 3316, 4/129; 5623, 7/111; 5624, 7/112; 6295, 8/65; 6296, 8/65) dan lain-lain.
38
Sahih Muslim (2018, 3/1598)







: " :
" : :
Dikeluarkan juga oleh Ahmad (15108, 23/325)

" :

:

"
: .
:
.
. ) 103( )2018(
358/5 )3887( )3765( )103( )2018( )1099( " "
357/5 )178( " " ) 5829( " " )819(
. )14729( .

17

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

Membaca Surah Al-Baqarah. Rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah akan dijauhi oleh syaitan
selama tiga (3) hari.39

AMALAN #14: Yang berkaitan dengan anak kecil


Melazimi bacaan doa berikut untuk anak-anak kecil bagi mengelakkan syaitan, sengatan binatang berbisa,
dan pandangan mata jahat (ayn):

Adzu bi kalimtiLlhit-tmmati min kulli shaynin wa hmmatin wa min kulli aynin lmmatin
Aku berlindung dengan kalimat Allh yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa dan
daripada setiap pandangan mata yang jahat.40

AMALAN #15: Ketika berlakunya persetubuhan suami isteri


Senantiasa membaca doa berikut sebelum melakukan persetubuhan suami isteri:

BismiLlhi Allhumma jnnibnash-shayna wa jannibish-shayna m razaqtan


Dengan nama Allh, Ya Allh jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa
yang engkau rezekikan untuk kami (zuriat).41

39

Musnad Ahmad (7821, 13/224)


" :



"

- - - -
.
) 8015( " " )965( " " )36( " " )780(
.
: ) 2878( )994(
"
: ." ...

.
. )8804( . )9042( )8915( )8443( ""
.274/4
. )38(
. )5864( " "
. 561/1
40
Sahih Al-Bukhari (3371, 4/147)


:






"

: " :
41
Sahih Al-Bukhari (141, 1/40)

18

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

AMALAN #16: Yang berkaitan dengan tubuh badan dan pakaian


Sebelum membuka pakaian, hendaklah membaca doa berikut:42


BismiLlhil-ladz l ilha ill huwa
Dengan nama Allh yang tiada sembahan melainkan Dia.
Apabila menguap, hendaklah menutup mulut atau menahan semampu yang mungkin.43

AMALAN #17: Sebelum tidur


Berwuduk sebelum tidur.44
Membaca ayat Al-Kursiy dan Muawidzt (3 Qul) setiap kali sebelum tidur.45


:




:





42
)Ibn As-Sunni, Amal Al-Yawm wa Al-Laylah (273, 1/240
:

" :




:

43
)Sahih Al-Bukhari (6226, 8/50
" :

:
:


"



44
)Al-Qasim Bin Salam, At-Tohur (73, 1/158
:

:

,
:
: :




45
)Sahih Al-Bukhari (2311, 3/101
:






:




:


:

:
:

:

:








:
:


: :

:
:


: : { : }

:

[ ]255 :


:
:


: :
:



:

{ [ } ]255 : :

:
-

-




: :

19

Amalan-amalan Harian Menangkis Gangguan Syaitan

AMALAN #18: Ketika diganggu semasa tidur


Melakukan istinshq dan istintsar, atau bangun mengambil wudh` dan melakukan solat tahajjud. (Sila
rujuk Amalan #1)

AMALAN #19: Amalan-amalan lain

Mengikhlaskan diri kepada Allh dalam setiap ketika dan keadaan.46


Memperbanyakkan istidzah dan doa dan zikir-zikir mengingati Allh setiap masa.
Menjauhi perkara-perkara yang syubhat dan haram.
Memohon perlindungan Allh daripada syaitan apabila marah.47
Menjaga pandangan mata.
Mengelakkan diri daripada tempat-tempat berhala.
Menjaga solat fardu lima (5) waktu secara berjemaah di masjid (bagi lelaki).
Menjaga kebersihan diri, pakaian, dan tempat tinggal.
Dan lain-lain.

Allhu alam bi-awb


46

Surah d, 38: 82-83

47

Al-Adab Al-Mufrad (1319, 1/742)


:




(: )


(
)

20

You might also like