You are on page 1of 5

Amalan anak-anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah :

Seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk
membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-
usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak
Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi
manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

1. Mendoakan untuk kedua ibu bapanya setiap lepas solat

2. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid,
rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

3. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz
atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

4. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah
Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang
membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
5. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang
dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan
tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada).
fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti
rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman
tersebut kepada cara muamalah Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat
dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

6. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka
(niatkan upah haji untuk mereka).

7. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak
mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak
menutup aurat, bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini
menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan
menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga
mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna
lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka
hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal
soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan
membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat
pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka
ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau
ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk
kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik
kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua
sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat
menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus
menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami
setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang
sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana
sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana
mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani
dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan
kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah
mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan
dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas
dosa mereka.


Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka
rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang
menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan.
Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang
kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.


Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan
kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.


Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang
mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.


Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir
dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.


Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah,
ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh.
Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.


Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan
jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak
mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di
negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu
bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan, iaitu, para nabi, shiddiqin,
syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam
semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga
dan para sahabat baginda.
















Tips untuk menjadi anak yang soleh.




1. Sentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa.

2. Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa dalam kerja-kerja yang mudah di
rumah.
3. Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita kerjakan tanpa perlu disuruh atau diarah oleh
ibu bapa kita.
4. Jangan merungut atau membantah segala arahan atau suruhan ibu bapa kita.
5. Sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk kedua ibu bapa kita
terutama sekali selepas solat fardhu.
6. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak
keluar atau masuk ke dalam rumah.
7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau
kesilapan.
8. Tunduk dan bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu bapa.
9. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkasar serta tidak meninggikan suara
apabila bercakap dengan ibu bapa.
10. Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau
benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.
11. Sentiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap
pemberian daripada ibu bapa.
12. Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran
sebagai suatu hadiah istimewa daripada kita untuk ibu bapa tersayang.
13. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap
perkara walaupun kita yang bersalah.
14. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala
pemberian dan nasihat daripada ibu bapa kita.
15. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan
perkataan, perbuatan mahupun sikap kita.
16. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak me-ninggalkan solat kerana
anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.

You might also like