You are on page 1of 14

PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN

Pengawetan haiwan dalam cecair


Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam
keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap yang
paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan
formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini.
Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol .
Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama
sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun
akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika ini
perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan
baunya.
Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikul
kapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian
berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan fomalin tersebut. Formalin
dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol
sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan
warna asal spesimen sampai bila-bila.
Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin
lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya.
Ini biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50% dan
60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%.
Di bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-bahan
pengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan .

Spesimen Bahan Pemengsan
Atau Membunuh
Bahan Pengawet
i. Coelenterata
Contoh : Hydra,Obor-obor,dll
Bubuhkan hablur mentol
ke dalam air .
Alkohol 70%
ii. Annelida
Contoh : Cancing tanah,lintah
dll.
Megnesium Klorid 7% Fomalin 5% atau alkohol
70%
iii. Mollusca( tidak berangka)
Contoh: Lintah Bulan dan
Sotong.
Urethane 2% atau
beberapa titik propyline
klorid
Fomalin 5% atau alkohol
70%
iv. Mollusca Magnesium klorid 7% Formalin 5% jika besar
suntikan dengan 10%
Contoh: Siput dan Kerang formalin dahulu.
V. Echinodermata
Contoh: Gamat, tapak
sulaiman
Masukkan terus kedalam
air tawar
Formalin 5% jika besar
suntik dengan formalin 10
% dahulu.
Vi. Crustacea (laut)
Contoh: Udang,ketam dll
Masukkan dalam air tawar Formalin 5% Jika besar
suntik dengan fomalin 10
% dahulu.
Vii.Serangga
Contoh: Kumbang
Ethyl Acetat Keringkan dipinkan larva
disimpan dalam alkohol 70
- 80%.
X. Veterbrata daratan reptilia,
amphibia dan lain-lain.
Ether , klorofom Suntik dengan alkhol 70%
atau fomalin 10% dan
disimpan dalam fomalin
10%.
Xi. Ikan Larutan urethane 10% atau
ms-222 sandoz 1:1,000
hingga 1:20,000
Formalin 10% ( suntik jika
spesimen besar )
Cara-cara menyediakan bahan pengawet cecair
Anda boleh menyediakan bahan pengawet dengan mengikuti cara-cara dibawah:-
Untuk Formalin
Kepekatan 1% Formalin ( formaldehyde 40% ) 1 ml
Air suling 99 ml
--------
100 ml
---------
Formalin 5%
5 ml
Air suling 95 ml
--------
100 ml
---------Formalin

10% 10 ml
Air suling
90 ml

100 ml
---------
Untuk alkohol

Dari alkohol grade mutlak 70% Alkohol 70 ml
Air suling 30 ml
--------
100 ml
---------

Dari alkohol grade 95 % Alkohol 75 ml
70% Air suling 25 ml
-------
100 ml
---------
Pengawetan rangka haiwan vertebrata ( burung, tikus, arnab,ayam dan lain-lain )
Satu cara pengawetan ialahpengawetan dalam bentuk penyediaan rangka haiwan (
taksidermi ). Ia adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang haiwan tersebut diproses untuk
diawet dan dibentuk dalam kedudukan yang aslinya. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan
bahan bahn rujukan dan bahan pameran di sekolah.Berikut adalah senarai langkah-langkah
yang anda ikuti untuk menyediakan rangka haiwan anda.
1. Mula-mula matikan haiwan dengan menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup.
2. Kemudian buangkan kulit atau bulu pada haiwan tersebut.
3. Buangkan segala isi perut dan organ-organ dalam badan.
4. Lepaskan itu masukkan kedalam air mendidih selama satu jam. ( tertakluk pada saiz haiwan
) supaya senang di buang.
5. Keluarkan spesimen tadi dan mula buangkan semua otot ( isi ) yang melekat pada tulang-
tulang.
6. Kemudian rendamkan ke dalam amonium hidroksida ( pelarut lemah ) selama 24 jam.
7. Keluarkan selepas itu dan rendamkan ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama 8 jam
untuk memutikkan tulang.
8. Lepas itu basuhkan dengan air dan keringkan di bawah cahaya lampu.
9. Apabila tulang-tulang telah kering anda gamkan semila tulang-tulang yang tertanggal dan
di samping itu membentuk kedudukan semulajadi haiwan tersebut.Rangka yang telah siap
seeloknya dipaku atau dilekatkan pada pelantar untuk mudah di alihdan di simpan.
10. Anda boleh disapuskan tulang-tulang tersebut shelac untuk melindungi daripada kulat atau
bakteria.
KUTIPAN DAN PENGAWETAN SERANGGA
Serangga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di
berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kum[ulan. Separuh dan spesies-
spesies lain tersebar luas di berbagai-bagai jenis lokasi. Ada jenis-jenis afid, sebagai contoh
terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang
menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlaianan spesies sebagai perumah.
Cara-cara kutipan
Biasanya cara-cara kutipan adalah kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis -
spesies berlainan tidak akan dikutip sekali. Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara
menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan
serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut. Serangga-serangga di bahagian
bawah tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan.
Begitu juga serangga yang terdapat di atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip
langsung dengan kaedah begini.
Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net) jaring ini
digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan sepertirimbunan daun-daun, pokok-pokok
renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.
Membunuh dan Mengawet Serangga
Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh
diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol
(killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan
sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang) walaupun
ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate.
Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan
lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol
isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang
lebih suka menggunakan larutan Hoods yang mana ianya boleh disediakan dengan cara
berikut:-
Larutan Hoods

Ethyl alkohol 1485 ml
air suling 330 ml
asid glacial acetik 83 ml
benzol 83 ml -------- larutan Hoods
Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD
sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah
disimpan dalam alkohol 95%
Larutan KAAD
Kerosene 1 bahagian
Alkohol ethyl 95% 10 bahagian
asid asetik glacial 2 bahagian
diaxane 1 bahagian
Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga
Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi
badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya.,
lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal
kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas
hujungpin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .
Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat
daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan
hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-serangga kecil
boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan gam.
Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke
hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin.
Mengering Serangga
Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak
serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke
dalam ketuhar pada suhu 45 C, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga
dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari
dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya.
Melabel
Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta
dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih
kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan
seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada
lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu
tadi.
Menyimpan Serangga
Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga
yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih. Ianya
seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau
gegat memasukinya. Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di
bahagian bawah di sebelah tepi kotak . Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke
semasa. Sejenis larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak serangga ini.
Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering. Cara menyediakan
adalah seperti berikut:
Bahan kuantiti
1. Serbuk Napthelene 3 lb (1360 g)
2. Kloroform 1 lb
3. Beechwood Creosolte 1 ib
4. Minyak petrol 4 1/2 pts.
Cara menyediakan
Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan
lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood Cresote. Kacau untuk
melarutkan dan kemudian tambahkan petrol.
Selepas disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk
halus napthlene.
Melembutkan (relex) Serangga (dewasa)
spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek.
Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-
tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah.
Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari
tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau
bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru
ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.
PENGAWETAN TUMBUHAN
1. Lumut Hati dan Lumut Jati
Pengawet secara basah dan kering akan dibincangkan dalam bahagian ini. Kedua-dua cara ini
adalah sama penting dan perlu diberikan perhatian. Specimen-specimen boleh diawet dalam
jangkan masa tertentu dalam larutan F.A.A. Bermacam jenis larutan yang ditambah dengan
kuprum telah disyorkan untuk mengawet serta mengekalkan warna hijau dalam tumbuhan
namun demikian tidak terdapat satu pun yang boleh mengekalkan warna hijau selama-
lamanya.
Peenyediaan Larutan F.A.A. (Formalin-aseto-alkohol solution)
Bahan Kuantiti
Ethyl Alkohol 70% 90 ml
Formalin , Formaldehyde 5 ml
Asid Asitik glacial 5 ml
Bagi bahan tumbuhan yang lembut digunakan 50% , gunakan 3 ml asid asetik dan 7 ml
formalin bagi bahan-bahan keras seperti berkayu (woody)
Kaedah-kaedah berikut ini dapat mengawet dan mengekalkan warna hijau pada tumbuhan
dengan berkesan bagi satu-satu jangkamasa tertentu. Ini adalah bergantung pada jenis
tumbuhan pula.
1. F.A.A dengan kuprum sulfat
Bahan Kuantiti

Kuprum sulfat 0.1 g
Ethyl alkohol, 50% 90 ml
Formalin,40% formaldehyde 5 ml
Asid setik, glacial 5 ml
Cara : Rendamkan spesimen dalam larutan ini selama 3-4 hari. Selepas itu pindahkan ke
larutan F.A.A (tanpa CuSo4) untuk disimpan.
2. Lactophenol kuprum

Bahan Kuantiti

Fenol 20 g
Asid laktik 20 g
Gliserin 40 g
Air suling 20 ml
Kuprik Keloroid 0.2 g
Kuprik asetat 0.2 g
Larutan ini dicadangkan untuk alga hijau tetapi sesuai juga untuk lumut hati dan lumut jati.
Rendamkan spesimen dahulu dalam larutan selama 3 hingga 10 hari bergantung pada saiz
tumbuhan. Kemudian pindahkan ke dalam larutan F.A.A. untuk disimpan.
2. Alga
Pengawetan dalan cecair
1) Alga air tawar : larutan-larutan yang disebut di bawah adalah dicadangkan untuk semua
jenis kecuali yang berbentuk unicellular lembut (delicate) penambahan sedikit kuprum sulfat
munkin dapat membantu mengekalkan sedikit warna alga hijau.
A) Formalin-chroma alum
Kalium-kronalum 10 g
Formalin 4% 5 ml
Air 500 ml
b) Formalin -asid asetik glacial
Air 72 ml
Formalin (40% Fornaldehyde) 5 ml
Gliserin 20 ml
Asid asetik glacial 3 ml
c) Transean s solution
Air 60 ml
Ethyl alkohol 30 ml
Formalin 10 ml
Gliserin 5 ml
ii) Alga Laut
a) 3 % Formalin
Formalin 3 ml
Air laut 97 ml
Untuk alga yang besar gunakan 5 ml formalin
b) Ethly alkohol
Ethyl alkohol 70 ml
Air laut 30 ml
Untuk menetapkan warna hijau dalam alga laut, larutan berikut adalah dicadangkan.
3. Kulat
Pengaweatan dalam cecair, kulat-kulat segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan
kulat cup serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit kulat boleh diawet untuk
jangkasmasa tertentu dengan menggunakan bahan-bahan pengawet di bawah ini.
A) 5 % formalin (tambahkan 5 ml formaldehde kepada 5 ml air suling
b) F.A.A. (Formalin-asid asetik alkohol)

Formaldehde (larutan 40%) 50 ml
Asid asitik galcial 50 ml
Alkohol 60 % (ethanol atau isopropil) 900 ml
Bagi mengawet kulat berwarna formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan.
A) Kulat yang terdapat pigmen larut air
Asid asetik glacial 10 ml
Mercuric acetat 1.0 ml
Plumbum asetata neutral 10.0 ml
Ethy alkohol 90 % 1000 ml

b) Kulat yang terdapat pigmen tak larut
Asid asetik glacial 5 ml
Mercuric asetat 10 ml
Air Suling 100 ml
Pengawetan kering : tumbuhan dengan parasit kulatnya boleh dikeringkan dalam penekanan
tumbuhan(plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium. Kulat segar, termasuk
cendawan, bola puf, kulat cup, dan lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah
pencahayaan terang. Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam beka-bekas yang mana
dimasukkan sedikit hablur paradichlorobenzenl bagi menghalang seranggan memasuki dan
merosakkannya.
Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering.
Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan
spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika
disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai
untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda. Jadi bagaimana anda akan melakukan
pengawetan ini ?
Mula-mula adan perlu menyediakan bahan atau alat-alatnya seperti di bawah ini:
1. Alat penekan (plant press)
Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini
kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu menyedikan dua
belah alat ini.
2. Tali pengikat
Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun jerami
dan secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit.
3. Kadboard (corrigated boards)
Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit
spesimen yang telah disusun di antara helaian kertas sebelum dikapit dengan pengapit.
4. Lapisan kertas
Kertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda boleh gunakan kertas surat
khabar untuk tujuan ini.
5. Kertas herbarium
Kertas ini tebal, berukuran 16 1/2 x 10 1/2 dan berwarna putih. Penyediaan spesimen
herbarium melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat, melabel dan akhirnya
mengecamkan spesimen. Disini saya tidak akam membincangkan kaedah pengecaman
spesimen.
Proses Pengapitan
Anda perlu memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak
dimakan ulat, bunganya atau buahnya jika terdapat. Kemudian susunkan spesimen ini di
antara lapisan kertas. Pastikankeratan spesimen ini tidak melebihi kertas kadbor (33 cm x 50
cm) yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisinkan daun-daun supaya tidak
bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu , cukup sekadar mempamerkan
bahagian batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu susun spesimen di dalam kertas ini
di antara dua kadbod dan alat pengapit kayu. .Dengan menggunakan tali dengan kuat kepitan
spesiemn ini seelok-eloknya tali dikelilingkan beberapa kali pada pengapit tadi.
Mengering Spesimen
Apabila spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara anda
dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari dan kedua
adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama
spesimen dalam alat pengapit perlu didedahkan















Cara Membuat Herbarium
Ada beberapa jenis pengawetan
yaitu pengawetan basah dan pengawetan kering. Pengawetan basah bisanya menggunakan
larutan pengawet sedangkan pengawetan kering tidak menggunakan larutan pengawet.
Tumbuhan besar umumnya diawetkan secara kering. Proses pengeringan bagian tumbuhan
harus mengikuti prosedur yang tepat, terutama untuk menghasilkan awetan yang baik dan
benar.

















Cara kerja:
1. Carilah beberapa jenis tanaman yang akan dibuat herbarium, bisa berbagai jenis bentuk daun
atau pengumpulan berbagai jenis tumbuhan gulma
2. Kumpulkan tanaman yang akan diawetkan, ambil bagian-bagian tanaman secara lengkap
kalau memungkinkan, kalau berukuran besar ambil beberapa bagian tumbuhan yang
pentingnya, daun, buah, bunga, dan biji, selanjutnya masukkan ke dalam vaskulum.
3. Catat warna asli, bau, tuber, tempat hidup dan informasi lainnya yang diperlukan.
4. Keringkan semua spesimen tumbuhan yang akan diawetkan. Untuk mengeringkannya dapat
digunakan dengan cara menyimpannya di dalam koran kemudian diberi sasag dari bambu.
Lengkapi tempat pengeringan dengan etiket yang berisi nomor dan uraian tanaman. Tekanlah
semua tumbuhan yang ada dalam sasag dengan memberikan tali pada sekeliling sasag. Secara
periodik, buka dan jemur di bawah sinar matahari untuk mempercepat pengeringan.
5. Untuk membuat herbarium, siapkan kertas karton yang ukurannya sudah diatur 30 x 40 cm
dan sudut kanan bawah ditempeli label kertas berukuran 15 x 10 cm yang berisi data-data
tanggal, tempat pengambilan, taksonominya, kolektor. Setelah semua data diisi , tempelkan
tumbuhan pada kertas yang sudah ada datanya, kemudian simpan di tempat kering.
6. Untuk lebih tahan lama, berikan kamper atau kapur barus, bubuk belerang atau naftalin,
bubuk merica, dan silika gel. Bisa juga digunakan sublimat, tetapi bahan ini berbahaya karena
bersifat toksik atau racun.
Kirimkan Ini lewat EmailBlogThis!Berbagi ke TwitterBerbagi ke Facebook

You might also like