You are on page 1of 10

Amali 5 : MEMAHAMI TREND POPULASI

a) Tujuan eksperimen
Untuk menyiasat mengenai trend populasi
.
b) Teori
Pertumbuhan penduduk merupakan perubahan dalam bilangan penduduk
sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam
sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Walaupun
boleh digunakan untuk mana-mana spesis, namun istilah pertumbuhan penduduk
sentiasa melibatkan kaum manusia. Istilah ini juga selalu digunakan untuk
memaksudkan istilah demografi khusus berbunyi kadar pertumbuhan penduduk,
yang merujuk kepada kadar pertumbuhan penduduk dunia. Pertumbuhan adalah
perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan
oleh kelahiran, kematian, dan emigrasi. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh
lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmodial) keluk
atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi ialah dua kali ganda antara setiap
sela masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan
eksponen. Saiz penduduk hanya boleh ditukar oleh empat faktor. Kelahiran
menambah individu baru kepada penduduk manakala kematian membuang
individu daripada penduduk. Begitu juga, imigresen kepada penduduk menambah
individu baru sedangkan penghijrahan keluar penduduk membuang individu.
Kadar pertumbuhan penduduk yang positif apabila lebih ramai individu ditambah
daripada penduduk yang keluar, negatif apabila lebih ramai individu yang keluark
daripada ditambah, dan adalah sama dengan sifar apabila dengan jumlah yang
sama individu yang bertambah dan dikeluarkan. Saiz penduduk ini dikenali
sebagai kapasiti bawa.




TUGASAN 1

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan
mengapa saiz populasi akhir berbeza?
Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi
badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa
(generasi).
Selang masa
(t) = generasi
Populasi Badak A Populasi Badak B
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
0 N
0
= 30 N
0
= 20
1 58 1.9 39 2.0
2 123 2.1 82 2.1
3 236 1.9 161 2.0
4 484 2.0 318 2.0
5 955 2.0 643 2.0

Jadual 1

Langkah
1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai
pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah
bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan
data yang diiberikan.
2. Bentuk graf dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 1.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.
Populasi badak A, Purata R= 1.98 ~ 2.0
Populasi badak B, Purata R = 2.02 ~ 2.0





Soalan

Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat perbezaan
dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia
disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan, faktor pertumbuhan, atau
persekitaran?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi Badak B mempunyai kadar pertumbuhan, R yang
tinggi. Saiz penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi kedua-dua populasi badak
disebabkan oleh saiz awal populasi. Bilangan saiz populasi awal bagi badak A sebanyak 30
adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B dimana hanya terdapat 20 sahaja.
Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan dipopulasi badak B.


TUGASAN 2
Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan
mengapa saiz populasi akhir berbeza?
Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi koala di dalam
persekitaran yangg sama bagi 5 selang masa (generasi).
Selang masa
(t) = generasi
Populasi Koala A Populasi Koala B
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan, (R)
0 N
0
= 20 N
0
= 20
1 36 1.8 31 1.5
2 63 1.8 47 1.5
3 118 1.9 66 1.4
4 212 1.8 103 1.6
5 375 1.8 150 1.5
Jadual 2
Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai
pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah
bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan
data yang diiberikan.
2. Bentuk graf dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 2.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.
Populasi koala A, Purata R =1.82 ~ 1.8
Populasi koala B, Purata R =1.5

Soalan
1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi
pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi
permulaan, faktor pertumbuhan, atau persekitaran?
Graf menunjukkan bentuk eksponen. Apabila saiz populasi semakin meningkat,ia akan
mempengaruhi faktor pertumbuhan. Populasi koala A dan koala B meningkat dari semasa
ke semasa, namun disebabkan berlakunya persaingan dari segi keperluan makanan dan
tempat tinggal, populasi koala B berkurangan daripada populasi koala A.


2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan
hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan kemarau,
mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R populasi tersebut? (Faktor
pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian).
Perubahan alam sekitar seperti kemarau dan keadaan hujan bolehmempengaruhi
populasi sesuatu spesis. Semua faktor-faktor tersebut sangatberpengaruh terhadap
kelahiran, kematian dan migrasi yang berlaku bagimemenuhi keperluan asas bagi
sesuatu individu.


TUGASAN 3

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan bagaimana
keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi akhir?
Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam
persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi).



Selang
masa (t) =
generasi
Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan, (R)
0 N
0
= 20 N
0
= 20
1 80 4.0 50 2.5
2 230 2.9 100 2.0
3 400 1.8 220 2.2
4 500 1.3 360 1.6
5 550 1.1 460 1.3
6 580 1.1 520 1.4
7 590 1.0 550 1.0
8 595 1.0 570 1.0
9 600 1.0 580 1.0
10 600 1.0 600 1.0

Jadual 3
Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai
pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah
bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan
data yang diberikan.
2. Bentuk graf dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 3.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.
Populasi kuda belang A, Purata R = 1.62 ~ 1.6
Populasi kuda belang B, Purata R = 1.5


Soalan
1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang
paling tinggi?
Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi kuda belang A mempunyai factor pertumbuhan
yang paling tinggi.
2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku
pada R.
Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga selang masa 6,
dan tetap pada selang masa ke 7 hingga ke 10.

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?
Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A ialah 4.0, manakala keupayaan muatan bagi
populasi kuda belang B ialah 2.5.

TUGASAN 4

Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda
belang mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)?

Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di
kawasan persekitaran yang sama bagi 10 selang masa (generasi).

Selang
masa (t) =
generasi
Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan, (R)
0 N
0
= 20 N
0
= 20
1 90 4.5 50 2.5
2 220 2.5 120 2.4
3 340 1.6 210 1.8
4 410 1.2 260 1.2
5 440 1.1 260 1.0
6 450 1.0 230 1.0
7 450 1.0 200 1.0
8 440 1.0 170 1.0
9 460 1.0 150 1.0
10 450 1.0 150 1.0

Jadual 4


Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai
pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah
bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan
data yang diiberikan.
2. Bentuk graf dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 4.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi kuda belang A, Purata R =1.59 ~ 1.6
Populasi kuda belang B, Purata = 1.39 ~ 1.4

Soalan

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang
paling tinggi?
Graf menunjukkan bentuk sigmodial. Populasi kuda belang A mempunyai factor pertumbuhan
yang paling tinggi.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku
pada R.
Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga selang masa 5,
dan tetap pada selang masa ke 6 hingga ke 11

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa.
Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah kerana berlakunya penurunan
yangmendadak pada selang masa 1 dan 2


4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah
satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal
pertumbuhan populasi.
Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian genetik, persaingan
dan kemampuan untuk adaptasi dengan persekitaran.
5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam
Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R
untuk kedua-dua populasi kuda belang?
Bagi Jadual 3, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah rendah kerana
perbezaan persekitaran. Bagi jadual 4, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah
tinggi kerana kesemua individu memerlukan keperluan asas yangserupa di kawasan yang
sama.

Perbincangan :

1. Graf dibina bagi setiap tugasan. Label setiap lengkung pada graf dengan min faktor
pertumbuhan, R.

2. Apakah perbezaan diantara pertumbuhan eksponen dan logistik (sigmoid)?
Pertumbuhan logistik menyatakan bahawa kadar pertumbuhan adalah bergantung
kepada kepadatan penduduk dan terhad dengan keupayaan muatan (had kepada
pertumbuhan). Pertumbuhan yang biasanya diwakili oleh lengkung S, di mana kadar
penurunan pertumbuhan sebagai kenaikan penduduk. Pertumbuhan eksponen
merupakan istilah yang biasanya diberikan kepada hasil pertumbuhan penduduk yang
positif pada kadar malar. Pertumbuhan eksponen tidak mempunyai had atas dan populasi
berkembang dengan cepat.

3. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?
Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa,
yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui
sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Bilangan individu bertambah melalui proses
kelahiran dan imigrasi, dan mengalami kehilangan individu melalui kematian dan
emigrasi.

4. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang
tinggi?
Populasi yang mampu bersaing dan beradaptasi dengan persekitaran.
5. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan populasi
dan (2) penerunan pertumbuhan populasi?
Faktor yang bertindak pada peningkatan populasi ialah ahli populasi, faktor fizikal dan
kapasiti pembiakan. Faktor yang mempengaruhi penurunan pertumbuhan populasi ialah
faktor abiotik seperti suhu dan iklim, sumber yang diperlukan untuk hidup dan kehadiran
organisma lain dalam persekitaran yang berinteraksi dengan populasi tersebut.

6. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan (carrying
capacity)?
Setelah berlakunya peningkatan di dalam sesuatu populasi, populasi tersebut akan
mencapai keupayaan muatan pada tahap tertentu.

7. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001 angka
7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah rendah
disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan.
Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti pemburuan ikan atau rusa,
bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen
boleh manangkap ikan mengikut berat tertentu ("kuota" mereka) setiap tahun. Oleh itu,
mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk
mengeksploitasi pengurusan populasi komersial haiwan liar?
Keupayaan muatan, K sesuatu spesis berubah bagi setiap tahun. Apabila sesetangah
individu telah diburu, maka akan berlaku penurunan bagi saiz ahli didalam populasi
tersebut. Individu yang tidak berpeluang untuk membesar juga berkemungkinan akan
menjadi mangsa tangkapan dan mengakibatkan pengurangan bilangan individu yang
wujud. Kuota yang tetap sapanjang tahunakan mengakibatkan individu ini sentiasa diburu
di dalam kuantiti yang sama, sedangkan bilangan individu semakin menurun. Justeru,
penangkapan individu untuk tujuan komersial akan terjejas berikutan kekurangan ahli.


8. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan pemburuan
adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan (kuota masing-masing
ialah 2% daripada populasi). Setelah memahami konsep yang membawa kapasiti dan
kadar pertumbuhan populasi, apa yang anda akan lakukan jika populasi rusa untuk
musim akan datang diramalkan melebihi 20%?
Keupayaan muatan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jika keupayaan muatan
tinggi untuk beberapa tahun, dan dalam beberapa tahun kemudian ia adalah rendah, ini
berlaku disebabkan oleh perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat
diramalkan. Pengeksploitasian bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehi. Bagi
pemburu komersial berlesen, untuk memburu rusa, mereka perlu mengikut kuota yang
tetap setiap tahun. Kuota ditentukan dengan membahagikan jumlah biojisim atau berat
hasil buruan, dengan bilangan pemburu (atau lesen).

You might also like