You are on page 1of 35

12

(B01-03-01-LE1-IS1a-c)


TAJUK KEMAHIRAN DAN
TAHAP

JURUELEKTRIK TAHAP 3(SEMESTER 4 )



No.DAN TAJUK MODUL



M01 THREE PHASE AC MACHINE

No. DAN TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN


LE1 INSTALL THREE PHASE MOTOR

LE 2 CARRY OUT PREVENTIVE MAINTENANCE AND
MACHINERY LOAD



OBJEKTIF PRESTASI
AKHIRAN





















INSTALL THREE PHASE AC MOTOR AND CARRY OUT
PREVENTIVE MAINTENANCE AND MACHINERY LOAD
BY USING BLUEPRINT, TOOL AND EQUIPMENT IN
ACCORDANCE WITH THE SPECIFICATION SO THAT:

1. MOTOR CONTROL CENTRE IS INSTALLED.
2. CONNECTION / TERMINATION IS MADE.














INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN

13





ISI KANDUNGAN



LE1 MO1 THREE PHASE AC MACHINE

TASK 04.08 Install Low Voltage Motor Centre
TASK 05A.01 Perform Three Phase Ac Motor

TASK 05A.02 Perform Three Phase Ac Motor Control System




































14


NO. & TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN



LE1 Install and perform three phase motor


NO. & TAJUK
TUGASAN

Task 04.08 Install Low Voltage Motor Centre
Task 05A.01 Perform Three Phase Ac Motor
Task 05A.02 Perform Three Phase Ac Motor Control System


TEMPAT : Bilik Kuliah


TEMPOH : 3
jam


Code No. B01-03-01-LE1-IS1a


Muka : 1 drp. : 5

TAJUK : PEMASANGAN PUSAT KAWALAN MOTOR VOLTAN RENDAH

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar cara
pemasangan pusat kawalan motor voltan rendah

PENERANGAN:

Secara umunnya, pemasangan pusat kawalan motor voltan rendah bergantung kepada
jumlah motor yang akan di sambungkan kepadanya. Ada yang bersaiz kecil, sederhana
dan besar mengikut keperluan semasa.

Pemasangan pusat kawalan motor voltan rendah adalah satu komponen atau perkakas
pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya
diagihkan ke bahagian-bahagian lain beban motor. Ia menjadi pusat kawalan kepada
keseluruhan motor tersebut.

Di dalam pusat kawalan ini terdapat perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan.
Bekalan masuk utama daripada MCCB di papan suis utama, boleh di kawal iaitu ON atau OFF
di dalam pusat kawalan utama motor. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal
dan melindungi keseluruhan pemasangan motor ditempatkan di sini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi pusat kawalan motor adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus bagi mengawal beban elektrik seperti motor-motor elektrik. Umumnya
Komponen -komponen yang terdapat dalam low voltage motor centre ialah.

a. Contactor
b. Auxiliary contac
c. Current transfomar
d. MCCB
e. MCB
f. Lamp indicator
g. Jangka volt
h. Jangka ampier




15

Code No . B01-03-01-LE1 IS1a Muka: 2 drp : 5




























1. BINAAN

Pusat kawalan motor voltan rendah terdiri dari binaan rangka utama yang akan
menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalamnya. Kekuatan rangka
hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. Rangka yang baik adalah dari
jenis dengan saiz yang sesuai supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Di
bahagian luarn sekeilingnya ditutup dengan kepingan logam dan tebal tertentu ( tebal
minima 14G di bahagian belakang dan tepi ).

2. LOKASI

Pusat kawalan motor voltan rendah hendaklah ditempatkan di tempat yang mempunyai
cirri-ciri seperti berikut :

a. Berhampiran dengan penempatan beban tinggi motor bagi mengurangkan
perbelanjaan sub-mains dan kabel.
b. Terhidar daripad banjir atau dekat dengan punca-punca air
c. Tidak terlindungi atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi
dan senggaraan mudah dijalankan

Rajah 1 : Low Voltage Motor Centre
A V
MCCB
63A
Run

Trip

Start

Stop

Run

Start

Stop
0 100A 0 - 415V
S/switch
MCB
25A
MCCB
25A
MCB
25A
MCB
25A
MCB
50A
MCB
40A
MCB
40A
MCB
30A
F

16


Code No . B01-03-01-LE1 IS1a Muka: 3 drp: 5


3. PEMUTUS LITAR BEKAS BERACUAN (MCCB)

Pemutus litar bekas beracuan merupakan sebuah perkaksa suis voltan rendah yang padu.
Ianya menyambungkan dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar
biasa. Ketika keadaan luar biasa, litar terputur secara otomatik

MCCB telah digunakan secara meluas di dalam pepasangan moden terutamanya dalam pusat
kawalan motor voltan rendah di loji perindustrian bagi menggantikan fius suis atau suis pisau (
fused knife switches ) Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah B.S 4752, yang mengandungi
kesemua keperluan teknikal yang khusus.


4. PEMUTUS LITAR KECIL (MCB)

Pemutus litar kecil ialah sebuah alat mekanikal yang padu digunakan untuk menyambung dan
memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa,seperti ketika arus lampu dan
litar pintas. Dalam keadaan luar biasa litar terputus secara otomatik.Ia di cipta bagi menggantikan
penggunaan fius yang tidak melebihi 60A.

MCB ditentukan di dalam BS 3871 yang mengaitkan tentang pemutus litar yang mempunyai bekas
tertutup rapat bagi tujuan perlindungan mekanisma dan cirri-ciri masa/arus yang tidak boleh di ubah-
ubah. Ianya khusus untuk digunakan bagi perlindungan pepasangan elektrik perusahan,
perdagangan dan kediama. Piawaian ini disabit dengan pemutus litar yang mempunyai kadaran
voltan hingga ke 415 volt. Kadaran arus hingga ke 100 ampiar.


5. METER AMPIAR

Meter ampiar juga penting untuk mengetahui arus semasa yang mengalir di dalam sesuatu
pemasangan. untuk arus yang tidak melebihi 60A ampiar boleh disambung terus kepada pengalir
utama yang membawa arus beban. Bagi arus yang melebihi 60A pula meter ampiar tidak boleh
disambung terus kerana ia akan merosakkan meter, oleh itu alatubah arus dengan nisbah yang
sesuai hendaklah digunakan. Lazimnya arus sekunder alat ubah arus hendaklah 5A.

6. METER FAKTUR KUASA

Diperlukan untuk mengetahui faktur kuasa sesuatu pemasangan motor

7. LAMPU-LAMPU PENUNJUK

Untuk megetahui terdapatnya bekalan masuk dan juga operasi motor sebenar.

8. METER VOLTAN

Meter volt juga penting bagi mengetahui voltan yang mengalir masuk ke dalam pusat system
kawalan motor dan mengalir ke beban-beban utama seperti motor tidak melebihi voltan asal yang
dibenarkan 415V voltan rendah.












17


Code No . B01-03-01-LE1 IS1a Muka: 4 drp: 5




9. GEGANTI PILIHAN TAMBAHAN

- ELR (Earth Leakage Relay)
Disambung bersama gegelung pirau( shunt trip ) bersama MCCB untuk
memberi perlindungan arus bocor ke bumi.

- UVR Under Voltage Relay
Disambung kepada gegelung pirau( shunt trip ) untuk mengesan kejatuhan voltan bekalan
yang boleh menyebabkan kerosakan motor.

- SPR Single Phasing Relay
Disambung kepada gegelung pelantik untuk mengesan kegagalan mana-mana fasa dalam
System yang boleh menyebabkan kerosakan motor.

- SPD Surge Protection Device
Melindungi motor dari arus pusuan yang disebabkan pengalir kilat.









































18
Code No . B01-03-01-LE1 IS1a Muka: 5 drp: 5

























































0


2
0
0
A

M
C
C
B

2
0
0
A

F
R
O
M



M
S
B

0


2
0
0
A

Motor 25 HP
Motor 25 HP
Motor 30 HP
Motor 40 HP
Motor 50 HP
4

x
2
0
0
/
5
A

1
0
P
1
0

C
L
1

1
5
V
A

Motor 40 HP
4

x
2
0
0
/
5
A

1
0
P
1
0

C
L
1

1
5
V
A


Rajah 2 : Pemasangan Pusat Kawalan Motor Voltan Rendah

19

No. & TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN



LE1 Install and perform three phase motor


No. & TAJUK
TUGASAN

Task 04.08 Install Low Voltage Motor Centre
Task 05A.01 Perform Three Phase Ac Motor
Task 05A.02 Perform Three Phase Ac Motor Control System


TEMPAT : Bilik Kuliah


TEMPOH : 6
jam


Code No. B01-03-01-LE1-IS1b


Muka : 1 drp. : 20


TAJUK : PERFORM THREE PHASE AC MOTOR


TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan kepada pelajar pengenalan kepada prinsip ,
binaan , operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. Tiga Fasa .


PENERANGAN :

Motor 3 fasa dapat memberikan kecekapan yang lebih baik, faktor kuasa yang lebih tinggi,
mempunyai sifat permulaan yang lebih baik dan harga yang lebih murah jika dibandingkan
dengan motor 1 fasa yang mempunyai keupayaan dan saiz yang sama.


BAHAGIAN MOTOR 3 FASA



Rajah 1 : Cutaway view of a 5-h.p., totally enclosed, fan-cooled standard squirrel-cage motor


20

Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 2 drp: 20

MOTOR 3 FASA
















Penggunaan motor 3 fasa memang digalakkan untuk mengelakkan ketidakimbangan beban
pada sesalur bekalan. Dalam bab ini akan dibincangkan motor aruhan 3 fasa jenis rotor
sangkar tupai (squirrel cage rotor) dan rotor berlilit @ gelang gelincir
( wound rotor @ slip-ring ). Termasuk juga motor segerak @ synchronous motor.

Motor aruhan 3 fasa sangkar tupai (Squirrel cage induction motor 3 phase)


Motor ini mempunyai stator(pemegun) berbelit dengan 3 belitan iaitu satu belitan setiap fasa
dan mempunyai rotor(pemutar) sangkar tupai. Pada rotor tidak terdapat sebarang sambungan
belitan, melainkan bar-bar pengalir yang diperbuat drpd aluminium @ kuprum yang dipateri
dikedua-dua hujungnya agar berlitar-pintas.

Terdapat 3 bahagian utama:-

1. Pemegun (stator)

a. Stator atau utama ialah bahagian yg pegun dalam motor. Stator pada motor aruhan pada
prinsipnya sama seperti stator pada pengulang-alik.

b. Ia diperbuat drpd lapisan keluli dan mempunyai lurah-lurah alur(lubang alur) hampir
mengelilingi keseluruhan belitan stator.

c. Stator disokong oleh rangka motor yg diperbuat drpd besi tuang atau plat keluli.

d. Terdapat 3 belitan satu fasa di stator. Ia diletakkan pada sudut 60 mekanik atau 120
elektrik dan disambungkan samada secara bintang atau delta.














Rajah 2 : Keratan rentas bagi motor aruhan 3 fasa

21

Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 3 drp: 20


e. Di kotak pengkalan motor terdapat 6 terminal bagi maksud untuk sambungan kebekalan.
Setiap 2 terminal mewakili satu belitan.

f. Tugas utama stator ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet berputar
disamping sebagai pelengkap litar magnet.

Bahagian pegun dikenali sebagai pemegun/stator. Hanya stator disambung kpd
bekalan 3 fasa.


















Pemutar (rotor)

1. Rotor atau sekunder ialah bahagian berputar. Ia berbentuk selinder dan dibina
daripada lapisan-lapisan keluli yg bertebat.

2. Bagi motor jenis rotor berlilit, terdapat 3 set belitan pada lubang alur rotor yg
diakhiri dengan 3 gelang gelincir. Belitan ini disambung secara bintang.


























Rajah 3 : Gelungan pengalir diletakkan didalam lurah pada Stator
Rajah 4 : Binaan asas rotor sangkar tanpa teras berlamina

22
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 4 drp: 20


Teras rotor sangkar tupai adalah kukuh dan lasak, binaan teras adalah berlamina. Bar-bar sangkar
tupai terletak dalam teras






























Rajah 5 : Rotor double squirrel cage / dwi sangkar tupai



3. Motor aruhan sangkar tupai mempunyai batang-batang kuprum atau
aluminium dipasang selari dengan aci berhampiran dengan permukaan rotor.

4. Kedua-dua hujung kesemua batang-batang itu akan dikimpal atau pateri
secara gelang agar kesemua berlitar pintas. Batang-batang pengalir ini tidak
ditebat (bersentuh dengan teras).

5. Kadangkala terdapat juga batang-batang pengalir tidak dipasang selari dengan
aci tetapi condong dengan sudut beberapa darjah.

6. Ini bertujuan untuk mendapat daya kilas yg lebih sekata dan mengurangkan
bunyi dengung semasa motor bekerja.












23
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 5 drp: 20


7. Tugas rotor ialah untuk memutar aci motor. Bagi membolehkan ia berputar ia
perlulah menjadi medan magnet dan seterusnya magnet ini dapat berputar
mengikut putaran medan magnet di stator.

Perisai hujung

1. Perisai ini digunakan untuk memegang alas bebola yg menyokong aci rotor.

2. Perisai juga untuk melindungi bahagian-bahagian dalaman motor daripada
disentuh atau kerosakan mekanik.

3. Terdapat berbagai bentuk perisai dikiri dan kanan kuk motor. Bentuk-bentuk ini
disesuaikan dengan jenis motor; misalnya jenis tutupan rapi, tutupan separuh
terbuka, tutupan kalis api, bahan letupan, tahan panas dsbnya.



















a aa an n r ro ot to or r s sa an ng gk ka ar r t tu up pa ai i























Rajah 7 : Binaan rotor sangkar teras berlamina
Rajah 6 : Binaan motor aruhan 3 fasa

24
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 6 drp: 20

Sambungan Motor aruhan 3 fasa jenis sangkar tupai



























































Rajah 8 : Sambungan Bintang dan delta bagi motor 3 fasa

25
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 7 drp: 20


KENDALIAN

Apabila stator motor diberikan bekalan 3 fasa, dengan sendirinya putaran medan magnet terbentuk
pada stator itu. Laju putaran medan magnet berputar bergantung kepada
frekuensi bekalan dan bilangan kutub.

















































Rajah 9 : Gelombang frekuensi arus tiga fasa
Rajah 10 : Gambarajah belitan pemegun secara ringkas
Rajah 11 : Medan magnet berputar motor aruhan di pemegun

26
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 8 drp: 20






































Stator A Stator B























Rajah 12 : Gelombang 3 fasa dibekalkan kebelitan stator
Rajah 13 : Penghasilan medan magnet di stator pada ketika A dan B

27
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 9 drp: 20












Stator C Stator D













Hubungannya dinyatakan dengan formula berikut: :

Ns = 120f
P
Ns = kelajuan segerak @ putaran medan magnet.
F = frekuensi bekalan
P = bilangan kutub

Belitan stator merupakan belitan primer transformer, sementara rotor pula menjadi belitan
sekunder transformer itu. Oleh yang demikian, aruhan saling akan menyebabkan wujudnya arus
aruhan pada rotor. Arus aruhan yang terbentuk ini cukup kuat untuk membentuk medan
magnetnya sendiri.

Medan magnet rotor ini akan bertindakbalas dengan medan magnet stator yang sedang berputar,
seterusnya rotor itu akan berputar dengan kelajuan Nr mengikut arah putaran yang sama dengan
putaran medan berputar Ns.Tetapi kelajuan Nr perlahan sedikit drpd Ns, lebih-lebih lagi bila beban
dipasang pada rotor motor itu.
Kelengahan ini disebut gelincir (S) @ ringkasnya dinyatakan dalam formula sebagai :-

S = Ns Nr
Ns














Rajah 14 : Penghasilan medan magnet di stator pada ketika C dan D

28
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 10 drp: 20


Arus/voltan akan teraruh dalam pengalir rotor oleh pemotongan fluks magnet berputar























Medan magnet yg terhasil di sekeliling bar sangkar tupai














CIRI-CIRI

- Motor ini mempunyai kelajuan yang tunggal.
- Daya kilas permulaan adalah kecil.
- Faktor kuasa permulaannya adalah rendah dan beransur-ansur naik apabila beban
ditambah sehingga kebeban penuh dan nilainya boleh mencapai sehingga 0.85 atau 0.9


Kebaikan motor 3 fasa sangkar tupai

1. Motor ini ringkas, tahan lasak dan tidak mudah untuk dimusnahkan terutamanya
pada rotor sangkar tupai.

2. Perbelanjaannya murah dan penjagaannya mudah.

3. Ia boleh digerakkan tanpa memerlukan belitan tambahan.





Rajah 15 : Aruhan arus/voltan di dalam pengalir rotor
Rajah 16 : Penghasilan medan magnet di sekeliling rotor

29
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 11 drp 20


4.Ia tidak ada belitan dirotor, jadi ianya ringkas.

5.Saiznya lebih kecil pada kuasa yg sama dengan motor rotor berlilit jika dua sangkar tupai
digunakan.

6.Pengaturan kelajuannya yg baik mengikut perubahan beban.

Keburukan motor 3 fasa sangkar tupai

1. Kelajuan motor ini tidak boleh diubah dan pengubahan kelajuan hanya dibuat
dengan mengubah kecekapannya.
2. Sebagaimana motor BMP, kelajuan motor ini akan berkurang dengan penambahan beban.
3. Daya kilas permulaannya serupa dengan motor BMP.

Untuk menyongsang arah putaran motor ini , urutan fasa bekalan masuk ke motor itu mestilah
diubah. Jika motor aruhan 3 fasa sangkar tupai ini dipasang terus kepada bekalan tanpa pemula,
arus permulannya akan memuncak dan f.k. Nya menjadi rendah, kecuali pada motor yang
berukuran kecil. Pemula yang disambung kepada motor ini akan merendahkan arus permulaan
iaitu dengan merendahkan nilai voltan bekalan yang masuk ke stator.

Walaubagaimanapun cara ini boleh melemahkan daya kilas kerana T berkadar terus dengan
kuasadua voltan ( V
2
). Antara jenis pemula yang digunakan dalam kaedah pengurangan voltan
ialah pemula bintang-delta, pemula transformer auto dan pemula rintangan.

Motor aruhan 3 dwisangkar tupai

Binaannya serupa seperti motor aruhan 3 fasa sangkar tupai, bezanya rotor motor ini dibina drpd 2
sangkar tupai yang berasingan iaitu satu diluar dan satu lagi didalam. Sangkar tupai yang didalam
mempunyai rintangan yang rendah tetapi reaktansnya tinggi berbanding dengan sangkar tupai
yang diluar.






















Rajah 17 : Binaan rotor dwi sangkar tupai

30
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 12 drp: 20


Apabila bekalan 3 fasa diberikan kepada stator motor itu, putaran medan magnet akan wujud
pada stator tersebut. Dengan proses aruhan saling, rotor mendapat arus aruhannya dan
seterusnya membentuk uratdaya rotor. Arus yang teraruh disangkar tupai luar lebih kecil dari
sangkar tupai dalam. Daya kilas yang dihasilkan akan bertambah baik drpd motor 3 fasa yang
mempunyai satu sangkar tupai sahaja. Walaupun T permulaan motor ini dapat ditingkatkan tetapi
untuk pergerakan yang berterusan, nilainya (T) agak rendah sedikit drpd motor aruhan 1 sangkar
tupai. Kecekapan dan faktor kuasa pada beban penuh juga akan turut berkurang. Motor jenis ini
biasa digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan T permulaan yang tinggi.
Oleh itu ia juga dikenali sebagai motor yang mempunyai T tinggi.
Motor ini tahan lasak, ringkas dan harganya murah.
Untuk menyonsang arah putarannya, caranya sama seperti motor aruhan 1 sangkar tupai.


Motor aruhan 3 fasa rotor berbelit
(wound rotor induction motor 3 phase)

Dikenali juga sebagai motor gelang gelincir (slip ring). Binaan asas sama seperti motor aruhan 3
fasa yang lain, Cuma binaan rotornya adalah berlilit dan disambung kepada 3 gelang gelincir.
Dari gelang gelincir ini disambungkan kelitar luar dengan menggunakan 3 berus karbon yang
akan disambungkan pula kepada rintangan 3 fasa yang boleh dilaraskan.































Rajah 18 : Binaan rotor berlilit
Rajah 19 : Motor aruhan rotor berlilit

31
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 13 drp: 20






















































Rajah 20 : Rotor di sambung ke rintangan luar 3 fasa melalui gelang gelincir & berus karbon

32
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 14 drp: 20






































KENDALIAN

Apabila belitan stator diberi bekalan 3 fasa, medan magnet berputar (Ns) akan wujud di
stator. Dengan proses aruhan saling antara stator dan rotor, arus aruhan akan wujud pada
rotor berlilit itu. Sekiranya nilai rintangan boleh laras pada rotor berada pada nilai yang
maksimum, motor akan berputar dengan perlahan.
Tetapi apabila rintangan boleh laras itu dikurangkan, motor tersebut akan beransur-ansur
laju. Kelajuan putaran rotor menjadi perlahan disebabkan oleh kecilnya arus yang teraruh
oleh penambahan rintangan boleh laras pada rotor. Kelajuannya mencapai maksimum
apabila rintangan boleh laras berada pada nilai yang minimum/terendah. Secara
praktiknya, apabila kelajuan maksimum dicapai, gelang-gelang gelincir akan
dilitarpintaskan.

Berus-berus karbon akan diangkat drpd menyentuh gelang-gelang gelincir dengan
menggunakan alat khas yang dikendalikan dengan tangan untuk menjimatkan penggunaan
berus karbon.





Rajah 21 : Sambungan motor aruhan rotor berlilit

33
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 15 drp: 20


CIRI-CIRI

Motor ini boleh dikawal kelajuannya dengan mengubah nilai rintangan yang disambung kerotor.
Jika nilai rintangan besar, kelajuannya perlahan. Begitulah sebaliknya. Kawaln kelajuan cara ini
tidak begitu cekap kerana berlaku banyak kehilangan tenaga dirintangan. Disamping itu kawalan
kelajuannya hanya kira-kira 50% drpd kelajuan kesegerakan (Ns)

T motor ini boleh dianggap baik walaupun perbelanjaan penyelenggaraan motor ini agak mahal.
Untuk menyongsang arah putarannya, kaedahnya sama seperti motor aruhan jenis lain iaitu
dengan menukar mana-mana 2 fasa bekalan.


MOTOR SEGERAK 3 FASA ( 3 PHASE SYNCHRONOUS MOTOR)

Binaannya sama seperti pengulangalik (alternator) jenis medan berputar angker (pengalir) pegun.
Statornya dibelitkan dengan belitan 3 fasa, dan rotornya dibuat 2 bentuk samada jenis kutub
tertonjol atau kutub selinder rata. Motor ini memerlukan ujaan arus terus drpd luar dan dibekalkan
kerotor melalui gelang gelincir.






































Rajah 22 : Motor segerak
lengkap dengan penguja
Rajah 23 : Sambungan Motor segerak

34
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 16 drp: 20


MOTOR SEGERAK











































KENDALIAN

Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan, putaran medan magnet akan wujud pada stator..Bagi motor
segerak ukuran kecil, rotornya dibuat drpd magnet kekal (tidak perlu ujaan A.T). Oleh itu rotor
akan terus berputar mengikut arah putaran medan magnet stator. Putaran rotor adalah pada
kelajuan kesegerakan, kerana tindakbalas magnet antara medan rotor dan stator yang saling
kunci (kutub yang berlawanan akan menarik).









Rajah 24 : Bentuk pemegun
Rajah 25 : Rotor Motor Segerak

35
Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 17 drp: 20


Bagi motor segerak ukuran sederhana, rotornya mempunyai belitan bersama-sama dengan
sangkar tupai. Oleh itu apabila diberikan bekalan 3 fasa pada stator, rotor akan berputar secara
prinsip motor aruhan. Apabila kelajuan rotor hampir mencapai kelajuan kesegerakan, bekalan AT
akan diuja kepada belitan medan pada rotor. Medan magnet drpd belitan medan rotor ini akan
bertindak balas dengan medan magnet berputar stator, mewujudkan tindakan saling kunci antara
kutub magnet stator dan rotor. Dengan itu rotor akan berputar pada kelajuan kesegerakan.





















































Rajah 26 : Rotor motor segerak di uja dgn bekalan AT
Rajah 27 : Field discharge resistor di sambung selari dgn belitan rotor semasa starting

36

Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 18 drp: 20


Bagi motor ukuran besar, rotornya akan dipusingkan telebih dahulu dengan bantuan penggerak
dari luar pada arah yang sama dengan putaran medan magnet stator. Apabila kelajuan rotor
mencapai kelajuan kesegerakan, barulah bekalan AT diujakan ke belitan medan rotor, dengan
tindakan saling kunci antara medan stator dan rotor, maka rotor akan terus berputar pada
kelajuan kesegerakan. Ketika itu penggerak akan ditanggalkan dari rotor.



CIRI-CIRI MOTOR SEGERAK

Kelajuannya adalah tetap, dan kelajuan rotor adalah sama dengan kelajuan kesegerakkan
(sinkronus). Iaitu Nr = Ns. Faktor kuasa motor ini boleh dilaraskan dengan mengubah nilai ujaan
arus terus yang diberikan kepada belitan medan di rotor. Jika nilai ujaan AT lebih, f.k. akan
mendulu dan jika nilainya rendah, f.k akan menyusul atau mengekor.

KEGUNAAN

Digunakan pada beban yang perlukan kelajuan tetap, seperti pam, pemampat dsb nya kerana
kecekapan motor ini tinggi. Juga digunakan untuk kerja-kerja yang dibuat terus-menerus. Selain
itu, digunakan untuk memperbaiki f.k bekalan serta membaiki voltan pada talian.





























Rajah 28 : Motor segerak diguna utk membaiki f.k kepada motor lain


37

Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 19 drp: 20





















































Rajah 29 : Gambarajah Ujaan AT kepada belitan rotor boleh mengubah fk pada talian

38

Code No . B01-03-01-LE1 IS1b Muka: 20 drp: 20


Soalan-soalan

1. Sebuah motor aruhan 3 fasa, 2 kutub di sambung kpd bekalan 50Hz. Kirakan kelajuan
segerak

Ns = 120f
P

= 120 x 50
2
= 3000 RPM

2. Belitan stator dibekal dgn bekalan 60Hz. Fluks berputar berputar pd kelajuan 900
rev/min. tentukan bilangan kutub.

P= 120f
Ns
= 120 x 60
900
= 8 kutub

3. Kegelinciran (slip = S)

Ialah perbezaan kelajuan diantara kelajuan segerak dgn kelajuan rotor. Kelajuan rotor ialah
kelajuan sebenar motor (Nr). S dinyatakan dlm % dgn formula:

S = Ns Nr x 100%
Ns


2. Motor aruhan 3 fasa, 4 kutub disambung kebekalan 50Hz. Rotor berputar pd kelajuan
1455 rpm pd beban penuh. Kirakan:-

a. Kelajuan segerak

b. Kegelinciran


Ns = 120f
P

= 120 x 50
4
= 1500 RPM

S = Ns Nr x 100%
Ns
= 1500 1455 x 100%
1500
= 3%










39

No. & TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN



LE1 Install and perform three phase motor


No. & TAJUK
TUGASAN

Task 04.08 Install Low Voltage Motor Centre
Task 05A.01 Perform Three Phase Ac Motor
Task 05A.02 Perform Three Phase Ac Motor Control System


TEMPAT : Bilik Kuliah


TEMPOH : 3
jam


Code No. B01-03-01-LE1-IS1c


Muka : 1 drp. : 8




TAJUK : PERFORM THREE PHASE MOTOR CONTROL SYSTEM

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar mengenai litar-litar kawalan
motor 3 fasa

PENERANGAN

Litar kawalan motor 3 fasa sangat penting sebelum pemasangan mahupun kerja-kerja
penyelanggaraan motor dilakukan. Tanpa litar kawalan ini mungkin sukar bagi membuat
pemasangan atau kerja-kerja penyelanggaraan dilakukan dengan baik. Kertas penerangan ini
hanya menghuraikan litar kawalan motor 3 fasa sahaja.




40
Code No . B01-03-01-LE1 IS1c Muka: 2 drp : 8






























































O/L
R Y B
SESENTUH
L
1
L
2
L
3
T
1
T
2
T
3
MOTOR

Trip light
OFF
ON
O/L
MCB
L
N
C
C
LITAR UTAMA
LITAR KAWALAN
Rajah 1 : Litar Kawalan Dan Kuasa Penghidup Motor Talian Terus


41
Code No . B01-03-01-LE1 IS1c Muka: 3 drp : 8




PENDAWAIAN PENGHIDUP MOTOR SECARA TALIAN TERUS
(KEHADAPAN DAN KE BELAKANG)
























































MCB 6A
OL
MCB 16A
R F
OL
F R
R F
R F
OFF
ON F ON R
R
Y
B
N
MOTOR
3 FASA
T
R
I
P
M
A
R
A
S
O
N
G
S
A
N
G
L1 L2 L3
LITAR KUASA
LITAR KAWALAN
PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA - SONGSANG
ISOLATOR
20A

Rajah 2 : Litar Kawalan Dan Kuasa Penghidup Motor Talian Terus mara songsang


42


Code No . B01-03-01-LE1 IS1c Muka: 4 drp: 8




























































MOTOR
3 FASA
MCCB
Geganti Beban
Lampau
LITAR UTAMA
R Y B
M
D
S
U1
V1
W1
U2
V2
W2

Rajah 3 : Litar Utama Penghidup Motor Bintang - Delta

43
Code No . B01-03-01-LE1 IS1c Muka: 5 drp :8



Rajah 4 : Litar Kawalan Motor Bintang - Delta




















MCB 6A
ON
OFF
TDR
D
S
M
S
M
R
O/Trip
T
S
M
D
G
R
N


44



Code No . B01-03-01-LE1 IS1c Muka: 6 drp: 8



Rajah 5 : Litar Utama Penghidup Motor Bintang Delta
(Kehadapan dan kebelakang)














LITAR UTAMA


30A MCCB
SONGSANG
MARA
TOR
MOTOR
ARUHAN
3 FASA
DELTA
STAR
R Y B

45

Code No . B01-03-01-LE1 IS1c Muka: 7 drp: 8



Rajah 6 : Litar Kawalan Penghidup Motor Bintang Delta
(kehadapan dan kebelakang)



















F
R
S
D
T
R
Fius
TOR
STOP
START (FOR)
START(REV)
R-2
N
F-1
F-2
R-1
F-3
R-3
TDR-1 D-1
TDR-2
S-1
D-2
FOR
FOR IND
REV
REV IND
TDR
STAR
DELTA
TRIP IND
RAJAH LITAR 2

46


Code No. B01-03-01-LE1 IS1a-c Muka: 8 drp: 8

SOALAN :

1. Apakah maksud singkatan MCB dan apakah binaannya.

2. Namakan lima komponen yang terdapat dalam low voltage motor center.

3. Apakah maksud singkatan MCCB dan apakah binaannya?

4. Apakah ciri-ciri penempatan pusat kawalan motor voltan rendah?

5. Berikan 5 kebaikan motor 3 fasa sangkar tupai ?

6. Buatkan gambarajah litar kawalan penghidup motor bintang delta ?












RUJUKAN :

1. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik
Pengarang oleh Abd Samad Hanif
Terbitan Dewan Bahasa Pustaka(2000)
Muka surat 341 361
Cetakan Edisi Kedua

You might also like