You are on page 1of 12

AMALAN KREATIVITI

DALAM PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN
Indikator Amalan Kreativiti
AMALAN KREATIVITI DALAM
PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah
melibatkan kemahiran utama sebagai asas bagi fasa
tersebut.
Kemahiran utama itu pula diperincikan melalui
indikator amalan kreativiti seperti yang
diperlihatkan dalam Jadual.
Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat
dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran.

FASA AMALAN KREATIVITI
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Imaginasi
3. Fasa Perkembangan
4. Fasa Tindakan


1.0 Fasa Persediaan
1.1 Pemerhatian
Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat.

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.
1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks scara
menyeluruh.
1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang sesuai.
1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang betul.
11.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai.
1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat.
1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul.
1.1.8 Mengenal pasti objek. Situasi atau fenomena sekeliling yang berkaitan.


1.0 Fasa Persediaan
1.2 Analisis
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara.

1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.
1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.3 Mngumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu.
1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa.
1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk.
1.2.7 Mengimbas kembali idea.
1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta
dan maklumat.

2.0 Fasa Imaginasi
2.1 Penjanaan Idea
Menghasilkan idea-idea yang berkaitan dengan sesuatu
perkara.

2.1.1 Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar
atau tidak pasti, tetapi logik).
2.1.2 Menghasilkan idea secara berterusan.
2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna.
2.1.4 Mencari hubung kait, gabing jalin atau corak berdasarkan
maklumat yang ada.

2.0 Fasa Imaginasi
2.2 Sintesis Idea
Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan
dan memilih sesuatu.

2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina tajuk.
2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lukisan, kraf, binaan,
peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran.
2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama
ada maklumat tambahan diperlukan.
2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis akhir.
2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau
kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir.
2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada
memerlukan tindakan susulan atau diketepikan.
2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.

3.0 Fasa Perkembangan
3.1 Penambahbaikan
Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau
mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan mutu
atau keindahan hasil karya atau ciptaan.

3.1.1 Menokok tambah idea.
3.1.2 Mengubah suai idea.
3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea.
3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan.
3.1.5 Memberi pelbagai kategori atau aspek.

3.0 Fasa Perkembangan
3.2 Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara.

3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea.
3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan,
kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertenntu.
3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.
3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak
dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka.

4.0 Fasa Tindakan
4.1 Pelaksanaan
Menyampaikan dan mempersembahkan idea atau
menghasilkan prototaip.

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan
khusus.
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.
4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti
yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil.
4.0 Fasa Tindakan
4.2 Amalan Berterusan
Peka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk
berkreatif.

4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling
4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah, kesilapan dan
kelemahan.
4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara
berterusan.

TQ

You might also like