You are on page 1of 1

Amar makruf Nahi munkar!

Alasan
Ulama atau pendakwah yang menegakkan kebenaran adalah mereka yang menyeru
kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dengan cara memerintahkan makruf dan kebaikan
serta melarang daripada kemungkaran atau kejahatan.
Tujuan mereka bukanlah untuk bercanggah dengan amalan atau keyakinan orang
lain, tetapi mereka mempunyai tujuan yang sangat mulia.
Allah ta'ala berfiman:


"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu
memberikan PERINGATAN (ANCAMAN) kepada kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?"
Orang-orang (yang memberi peringatan) itu menjawab: "(Peringatan itu ialah) supaya
menjadi ALASAN (untuk melepaskan diri dari bersalah) kepada Tuhan kamu, dan
supaya mereka BERTAKWA". [Al-A'raf:164]
Syaikh Abdul Rahman As-Sa'di rahimahullah berkata:
.
"Ini merupakan TUJUAN TERAGUNG daripada larangan daripada melakukan
kemungkaran; iaitu

1- supaya menjadi ALASAN (di depan Allah ta'ala apabila dihisab kelak)
2- menegakkan HUJAH atas orang yang diperintahkan dan orang yang dilarang.
Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang tersebut. Lalu dia
melaksanakan tuntutan daripada perintah dan larangan tersebut". [Tafsir As-Sa'di]
Sesiapa yang telah melakukan perintah Allah dengan menyeru kepada kebenaran
dan melarang daripada kebatilan, maka dia telah menyediakan ALASAN kepada
Tuhannya.
Sebaliknya, orang meninggalkan perkara tersebut, maka dia tidak akan mempunyai
alasan.
DI hadapan TUHAN nanti, semua kita akan disoal dan dihisab secara
BERSENDIRIAN. Tiada teman, tiada kawan. Maka, siapkanlah alasan tersebut
sebelum tibanya kematian.
Semoga Allah taala menyelamatkan semua yang berdakwah kepada kebenaran
pada hari yang tidak bermanfa'at sesuatu pun melainkan iman dan amal soleh.

You might also like