You are on page 1of 8

Tajuk 6 kaedah penilaian bahasa

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO






Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang
mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi
menggambarkan, menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si
penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan
satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.


Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan, perancangan dan
penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan
kreatif.
3. Pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah
logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio


1. Porfolio Kerja Harian
- Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan. Contohnya:
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan
lukisan yang
mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik
- Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk
sumatif. Contohnya:
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan
dikumpulkan di
dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen.
- Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka
masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya:
Hasil lukisan daripada warna tersebut.


Penilaian Portfolio
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang
boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut
kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru
untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau
perkembangan pelajar.
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan
menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian,
nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja
pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi
dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif,
kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang
dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan,
kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Penilaian bagi Portfolio
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang
berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan
kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio
sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan
menggunakan kaedah senarai semak.
Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan
skala senarai ciri-ciri paling penting penentuan gred.



Kriteria Penilaian
1. Struktur dan organisasi.
2. Strategi pengurusan.
3. Variasi isi yang sesuai.
4. Struktur ayat dan gaya bahasa.
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran
markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-
bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.
7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

2) PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN




Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang
diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan
maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan
komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.



1. Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan
persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap
sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

2. Bentuk Perancangan
- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang
dijalankan daripada pemerhatian.
3. Merekod Penilaian Pemerhatian
- Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun
dari segi:
Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian
cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas .
Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh
dihurai dengan tepat.
Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang
akan dicapai.

Rekod Anekdot
Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam
bidang tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik
Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk
menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori
dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik.
Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic).
Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

4. Jenis Pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan.
Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk
sekuen.

5. Strategi Pelaksanaan
Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
Menggunakan senarai semak.
Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian.
Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.
Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6. Fungsi Penilaian melalui Pemerhatian.
Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif
pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai
penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

You might also like