You are on page 1of 74

PENTERNAKAN ARNAB

Pendahuluan:
- Arnab telah wujud lebih 600 000 tahun yang lalu
di negara Sepanyol (perkataan yang dikaitkan
dengan bangsa Sepanyol ialah Hispania yang
bermaksud negara arnab).
- Dari Sepanyol ternakan ini dibawa dan dibiak ke
negara Eropah yang lain serta ke Afrika Utara.
- Perubahan pada rupa bentuk arnab banyak
dipengaruhi oleh manusia yang menginginkan
arnab yang berbagai-bagai warna dan saiz
Pendahuluan:
Arnab yang diternak sekarang berasal daripada spesies
Oryctolagus cuniculus.
Arnab ialah ternakan yang istimewa.
Ternakan ini mudah dipelihara sama ada sebagai haiwan
kesayangan atau hobi.
Arnab juga dipelihara untuk kulit, daging dan bulu atau
untuk pameran dan sebagai haiwan makmal untuk
penyelidikan.
Baka seperti New Zaeland White, Californian, Carolina
dan New Simonaire dipelihara sebagai arnab pedaging.
Baka Rex dan Angora diternak bagi menghasilkan bulu.
Baka sederhana seperti English Lops, Champagne
dArgent dan Chinchilla American dibesarkan untuk kulit
dan dagingnya.
Wild Rabbit Scientific: Oryctolagus cuniculus
New Zaeland White
Californian Carolina
Baka Rex
Angora
English Lops
German Lops
Champagne dArgent
Chinchilla
American
Pendahuluan:
Baka arnab boleh dikategorikan kepada
tiga mengikut saiz badan iaitu:
Baka besar seperti Flemish Giant, Chekered
Giant dan German Lops
Baka sederhana seperti New Zealand White,
California, New Simonaire, Carolina dan
Satin
Baka kecil seperti baka tempatan, Rex dan
Angora
Baka Flemish Giant
Baka Angora
Baka Hotot
Baka New Zealand White
Baka Rex
Baka California White
Baka tempatan yang dipelihara di Malaysia
white satin
black satin
Pendahuluan:
Arnab mampu melahirkan anak yang banyak
beberapa kali setahun di samping mempunyai
pusingan pengeluaran yang pendek.
Berbeza dengan ayam, arnab dapat membesar
dengan lebih cepat apabila diberi makanan yang
mengandungi serabut kasar yang tinggi (14-
16%).
Arnab juga boleh diternak sebagai sumber
makanan untuk keluarga dan boleh dipelihara
secara kecil-kecilan atau besar-besaran untuk
tujuan kormersial.
Pendahuluan:
Daging arnab mempunyai kendungan
protein yang tinggi dan kaya dengan
vitamin B12 manakala kandungan kalori,
lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah.
Dari segi perubatan, daging arnab baik
untuk mereka yang mempunyai masalah
pencernaan kerana mudah dihadam.
Daging arnab juga amat baik bagi mereka
yang mempunyai penyakit tekanan darah
tinggi dan gout.
Status pengeluaran daging
arnab
Negara Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC)
pada tahun 1981 menunjukkan bahawa
negara Itali, Perancis dan Sepanyol paling
banyak mengeluarkan daging arnab.
Kebanyakan daging arnab yang diimport
oleh negara Eropah adalah dalam bentuk
karkas.
Hanya sebilangan kecil karkas ini
dipotong dan dibungkus untuk dieksport.
Industri arnab di Malaysia
Di Malaysia, pemeliharaan arnab secara
kormersil mula mendapat perhatian sejak awal
tahun 1980.
Sebelum itu, arnab hanya dipelihara secara
kecil-kecilan sebagai haiwan kesayangan dan
kebanyakannya daripada baka tempatan.
Walau bagaimanapun, baka ini telah digantikan
dengan baka arnab yang mempunyai daya
pengeluaran yang lebih tinggi seperti New
Zealand White, California dan Carolina.
BAKA DAN GENETIK ARNAB
Baka arnab boleh dibahagikan mengikut
kegunaan iaitu daging, kulit berbulu dan
bulu.
Baka arnab juga boleh dikelaskan
mengikut saiz badan yang sama ada
besar, sederhana atau kecil.
Saiz badan berkait rapat dengan
pencapaian peringkat mengawan,
kesuburan, kadar pertumbuhan dan kadar
kematangan
BAKA PEDAGING
a. Saiz besar
Baka besar seperti Bouscat Giant White, French
Lop, Flemish Giant dan French Papillon Giant
mempunyai berat badan dewasa yang melebihi
5 kg.
Baka ini banyak dipelihara di Eropah.
Sistem pembiakbakaan tulen boleh diamalkan
untuk membiak baka ini.
Dalam program pengacukan untuk
meningkatkan saiz baka sederhana dan kecil,
baka besar digunakan sbg induk.
Bouscat Giant White
French Lop
French Papillon Giant
BAKA PEDAGING
b. Saiz sederhana
Baka yang popular dipelihara oleh penternak
ialah baka sederhana besar dengan berat 3.5-
4.5 kg.
Antara baka ini termasuklah California White,
New Zealand White, Champagne d Argent,
Grand Chinchilla, Burgandy Fawn, English Silver
dan German Silver.
Di samping mempunyai ciri pertumbuhan tisu
otot yang pantas, baka Champagne dArgent
juga terkenal dengan mutu kulit berbulu yang
tinggi.
Grand Chinchilla
BAKA PEDAGING
c. Saiz kecil
Baka kecil mempunyai berat badan antara 2.5-3.0 kg.
Baka Himalaya atau Rusia berasal dari negara China dan
kemudiannya berkembang ke Rusia da Poland.
Baka ini mewarisi kadar pengovulan yang tinggi,
membesar dengan cepat dan mempunyai sifat keibuan
yang baik.
Kos saraannya rendah berbanding dengan baka saiz
besar dan sederhana. Baka saiz kecil ini sesuai diternak
untuk menghasilkan karkas arnab yang seberat 1.0-1.2
kg.
Selain itu, terdapat juga jenis yang diternak sebagai
haiwan kesayangan seperti baka Butterfly dan Hotot.
Butterfly lop
Baka untuk kulit berbulu
Kulit berbulu (pelt) digunakan untuk membuat
hasilan kraftangan seperti baju, beg, alas
tempat duduk dan topi.
Antara baka arnab yang menghasilkan kulit
berbulu yang bermutu tinggi ialah Rex,
Champagne dArgent, Lilac, Fox, Polish,
Rhinelander dan Marten.
Kebanyakan baka ini bersaiz sederhana
Lilac
SilverFox
Polish
Rhinelander
Marten
Baka untuk kulit berbulu
Angora satu-satunya baka arnab yang diternak
untuk pengeluaran bulu.
Baka ini mempunyai gen resesif yang mengawal
pengeluaran bulu yang panjang.
Permintaan untuk bulu Angora tinggi dan
pengeluaran dunia dianggar 4 000 tan setahun.
Kebanyakan bulu baka Angora berwarna putih.
Warna ini mudah diproses dan dicelup dengan
warna-warna lain.
Setiap ekor arnab Angora berupaya
mengeluarkan 200 - 1100 g bulu setahun
Baka tempatan
Baka arnab tempatan berpotensi untuk
pengeluaran daging.
Baka ini tahan terhadap persekitaran
tempatan.
Contoh baka arnab tempatan ialah Baladi
dari Sudan , Maltese dari Tunisia dan
Creole dari Guadeloupe
Pemilihan Baka
Pemilihan ialah proses menghadkan bilangan individu
yang boleh dibiakkan dalam sesuatu kumpulan pada
sesuatu generasi.
Bilangan individu yang dibiak ini hendaklah bernilai
genetik yang lebih tinggi daripada purata nilai genetik
kumpulan tersebut.
Sebagai contoh jika purata berat arnab pada umur 11
minggu perlu ditingkatkan maka, pembiakan dalam
kumpulan hendaklah dihadkan pada arnab yang terberat
sahaja.
Umpamanya, membiakkan arnab yang melebihi purata
kumpulan ditambah 2 selisih lazim bagi berat badan
umur 11 minggu.
Pemilihan Baka
Terdapat tiga ciri yang bernilai ekonomi yang
penting dalam penternakan arnab iaitu:
Ciri kesuburan seperti saiz kelahiran seperinduk, umur
pertama kali beranak dan kadar kebuntingan
Ciri pertumbuhan seperti susu, berat disembelih pada
umur 11 minggu, kecekapan menukar makanan
kepada kenaikan berat badan, berat karkas dan
kandungan lemak dalam karkas, serta
Ciri kemandiran seperti kadar kemandiran waktu cerai
susu, tahap ketahanan terhadap beban penyakit dan
tahap ketahanan tegasan haba

SISTEM PEMBIAKAN
1. Pengacukan

Pengacukan ialah jenis sistem pembiakbakaan yang diamalkan
untuk menggunakan sepenuhnya kebaikan antara dua baka atau
lebih.
Kebaikan yang ditunjukkan oleh anak kacukan yang dihasilkan
bagi sesuatu ciri dinamakan kecergasan hibrid.
Kebaikan ini dihitung sebagai purata peratus kelebihan anak
kacukan berbanding dengan purata induknya
Jika penternak ingin mewujudkan arnab yang tahan pada
persekitaran tempatan tetapi mempunyai saiz badan yang
sederhana, sistem pengacukan bolehlah diamalkan dengan
mengacukkan baka arnab tempatan (yang tahan pada
persekitaran tempatan) dengan baka arnab New Zealand atau
Californian (bersaiz badan yang sederhana)
SISTEM PEMBIAKAN
2. Pembiakbakaan seturunan
- Pembiakbakaan seturunan ialah pembiakbakaan antara
individu-individu yang mempunyai pertalian
persaudaraan yang rapat.

- Anak-anak yang dihasilkan daripada pembiakan tersebut
dinamakan baka seturunan.
- Sistem pembiakbakaan ini sering diamalkan dalam
pembentukan dan perkembangan peringkat awal
sesuatu baka.
- Jika pembiakbakaan seturunan diamalkan secara
berterusan bagi satu tempoh yang lama, penurunan
prestasi akan dialami.
SISTEM PEMBIAKAN
3. Pembiakbakaan titisan
Pembiakbakaan titisan ialah pembiakbakaan
seturunan yang dilaksanakan secara perlahan
untuk mendapatkan kebaikan nya dan dapat
menghindarkan keburukan penurunan
pembiakbakaan seturunan.
Sistem ini melibatkan pembiakan individu-
individu kepada seekor arnab individu yang
terawal oleh keunggulan individu tersebut
SISTEM PEMBIAKAN
4. Pembiakbakaan luaran
Pembiakbakaan luaran melibatkan individu-
individu yang tiada pertalian persaudaraan dan
akan meningkatkan variasi genetik atau
keheterozigotan.
Kesan sistem pembiakbakaan ini berlawanan
dengan kesan sistem pembiakbakaan seturunan.
Sistem pembiakbakaan ini dpat digunakan pada
peringkat awal pembentukan sesuatu kumpulam
arnab itu dengan membiakkan induk betina
dengan induk jantan yang terpilih dari kumpulan
lain
PENJAGAAN REKOD
Untuk menentukan maklumat peratasi individu,
rekod perlu disimpan dengan kemas dan mudah
digunakan.
Satu sistem penjagaan rekod prestasi perlu
diwujudkan dalam mana-mana system
penternakan individu (pedigri), maklumat
individu, prestasi pertumbuhan dan kesuburan
serta apa-apa jua rawatan yang telah diberikan
kepada individu yang berkenaan.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
1. Keperluan persekitaran
Kesesuaian ternakan arnab terhadap
persekitaran dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti baka, kaedah pemeliharaan
dan kadar muatan bagi sesuatu keluasan
lantai.
Secara khusus, keperluan arnab terhadap
beberapa parameter persekitaran
perumahan seperti yang berikut.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
2. Suhu
Arnab memerlukan suhu persekitaran yang normal iaitu 22-
25
o
C oleh sebab kehidupan semula jadinya dan topografi
penyebarannya yang meluas, arnab tahan pada julat suhu
yang agak besar (10-32
o
C).
walau bagaimanapun, pendedahan pada suhu persekitaran
yang agak teruk akan merencatkan pertumbuhan arnab.
Suhu persekitaran yang melebihi 30
o
C akan memberi kesan
yang buruk terhadap pengambilan makanan, mutu
spermatozoa dan pertumbuhan bulu (arnab jenis Angora).
Suhu persekitaran yang kurang daripada 5
o
C akan
memberikan kesan terhadap peningkatan kadar kematian
anak arnab yang berumur 1-21 hari.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
3. Mutu Udara
- Faktor yang menentukan mutu persekitaran
termasuklah kelembapan bandingan serta
kepekatan dan peredaran gas buangan.
- Arnab memerlukan kelembapan udara pada purata
70%.
- Mutu udara berkait rapat dengan masalah penyakit.
- Cth : penyakit sistem pernafasan yg menyebabkan
banyak kematian berpunca daripada kelembapan
udara dan kepekatan gas buangan yg tinggi
terutamanya NH
3
.
- Untuk mengawal kepekatan gas, najis dan air
kencing mesti diasingkan melalui sistem penyaliran
yang baik atau mengadakan sistem pengaliran udara
yg cekap.

PERUMAHAN DAN PERALATAN
4. Cahaya
- diperlukan utk merangsangkan pengeluaran
hormon untuk proses pengovulan bagi
arnab betina dan mengawal keinginan
mengawan oleh arnab jantan.
- Jangkamasa siang 12 16 jam sehari
diperlukan utk mencapai kadar
kebuntingan dan keinginan mengawan yg
tinggi.
- Pengawalanjangkamasa siang yg teratur
penting utk mendapatkan pengeluaran anak
yg berterusan sepanjang tahun. Bagi
arnab jenis Angora, jangkamasa siang yg
pendek memberi kesan positif terhadap
pertumbuhan bulu.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
5. Kandang
- 4 perkara asas perlu diberi penekanan semasa
membuat perancangan utk membina kandang arnab:
a. Lokasi,bahan binaan, sifat fizikal dan susunatur
kandang perlu dipilih mengikut keadaan geografi
setempat.
b. Pembesaran kawasan tambahan perlu dirancang
utk pembesaran projek pd masa depan.
c. Bekalan air dan elektrik, sistem perparitan dan
pembuangan najis arnab mesti disediakan dgn
mengambil kira kesan pencemaran.
d. Bagi sistem pemeliharaan di dalam sangkar,
kandang berdinding kurang disyorkan, tetapi pagar
di sekeliling kawasan perlu disediakan.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Kandang (samb)
- Saiz kandang bergantung kepada bilangan
ternakan, jenis sangkar yang digunakan dan
tahap mekanisasi.
- Seorang pekerja boleh mengendalikan 200
350 ekor arnab dewasa.
- Utk menyediakan sistem kandang yg
sempurna, setiap jenis pengeluaran perlu
mempunyai kandang yg berasingan (pembiakan,
penggemukan dan pengeluaran bulu).


PERUMAHAN
- Terdapat beberapa jenis perumahan yg
blh digunakan bergantung kepada saiz
pengeluaran.
- Pendekatan yg digunakan di sini merujuk
kepada jenis lantai dan cara pengurusan
najis:
1. Sistem lantai kering
2. Sistem lantai basah
Sistem lantai kering
- Dalam sistem ini, penggunaan air selain utk
minuman dihadkan bagi mengurangkan
kelembapan dan mengawal pembentukan gas
buangan (termasuk bau) di dalam kandang.
- Lantai penting dlm memastikan najis yg kering
melalui cara penapisan.
- Takungan penapis berpasir yg memisahkan najis
drpd air kencing secara penurasan dibuat di
bahagian lantai di bawah setiap baris sangkar.
- Najis dibiarkan terkumpul selama 4 8 minggu
bergantung kpd keadaan cuaca.
- Sistem ini blh memberikan persekitaran yg
bersih, pengawalan pencemaran dan
mengurangkan kos penyelenggaraan harian jika
diuruskan dgn betul.
Perumahan dengan sistem lantai kering untuk
penternakan arnab
Keperluan keluasan lantai yg minimum bagi
tiga jenis pengeluaran arnab
JENIS
PENGELUARAN
Berat badan
(kg)
Ukuran lantai bagi seekor arnab
Luas (m
2
) Panjang
(m)
Lebar (m)
Pembiakan < 4.0
4.1 5.5
> 5.5
0.20
0.30
0.40
0.50
0.60
0.70
0.40
0.50
0.57
Penggemukan < 2.7

0.09 0.30

0.30
Pengeluaran bulu -

0.20

0.50

0.40

Sistem lantai kering
- Kelemahan pada sistem ini ialah najis akan
sentiasa berkeadaan basah dan menyebabkan
masalah lain yg lebih besar jika keadaan saliran
tanah tidak baik.
- Keadaan yg sesuai utk penggunaan sistem ini:
i. Kawasan tinggi yg mempunyai keupayaan
penyaliran air dlm tanah.
ii. Kawasan tanaman terutamanya tanaman
getah kerana air akan diserap oleh akar pokok.
iii. Kawasan yg telah ditambak dan disediakan
sistem perparitan utk penyaliran air.
Sistem lantai kering
- Keadaan yg tidak sesuai utk sistem ini:
i. Kawasan rendah dan merupakan tempat
pengumpulan air dalam tanah dr kawasan
sekeliling.
ii. Kawasan paya tetapi masih blh
digunakan utk pembinaan kandang.
iii. Kawasan rata dan jenis tanah liat.
Sistem lantai basah
- Lantai konkrit digunakan utk kandang sistem ini.
- Lantai dibina samada mencerun ke arah sisi
kandang atau longkang kecil dibina di bawah
baris sangkar.
- Utk mencuci kandang, air dipancut secara
manual atau mekanikal dgn sistem kawalan
automatik .
- Alat pengikir (scraper) diperlukan semasa kerja
mencuci.
- Disebabkan najis dan air kencing bercampur,
pembentukan gas buangan mudah berlaku.
Penggunaan alat pengalih udara diperlukan utk
mengurangkan kesan keracunan gas pada
arnab.
Perumahan dgn sistem lantai basah untuk
penternakan arnab
PERALATAN
1. Sangkar
- Sistem sangkar yg baik diperlukan dlm
pemeliharaan arnab secara intensif.
- mengikut jenis pengeluaran.
- Bahan utk pembinaan sangkar perlu:
a. tahan (arnab suka menggigit) elakkan
drpd menggunakan kayu, buluh, getah atau
plastik).
b. Tahan pada karat
c. Murah (aluminium dan keluli tdk sesuai
kerana sgt mahal).

JENIS SANGKAR
1. Sangkar setingkat
(flat-deck batteries)
2. Sangkar bertingkat piramid
(Pyramidal batteries)
3. Sangkar Bertingkat menegak
(Compact batteries)

Sangkar setingkat
(flat-deck batteries)
Jenis gantung
Sangkar setingkat
(flat-deck batteries)
- Paling mudah dan digunakan secara
meluas.
- Blh dipasang dgn tiang atau digantung
- Pintu utama sebaiknya di bahagian atas
(membolehkan bekas makanan atau kotak
didik ditempatkan di bahagian hadapan
bagi menjimatkan penggunaan ruang dan
memudahkan penyelenggaraan).
- Sesuai digunakan utk pembiakan.
Sangkar setingkat
(flat-deck batteries)
Kebaikan:
1. Pembinaannya lebih mudah dan murah.
2. Persekitaran lebih baik utk pengeluaran arnab
3. Permerhatian terhadap arnab dan kerja
penyelenggaraan menjadi lebih mudah dan
berkesan.

Kelemahan:
1. Kadar muatan perunit luas lebih rendah
2. Kos pengeluaran bagi setiap sangkar lebih
tinggi.
Sangkar bertingkat piramid
(Pyramidal batteries)
Sangkar arnab jenis setingkat
Sangkar bertingkat piramid
(Pyramidal batteries)
- Dikenali sebagai sangkar California
- Dibuat bertingkat berbentuk piramid
- 2 atau 3 tingkat bergantung pada tinggi
kandang dan keupayaan mencapai utk kerja
pengurusan.
- Sesuai utk tujuan penggemukan anak
(berkumpulan) dan utk pengeluaran bulu
(individu).
- Dalam sistem perumahan terbuka, penggunaan
sangkar ini memerlukan penjagaan yg rapi dari
segi kebersihan dan pengudaraan.
Sangkar Bertingkat menegak
(Compact batteries)
- Lebih kompleks drpd jenis setingkat dan
piramid.
- Dibuat 2 atau 3 tingkat dan dilengkapi dgn
takungan najis.
- Dlm sistem pengudaraan biasa, tidak
digalakkan kerana pergerakan udara tidak
boleh dikawal (pembentukan gas
buangan).
Sangkar Bertingkat menegak
(Compact batteries)
Sangkar arnab bertingkat jenis piramid dan jenis
menegak
Sangkar Bertingkat menegak
(Compact batteries)
Kebaikan:
- Kadar muatan tinggi
- Sesuai utk penggunaan sistem mekanik

Kelemahan:
- Ruang utk membuat pemerhatian terhad dan sukar utk
mengawal ternakan.
- Kos pembinaan dan penyelenggaraannya tinggi.
- Persekitaran kurang bersih.
- Penyakit lebih mudah merebak dan sukar dikawal.
Sangkar utk arnab jantan
- Memerlukan sedikit penyesuaian
- Dinding di antara sangkar perlu disekat
utk menghalang penglihatan drpd
pejantan di sangkar sebelah
(mengelakkan pergaduhan dan tabiat
kencing mengencing antara satu sama lain
yg akan mengakibatkan kecederaan dan
kekotoran pd bulu).
Sangkar pasang siap arnab
Kotak Didik
- Kotak didik yg sesuai sangat penting utk memelihara anak
arnab yg baru lahir sehingga berumur 4 minggu.
- Tempoh didikan ini amat kritikal kerana kematian mudah
berlaku terutamanya dlm keadaan persekitaran yg sejuk.
- Bahan yg sesuai utk kotak didik ialah papan, papan lapis
yg tebal, kepingan asbestos dan plastik.
- Sebaik-baiknya dipasang pd bahagian hadapan sangkar
bagi memudahkan kerja penyelenggaraan dan
menjimatkan ruang.
- Bagi mengawal pergerakan, kotak didik perlu ditempatkan
2.5 3.0cm lebih rendah drpd lantai sangkar.
- Keadaan ini akan memastikan anak arnab tidak keluar
kotak terlalu awal tanpa membataskan pergerakan ibu.
- Sistem kawalan ini membolehkan ibu mendapat rehat,
makan dan minum secukupnya bagi meningkatkan
keupayaan menjaga anaknya sehingga berumur lebih 6
minggu.

Kotak didik dibuat
daripada papan lapis
Cara meletakkan kotak
didik bagi mengawal
pergerakan anak dan
ibu arnab
Ciri-ciri yg perlu ada pada kotak
didik

i. Keluasan lantai yang mencukupi dan selesa.
ii. Dibuat drpd bahan yg baik (penebat haba) dan
tidak terdedah pada persekitaran.
iii. Mempunyai ruang pengudaraan yg baik.
iv. Mempunyai sistem keluar/masuk yg baik untuk
memudahkan pergerakan ibu secara bebas
tetapi menghalang anak drpd keluar sehingga
berumur 2 minggu
v. Berkeadaan gelap sedikit.
BEKAS MAKANAN
- Makanan kosentrat dlm bentuk pelet ialah jenis
makanan komersil utama yg digunakan.
- Makanan foraj (rumput dan silaj) juga diberikan
dlm sesetengah pemeliharaan.
- Makanan kosentrat disediakan dlm bekas separa
automatik yg biasanya diperbuat drpd kepingan
besi nipis, aluminium, kayu atau plastik.
- Ukurannya bergantung pada jumlah makanan yg
perlu diletakkan, biasanya 100 600g.
- Makanan blh disimpan di dalam bekas selama 2
hari.
Bekas makanan bagi arnab
Sistem Minuman
Keperluan ait utk arnab ialah 2 2.5 kali drpd jumlah
pengambilan bahan keringnya.
Seekor arnab dewasa memerlukan 450 600ml air
sehari. Jumlah ini bertambah sehingga 2 3 kali ganda
bagi anak yg membesar dan ibu yg menyusukan anak.
Pastikan air bersih diberikan.
Utk sistem yg mudah, air disediakan di dalam bekas yg
berbentuk pasu yg diperbuat drpd tanah liat.
Bagi bilangan yg besar, terdapat sistem automatik yg
boleh digunakan. Antara sistem yang paling sesuai ialah
penitis automatik (nipple) yg disambung terus kpd
saluran paip (PVC atau tiub PE)
Kebaikan dan kelemahan sistem minuman
automatik:
Kebaikan:
i. Air sentiasa bersih kerana tidak terdedah.
ii. Penjimatan dalam penggunaan air.
iii. Kos penyelenggaraan murah.
iv. Pemberian ubat melalui air minuman blh
dilakukan serentak dan lebih berkesan.

Keburukan:
i. Kos permulaan lebih mahal.
ii. Masalah kerosakan dan alat penitis sering
tersumbat.

PERUMAHAN

You might also like