You are on page 1of 7

AMALI 4: ASID KARBOSILIK, ESTER DAN AMIDA

Tujuan:
Menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal ester
Bahan/Radas:
Etanol tulen, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, 5% larutan natrium bikarbonat, minyak,
air, larutan natrium klorida, bikar, kelalang penyuling, corong paip, kelalang bulat, kelalang
kon, silinder penyukat, termometer, Kondenser Liebig, penunu bunsen, kaki retort dan
pengepit, tungku kaki tiga, penyumbat getah dengan lubang, blok kayu.
Langkah berjaga-jaga:
1. Pastikan kipas di dalam makmal ditutup dan semua tingkap dbuka semasa
eksperimen dijalankan.
2. Pastikan pakaian dan rambut diikat dengan kemas semasa eksperimen dijalankan
3. Pastikan setiap pemasangan radas adalah ketat supaya tidak tertanggal semasa
eskperimen dijalankan.
4. Pastikan aliran air dalam kondenser Leibig dialirkan terlebih dahulu sebelum penunu
bunsen dinyalakan,
5. Pastikan larutan asid sulfurik pekat di kendalikan dengan cara yang betul bagi
mengelak daripada terkena kulit.
6. Pastikan sarung tangan, penutup mulut dan hidung serta cermin mata keselamatan
di pakai sepanjang proses eksperimen berlangsung bagi mengelakkan sebarang
kemalangan anggota berlaku.
Prosedur:
A. Untuk menyiasat ciri-ciri fizikal ester
1. 2 cm etil ethanoat dimasukkan ke dalam tabung uji. Bau ester direkodkan,
2. 5cm air suling ditambah ke dalam ester dan campuran di goncang. Tahap kelarutan
ester direkodkan.
3. Langkah 1 hingga 2 diulang menggunakan aseton dan spirit bermetil. Aseton dan
spirit bermetil digunakan untuk menggantikan air suling. Pemerhatian dicatakan
dalam Jadual 1.

Keputusan :
Pelarut Pemerhatian
Air
Aseton
Spirit bermetil



B. Untuk menyediakan sampel ester
1. 50cm etanol tulen dicampurkan dengan 50cm asid etanoik glasial ke dalam 250 ml
kelalang bulat.
2. 10 cm asid sulfurik pekat ditambah ke dalam kelalang dengan berhati-hati
menggoncang kelalang.
3. Cip porselin di tambah ke dalam larutan.
4. Radas disusn seperti rajah 1 dibawah.
5. Campuran kemudiannya direfluks selama sejam
6. Campuran dibiarkan sejuk sehingga mencapai suhu bilik.
7. Campuran sejuk dituang ke dalam corong pemisah dan 25 cm air sejuk ditambah.
Corong pemisah digoncang
8. Lapisan bawah (akuas) dipisahkan daripada lapisan atas (organik). Lapisan akuas
disingkirkan.
9. 25 cm3 5% larutan natrium bikarbonat ditambah dan corong pemisah digoncang.
Lapisan bawah disingkirkan.
10. Prosedur 9 diulang.
11. 25 cm air ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan akuas disingkirkan.
12. 5 cm larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran dikacau dengan berhati-hati
dan larutan akuas disingkirkan.
13. Lapisan organik diperhatikan dan dibau.
















Keputusan :



























Soalan:
1. Jelaskankan maksud Tindakbalas Esterifikasi





2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk menunjukan tindakbalas antara asid etanoik
dan etanol.





3. Apa fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini




4. Jelaskan langkah lain dalam penyediakan etil ethanoate



























5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini?





6. Jelaskan kegunaan kalsium klorida dalam eksperimen ini.






7. Bandingkan kelarutan etil etanoat dalam air, aseton dan spirit bermetil. Jelaskan
pemerhatian anda.



















8. Namakan ester yang terhasil daripada tindakbalas esterifikasi antara asid butanoik
dan etanol.


9. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili tindakbalas di atas























Kesimpulan :
Ester terhasil kesan daripada tindakbalas antara asid etanoik dan alkohol .
Rujukan:
Chau Kok Yew (2010). Referens Ekspres SPM Kimia. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn
Bhd.
Hong, E. N. (1992). KBSM Kimia tingkatan 5. Ponyian: Mustamam Entreprise.
Loh Yew Lee & N. Sivaneson (2011). Pre-U, STPM & Matriculation Chemistry. Selangor:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/56198467/Kumpulan-Artikel-Kimia-Adi
http://kimiaunsps2.wordpress.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ester
http://www.scribd.com/doc/21368094/nota-kimia

You might also like