You are on page 1of 2

Karangan PMR: Amalan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan
yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek
pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa
telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada
kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia
semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan
oleh masyarakat Malaysia.

Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu
kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka
hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan
buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh
badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman
moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan
seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan
yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh
pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang
boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya
pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci
mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya,
sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani
kehidupan yang sihat.

Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang
berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman
setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya.
Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang
dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling
baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.

Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup
yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang
berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana
ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan
tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang
meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang
itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya
hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern
begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam
kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat
sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu
menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda
yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu
mendesak ini.

Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat
boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran
diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan
untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda
penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan
cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri
manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.

You might also like