You are on page 1of 3

M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2

CikguYatiZain

1 | T 4 B 5 - 5 . 5 P e r j a n j i a n H u d a i b i y a h

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
5.5 PERJANJIAN HUDAIBIYAH


6 (a) Perjanjian Hudaibiyah telah dimenterai antara pihak Islam dengan Arab Quraisy
pada tahun 628 Masihi.
Terangkan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah. [8 markah]

(b) Peristiwa pembukaan kota Makkah berlaku disebabkan oleh pihak Arab Quraisy
melanggar Perjanjian Hudaibiyah.
Jelaskan peristiwa pembukaan semula kota Makkah. [6 markah]

(c) Jelaskan nilai masyarakat Islam Madinah yang boleh dicontohi bagi
meningkatkan kesejahteraan negara kita? [6 markah]




KERTAS SOALAN TAMAT


M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2
CikguYatiZain

2 | T 4 B 5 - 5 . 5 P e r j a n j i a n H u d a i b i y a h


S U L I T
PERATURAN PERMARKAHAN

Soalan Butiran Markah
6(a) F1 Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun
berikutnya
1
H1a memberi kebebasan kepada orang Islam memasuki Makkah 1
H1b kebebasan beribadat di Kaabah pada bila-bila masa 1

F2 Membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program
dakwah Islamiah
1
H2a dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab 1
H2b dakwah dilaksanakan secara aman 1
H2c suku Arab bebas menganut sebarang agama yang mereka sukai 1
H2d Islam dapat berkembang secara meluas 1
H2e penganut Islam bertambah bilangannya selepas dua tahun
perjanjian ditandatangani
1

F3 Islam tersebar dengan aman 1
H3a Islam memperoleh keuntungan jangka panjang 1
H3b Terbukti dengan pengislaman tokoh panglima arab Quraisy 1
H3c iaitu Khalid bin al-Walid/ Amru bin al-As. Uthman bin Talhah 1

F4 Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. 1
H4a sebagai pemimpin yang unggul/dikagumi 1
H4b mencontohi tindakan Nabi Muhammad yang tidak terburu-buru/
melihat secara menyeluruh/ terperinci/ berwawasan
1

F5 Pengiktirafan kerajaan Islam Madinah 1
H5a persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian
menunjukkan mereka mengiktiraf Kerajaan Islam di Madinah
1

F6 Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah 1
H6a perdamaian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak bertahan
selama dua tahun sahaja
1
H6b orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian pertama 1
H6c Nabi Muhammad bertindak tegas menangani hal itu 1
H6d menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah 1
[mana-mana 1 x 8m] [8 M]

6(b) F1 Nabi Muhammad s.a.w. menguasai semula Kota Makkah pada
tahun 630 M. bersamaan 8 H..
1
F2 Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hubaibiyah 1
F3 Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah
yang berpihak kepada Islam
1
F4 Nabi Muhammad s.a.w. merancang memasuki kota Makkah secara
bijak
1
F5 Berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan 1
M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2
CikguYatiZain

3 | T 4 B 5 - 5 . 5 P e r j a n j i a n H u d a i b i y a h

Soalan Butiran Markah
F6 Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikuatiri oleh orang
Arab Quraisy
1
F7 Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w./al-Abbas dan ketua Arab
Quraisy/Abu Sufian memeluk Islam
1
F8 Nabi Muhammad s.a.e. menyediakan empat pasukan tentera yang
terdiri daripada 10 000 orang
1
F9 Empat pasukan itu ialah pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah
al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam
1
F10 Keempat-empat pasukan tentera Islam bergerak masuk ke Kota
Makkah menerusi empat arah yang berlainan
1
F11 Iaitu menerusi arah utara, selatan ,barat dan barat daya Makkah 1
F12 Taktik ini memberi kejayaan besar kepada tentera Islam 1
F13 Kota Makkah dapat dikuasai secara mudah kerana orang Quraisy
telah dikepung dengan rapi
1
F14 Terdapat penentangan kecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin
al-Walid
1
F15 Tetapi penentangan tersebut dapat ditewaskan 1
[mana-mana 1 x 6m] [6 M]

6(c) H1 Berani mempertahankan/memperjuangkan hak 1
H2 Bijak mengatur strategi 1
H3 Berpandangan jauh 1
H4 Amanah 1
H5 Bersatu padu 1
H6 Sayangkan tanah air 1
- Mana-mana jawapan yang munasabah
[mana-mana 1 x 6m] [6 M]

Rujuk Buku Teks m.s. 133-135






PERATURAN PERMARKAHAN TAMAT

You might also like