You are on page 1of 1

Amalan membaca merupakan sumber perolehan ilmu dan maklumat

yang utama. Amalan murni ini harus menjadi keutamaan bagi setiap orang.
Amalan membaca perlu dimulakan sejak kecil dalam sesebuah keluarga.
Walau bagaimanapun, amalan ini masih belum menjadi budaya rakyat
negara ini. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil, sama ada oleh individu
mahupun oleh kerajaan sendiri agar minat membaca dalam kalangan
masyarakat dapat ditingkatkan.
Pada pendapat saya, peranan ibu bapa amat penting dalam
memupuk amalan membaca. Ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran
yang dapat menimbulkan minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Oleh itu, mereka sendiri perlu menjadi suri tauladan kepada anak-anak.
Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membaca bersama dengan anak-anak
pada masa lapang. Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini
di rumah. Ibu bapa boleh membeli pelbagai bahan bacaan atau menjilid
majalah untuk dibaca atau dirujuk oleh anak-anak mereka. Pada musim
cuti sekolah atau hujung minggu, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke
perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku.
Selain itu, peranan agensi kerajaan dan swasta tidak boleh
dikesampingkan dalam hal ini. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan
Pendidikan, dan lain-lain agensi boleh bekerjasama dengan stesen TV dan
penerbit swasta untuk mengadakan kempen seperti, Minggu Membaca atau
Kembara Membaca di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Dalam
pada itu, agensi kerajaan dan swasta boleh bekerjasama bagi menunjuk
ajar ibu bapa tentang cara-cara memupuk minat membaca sama ada
secara langsung atau melalui akhbar, radio, dan televisyen. Seterusnya,
kedua-dua pihak boleh mengadakan pertandingan membaca dan bercerita
dari peringkat umur 6 tahun hingga 15 tahun. Hadiah atau pengiktirafan
yang boleh diberikan kepada pemenang adalah seperti, tajaan melanjutkan
pelajaran, pakej melancong bersama keluarga semasa cuti sekolah, tajaan
membina perpustakaan mini di rumah, dan sebagainya.
Selanjutnya, peranan guru di sekolah juga penting. Guru boleh
mempraktikkan aktiviti bacaan sepenuhnya.

You might also like