You are on page 1of 3

YA ALLAH, AKU BERLiNUNG KEPAAMU ARiPAA PERASAAN SEiH AN UKACiTA, AKU BERLINUNG

KEPAAMU ARiPAA LEMAH AN MALAS, AKU BERLiNUNG KEPAAMU ARiPAA BAHKiL AN PENAKUT AN
AKU BERLiNUNG KEPAAMU ARiPAA BEBAN HUTANG AN TEKANAN PERASAAN.

YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-
PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-
PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-
PiNTU KEAMPUNAN AN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.

Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dengan lelaki. Antara yang paling ketara ialah
pusingan haid yang tetap berbentuk kitaran bulanan.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dlam Fath al-Bari, wanita pertama yang mengalami haid ialah bonda seluruh umat manusia
iaitu Hawa, saat beliau dikeluarkan dari syurga dan menghuni di bumi.

Allah berfirman yang bermaksud, emi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-Asr 103:1-3)

Benar, wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya lompang daripada amal ibadah dan amal soleh ialah
golongan yang rugi. Oleh sebab itu, pastikan masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Beberapa amalan berikut amat
disarankan:

1 Selaraskan niat sebagai ibadah

Setiap amalan ialah ibadah jika memenuhi ciri-cirinya seperti amalan yang baik, berlandaskan niat ikhlas kerana Allah dan
tidak melalaikan. Walaupun tanpa ibadah yang menjadi makanan ruji rohani seperti solat dan puasa, sebarang perbuatan
yang memenuhi kriteria di atas akan membantu menambah saham akhirat. Jadilah ibarat usahawan yang tamak dan ingin
memborong semua peluang meraih pahala.

2 Berzikir

Zikir ibarat tali yang mengekang hati agar tidak terlepas bebas daripada terikat dengan syariat Allah. Pelbagai jenis zikir
boleh diamalkan sepanjang haid, pastinya antara yang utama ialah istighfar, tahmid, takbir, tasbih dan pelbagai lagi,
termasuk himpunan zikir-zikir pilihan seperti al-Mathurat dan Manzil.

Jadilah wanita yang digambarkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud, an lelaki-lelaki yang menyebut
nama Allah banyak-banyak serta wanita-wanita yan gmenyebut nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi merka
semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Ahzab 33:35)

3 Menambah ilmu

Waktu solat dan membaca al-Quran kini menjadi waktu lapang Tanya agenda? Apa kata gantikannya dengan aktiviti
membaca bahan bacaan agama, tidak kiralah sama ada bahan berkaitan aqidah, ibadah (fiqah) atau adab (akhlak).
Natijahnya, hasil ilmu yang ditimba akan membuahkan rasa yakin semasa melakukan ibadah kepada al-Khaliq.

4 Masih dekat dengan al-Quran

Jika tidak mampu membaca al-Quran, tidak mengapa. Masih ada alternative lain seperti mendengar bacaan al-Quran
yang mudah didapati kini dalam pelbagai bentuk dan format. Malah, ini jugalah saat yang sesuai untuk mempelajari tafsir
dan tadabbur al-Quran. Siapa kata wanita yang dalam tempoh haid jauh daripada al-Quran walaupun tidak bertemu
dengan-Nya dalam solat?

5 Berbakti kepada orang tua atau berkhidmat kepada suami

Benarlah, manusia yang paling baik antara kamu ialah manusia yang paling memberi manfaat kepada manusia lain. Oleh
sebab itu, lebihkan kuantiti dan kualiti pada waktu haid untuk berbakti dan berkhidmat kepada insan yang layak
diberikan layanan istimewa.

6 Memperbanyakkan doa

alam temoh haid juga, wanita boleh memperbanyakkan doa terutamanya pada waktu yang mustajab doa seperti antara
waktu azam dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar waktu sepertiga malam dan sebagainya.

7 Memperbanyakkan sedekah

Wanita juga bolehmenambah kuantiti dan kekerapannya bersedekah dengan wang ringgit atau harta benda. Harus
diingat, ruang lingkup sedekah tidak tamat di situ, malah skopnya lebih luas. Kata-kata yang baik juga sedekah, samalah
seperti mengelak daripada mengumpat dan menabur fitnah.

Apabila ilmu sudah mengetuk minda, apalagi, sama-samalah kita mengamalkannya. Hati yang sentiasa inginkan kebaikan
pasti tidak akan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang amalan soleh.

Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan wanita yang miskin timbangan mizan di akirat kerana miskin amalannya di
dunia, amiin.




Berusahalah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Bagaimana untuk menjadi orang
yang beruntung itu? Secara asasnya kita tidak perlu memandang terlalu jauh, hanya melihat dan beri penuh
pengertian terhadap Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa.... Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5
sebelum datangnya yang 5.....
masa sihat sebelum sakit
masa muda sebelum tua
masa kaya sebelum miskin
masa lapang sebelum sempit
masa hidup sebelum mati
Sering2 lah kita bangun untuk solat Tahajjud. Kerana solat Tahajjud itu penawar segala penyakit. Jika kita
menderita oleh sesuatu penyakit, amalkan lah solat Tahajjud 40 malam secara berterusan dan tanpa henti sebagai
salah-satu ikhtiar kita. InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh penyakit, itu pun kalau solat baik, mengikut
adab2nya dan kita ikhlas semata2 hanya kerana Allah.

Diceritakan ada seorang tua yang usianya 87 tahun datang ke masjid. Badannya masih tegap dan nampak sihat,
bunyi suaranya sedap bila mengaji Quran dan mata pula tidak kabur bilamana membaca ayat2 di lembaran al-
Quran. Bila ditanya, rupa2nya jarak rumahnya dengan masjid lebih-kurang 1 batu jauhnya. Ditanya lagi. "Datang
naik apa?" Maka dijawabnya, "Pakcik sudah biasa jalan2 sendiri, tidak ada masalah, dekat saja..." Dan bila ditanya
lagi, "Apa rahsianya pakcik, matanya masih terang dan tidak kabur?" Beliau hanya menjawab, "Ohh pakcik tak
tengok TV.... TV itu punca segala maksiat...."

Surah Al-Asr ( ) adalah surat ke-103 dari al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 3
ayat. Kata Al 'Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.
Isi surat mengabarkan bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia
termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.
T E R J E M A H A N A Y A T

: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


1.

Demi masa.
2.

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,


3.

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh


dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

You might also like