You are on page 1of 14

1

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM


PENDIDIKAN TELAH MEMBERI KESAN POSITIF DALAM SISTEM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI.
TERANGKAN BAGAIMANA ANDA MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN ICT
SEBAGAI SATU KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DAN APAKAH HALANGAN DALAM PENGGUNAAN ICT
DI INSTITUSI ANDA.
Zain bt Retas
Politeknik Merlimau
2009
1.0 PENDAHULUAN
1.0 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu aspek penting
ke arah merealisasikan Pelan Strategik Pengajian Tinggi terutamanya merujuk
kepada teras yang kedua dalam usaha menambah baik kualiti pengajaran dan
pembelajaran agar ianya lebih berkesan.Salah satu daripada melalui
penggunaan ICT.Untuk mencapai hasrat ini,Kementerian Pengajian Tinggi telah
merangka dan menjalankan beberapa program dalam usaha untuk melatih para
pensyarah dan pelajar agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
1.2 Dalam memastikan hasrat ini tercapai pihak institusi perluklah memberi
kerjasama yang mantap bersama dengan pihak Kemententerian Pengajian Tinggi
dalam memastikan segala perancangan yang digariskan dapat dilaksanakan di
institusi masing-masing.Galakkan serta pemantauan perlulah dilaksanakan
secara berterusan agar ianya dapat dibudayakan pada diri setiap pensyarah.
1.3 Adalah menjadi tanggungjawab terhadap setiap penyarah melaksanakan
perancangan yang dilancarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
2
1.4 Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan Pengajaran dan
Pemabelajaran.Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
dengan keperluan dalam pembelajaran:berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar terhadap pelajaran,memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan dan meningkatkan
motivasi pelajar. Mereka juga boleh belajar bersendiri mengakses maklumat yang
sukar diperolehi. mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau
terlalu mahal untuk dikumpul, Pensyarah juga dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar, mencuba atau melaksanakan
amali yang sukar, terlalu mahal, sukar untuk dilaksanakan. Ini dapat
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar, memberi peluang kepada
pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima, serta
meningkatkan kemahiran ICT.
1.5 Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian: Penggunaan ICT dalam P&P dirancang
dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang
tidak ada kaitan dengan kurikulum.Pensyarah mesti menggunakan ICT
bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu
pendekatan P&P. Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta
aktiviti pembelajaran yang sesuai.Pensyarah tidak perlu menjadi pakar, cukup
sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui laman
laman web, cakera padat toturial atau pun ebuku di samping kursus-kursus yang
dianjurkan jabatan.
3
1.5 Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun yang
boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh pensyarah atau
pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan
keperluan pelajar serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam
jangkamasa yang munasabah.
1.6 Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari dua aspek; aspek
pengajaran (pensyarah menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar
gunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran ,penggunaan ICT dalam P&P boleh
dikategori sebagai;Tutorial, Penerokaan Aplikasi, Komunikasi Dalam konteks
pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat
demonstrasi. 1(Means et. al,1993),
2.0 MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN ICT
2.1 Dunia pendidikan telah megalami perubahan pesat yang dibawa oleh
kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat,
ekonomi yang berasakan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha kearah
pembantukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Kenneth C. Green (1999)
dalam satu kajian mengenai penerapan teknologi informasi (IT) di perguruan
tinggi Amerika Syarikat, menyimpulkan bahawa hampir semua pendidik
pengajian tinggi meletakkan agenda integrasi teknologi dalam penyampaian
pendidikan sebagai tujuan utama agenda IT mereka.
2.2 Sehubungan itu, bagi melahirkan pendidik yang mampu
mengintehrasikan ICT dalam pengajaran dan Pelajaran memerlukan inisiatif serta
minat dan usaha pensyarah itu sendiri. Lai Lim Leong (2002), menyatakan
bahawa perlunya minat dan usaha para pendidik agar mereka dapat
4
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sektor
pendidikan.
2.3 Justeru penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan merupakan
salah satu alternatif dalam melahirkan pendidik yang berinovasi dan berteraskan
teknologi sekaligus membantu sikap meningkatkan mutu penngajaran dan
pembelajaran(Abdul Manaf, 2005). Proses P&P dapat dipertingkatkan mutunya
dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik
seperti berbantukan komputer dan perisisan, sistem rangkaian (networking) serta
perisian dan pegkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat
meningkatkan minat serta merangsang minda pelajar di zaman siber ini dan turut
diakui sebagai pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran..
3.0 APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN DI IPTA SEBAGAI PENSYARAH?
3.1 Sebagai pensyarah kita boleh memperluaskan pengunaan perisian-
perisian yang digunakan. Penggunaan perisian Microsoft-Word adalah contoh
perisian yang banyak digunakan oleh pentadbir dan pensyarah.
Walaubagaimanapun, kerapkali dalam tugasan yang diberikan kepada pelajar,
mereka hanya perlu menggunakan arahan-arahan perisian Microsoft Word
secara yang sangat terhad kepada taipan perkataan sahaja. Terdapat beberapa
cara bagaimana penggunaan perisisan ini dapat ditingkatkan. Sebagai contoh,
dalam penulisan laporan-laporan tugasan perlu dibanyakkan penggunaan jadual
daripada yang mudah kepada yang susah. Dalam perbincangan tugasan dengan
pelajar senior jarak jauh pula, arahan-arahan seperti insert-comment boleh
digunakan dalam menyemak tugasan pelajar.
3.2 Pensyarah juga boleh menggabungkan penggunaan sesuatu perisian
dengan yang lain. Adalah baik jika pelajar kita labih mahir menggunakan perisian
yang jarang mereka gunakan. Perisian Microsoft Word boleh digabungkan
dengan perisian lain yang mudah seperti perisisan Paint yang datang sepakej
5
dengan perisian MS- Office. Dalam hal ini kita perlu menambah kriteria dalam
tugasan, sebagai contoh gambar perlu dimasukkan dalam menerangkan tentang
kaedah pengajaran guru yang berkesan atau lain-lain penerangan
seumpamanya. Ini bukan sahaja akan menjadikan tugasan tersebut labih menarik
tetapi secara tak langsung pelajar perlu memahirkan diri dalam penggunaan
perisian lain bila melakukan copy-edit-paste gambar ke dalam tugasan mereka.
Satu perkara lain yang boleh dilakukan ialah menggalakkan penggunaan graf
dalam penulisan projek sarjana muda yang rata-rata sangat jarang dilakukan oleh
pelajar.
3.3 Kita boleh menggalakkan pelajar membangunkan laman Web
mereka.Pensyarah perlu menggalakkan pelajar membangunkan laman web
untuk memuatkan maklumat yang boleh bersifat tugasan atau penerokaan
kapada ilmu yang telah dipelajari.. Kini membangunkan laman web bukanlah
perkara yang susah kerana perisian yang di dipermudahkan banyak terdapat
secara percuma dan berbayar di pasaran.
3.4 Pensyarah boleh menggalakkan penghantaran tugasan melalui
internet.Penggunaan tugsan melalui Internet masih belum ketara berlaku
diperingkat pembelajaran perdana walaupun ianya semakin digunakan bila
berurusan dengan pelajar jarak jauh. Ada yang masih memilih cara tradisioanal
dengan alasan tertentu, tetapi dengan penggunaan email yang percuma dan
kemudahan yang ada, suatu masa nanti cara mudah murah ini bakal akan
menjadi perantara utama pensyarah dan pelajar sepertimana yang berlaku di luar
negeri. Selain, penggunaan email, pengumpulan maklumat melalui Internet mesti
digalakkan dikalangan pelajar.
3.5 Pelajar yang terlibat dengan projek sarjana muda seharusnya digalakkan
agar menggunakan SPSS dan penganalisaan dapatan mereka walaupun untuk
mendapatkan nilai min bagi keputusan kajian.Untuk analisis yang labih kompleks
mereka boleh menggunakan perisisan yang sama untuk menilai perkaitan antara
pembolehubah seperti mengaitkan factor demografik responden dengan
pembolehubah yang dikaji. Ini perlu dilakukan bagi memperkenalkan penggunaan
6
perisisan statistik bagi membantu pentadbir dan bakal pentadbir dalam
menjalankan kajian tindakan action-research di institusi masing-masing.
4.0 ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL
4.1 ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk
menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi (Means et. al,1993),Pembelajaran
ekspositori3 Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal
urutan topiknya oleh sistem,Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh
sistem.
4.2 Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah
komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM,
cakera keras ataupun laman web. Perubahan ini seiring dengan perkembangan
yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri
ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang
disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan perkembangan
ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri
multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau
lebih daripada komponen berikut5:
4.3 Mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan dan memberi
latihan, menilai pencapaian. Perisian pendidikan yang digunakan dalam
pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model
tradisional P&P, model transmisi, yang melihat pendidik sebagaipenyampai
7
maklumat utama dan pelajar sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini
lebih mudah diadaptasi oleh pendidik (Clack dan Sun, 1996).
Bagimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.
Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh: mengakibat pembaziran
masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak
masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu .Sebelum pensyarah
mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi
pertimbangan:Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, pensyarah
perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh
pelajar. Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian. Ada kemahiran
mengendali peralatan ICT. Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan
ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasaipengetahuan yang
dikehendaki). Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, pensyarah hendaklah
merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini
perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: Lokasi peralatan ICT (dalam
kelas atau di luar kelas),penggunaan secara berkumpulan atau individu.
Penggunaannya di dalam atau di luar waktu kuliah.
4.4 Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam
situasi berikut: kelas yang mengandungi pelajar yang ramai dengan
kemampuan belajaran yang berbeza.Dalam situasi ini pensyarah boleh memberi
tumpuan kepada sebahagian pelajar sementara sebahagian yang lain mengguna
komputer. Pensyarah terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh pensyarah
ganti.Dalam situasi ini pensyarah tersebut boleh merancang pembelajaran
mengguna computer dan diserahkan kepada pensyarah ganti tadi. Terdapat
pelajar yang sukar mengikuti pengajaran pensyarah.Dalam situasi ini pensyarah
boleh menggunakan perisian khusus untuk pemulihan.Terdapat pelajar cerdik
yang memerlukan aktiviti pengayaan. Dalam situasi ini perisian pendidikan yang
mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
8
4.5 ICT dapat mengindividukan pembelajaran,pelajar belajar mengikut
kemampuan sendiri.serta dapat meningkatkan motivasi pelajar. Pelajar boleh
belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.
5.0 ICT UNTUK PEMBELAJARAN PENEROKAAN
ICT untuk pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan sebagai medium
mencari dan mengakses maklumat Internet, portal maklumat dan lain-lain.Dalam
pembelajaran penerokaan, pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana
pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh
sistem.
5.1 Pendekatan penerokaan ini serasi dan menyokong pendekatan
constructivism6 , iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada
pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik,
pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh pelajar
kejuruteraan, boleh merujuk kepada laman-laman web kejuruteraan berkaitan
dengan modul mereka ataupun projek mereka. Capaian juga boleh dibuat di
rumah, untuk tujuan ulangkaji. Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian,
pensyarah boleh meminta memuat turun perisian atau maklumat pengajaran dan
pembelajaran sebagai bahan pengajaran.
5.2 ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan. Pembelajaran yang menjurus
kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan Kajian
Masa Depan dan Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulas. ICT dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan
pembelajaran masing-masing ia mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif
dalam pembelajaran dan memberi peluang kepada pelajar untuk menangani
9
masalah sebenar di bilik kuliah. ICT juga memberi peluang kepada pensyarah
menerapkan teori pembelajaran moden seperti
constructivism,multipleintelligences dan lain-lain dalam pengajaran dan
pembelajaran.
6.0 ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
6.1 ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar
melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran
maklumat pengajaran dan pembelajaran. Contohnya penggunaan perisisan
aplikasi umum seperti simulasi litar elektronik oleh pelajar dalam menghasilkan
projek litar elektronik dengan perisian aplikasi khusus seperti OrCad, Computer
Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang
boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.
6.2 Moris (1976) mendapati bahawa pendidik telah mengikuti latihan atau
seminar dalam perkhidmatan mengenai pengendalian komputer adalah labih
bersikap positif dan berminat menggunakan alat ini dalam tugas-tugas
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini menunjukkan penyertaan alat
penyertaan kursus atau latihan komputer akan menanam sikap yang positif
dalam mengendalikan tugas-tugas pengurusan di institusi melalui komputer. Ini
berikutan pendedahan tentang kepentingan komputer akan menarik minat
pengajar dalam mengaplikasikannya dalam mempelbagaikan kaedah
pembelajaran. Ini kerana penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja membantu pensyarah mencapai objektif
pedagoginya malah ia memberi peluang keapada pelajar mencuba cara
pembelajaran yang baru (Tan Ai Goh, 1998).
6.3 Dalam modul kemahiran ICT, pensyarah dikehendaki berupaya
melakukan perkara-perkara berikut seperti: boleh mengendalikan sistem
10
komputer peribadi, mahir kemahiran asas perisian aplikasi Microsoft boleh
mengintegrasikan program perisian, mengaplikasikan MS office dalam
pengajaran dan pembalajaran, menghasilakan persembahan multimedia,
mengunakan dan mengaplikasikan intenet dan sistem rangkaian dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka. Memilih perisian yang bersesuaian ketika
menjani proses pengajaran serta menjalani program kursus secara efektif
6.3 Pensyarah boleh membina laman web sendiri untuk member maklumat
tugasan, tarikh-tarikh penting kepada pelajar-pelajarnya.Secara tak langsung
masalah ICT dapat diuraikan mengikut keperluan pensyarah.
7.0 ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI.
7.1 ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk
memboleh pelajar dan pensyarah daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada
hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks
grafik, audio, video, kombinasi pelbagai mod
7.2 Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu: Teknik
Seorang Sendirian, Teknik Seorang kepada Seorang, Teknik Seorang
kepada Ramai, Teknik Ramai kepada Ramai, Satu daripada model
pembelajaran terkini, yang mengambil peluang daripada keupaya, ICT sebagai
alat komunikasi ialah,pembelajaran kolaboratif,11
7.3 Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT
membolehkan pelajar bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi
setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan
dengan pengalaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman
11
pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan bermakna.
7.4 Secara tradisi, hampir semua pensyarah mahu pelajar mereka
memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan.
Pembelajaran kolaboratif menjadikan ICT sebagai alat komunikasi.Perbuatan
pelajar bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai
mengganggu pembelajaran. Bagaimanapun, teori pendidikan terkini
menghendaki pelajar menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat
sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan pelajar terhadap
diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.
7.5 Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang
daripada keupaya ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif 11
Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki pelajar menguasai
kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya
meningkatkan keyakinan pelajar terhadap diri mereka dan seterusnya membantu
pembelajaran.
7.6 Menurut Desey(1997), internet menjajikan sumber maklumat yang amat
luas dalam komunikasi yang murah, cepat dan cekap. Hasilnya, internet akan
menjadi sebahagian daripada multimedia yang akan membenarkan semua
manusia didunia mendapatkan idea dan maklumat. Memandangkan penggunaan
internet dan teknologi maklumat ini semakin penting pada masa kini maka
sewajarnya pensyarah diberikan pendedahan, ilmu pengetahuan, dan kemahiran
yang secukupnya bagi membantu mereka untuk pengajaran di bilik kuliah
7.7 Jelas dilihat dalam kehidupan masa kini, dapat dikatakan komputer telah
menjadi satu alat yang amat penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan
termasuklah bidang pendidikan. Komputer kini bukan sahaja digunakan dalam
bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah, malah peranan computer telah
menular pula sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
(Shaari Osman et la., 2005). Ini membuktikan bahawa komputer harus dikuasai
12
oleh pelajar IPTA khususnya apabila mereka tamat belajar. Justeru, kemahiran
komputer di kalangan pelajar IPTA harus diberi penekanan oleh pelbagai pihak.
8.0 HALANGAN DALAM PENGGUNAAN ICT DI INSTITUSI
8.1 Diantara masalah yang dihadapi ialah silibus , terlalu banyak topic perlu
di habiskan silibus.Kekurangan masa, terlalu banyak perkara yang kena
dilakukan dengan tugas sampingan dan arahan tugas dari semasa ke semasa.
Tidak terdapat computer di dalam kelas, penggunaan computer riba perlu di
tempah dan bilik kuliah tertentu sahaja yang mempunyai LCD projector.
Kurangnya pendedahan terhadap integrasi ICT yang praktikal, kurangnya
kemahiran mengendalikan ICT dengan baik menyebabkan mereka tidak
berkeyakinan tinggi. Kesusahan untuk mencari bahan yang baik kualitinya.
Hubungan jaringan yang susah dan kerosakan system yang lambat untuk set-
up. Software aplikasi yang bermasalah dengan kelembapan computer.
Kehilangan dan kerosakkan computer di makmal-makmal. Kemahiran ICT yang
rendah,pemantauan pensyarah yang tidak konsisten dan dalam menggunakan
ICT, sumber yang tidak mencukupi.
8.2 ICT sebagai alat pengajaran, tetapi guru tidak pernah dipantau dari segi
integrasi ICT, memerlukan labih masa untuk mempelajari tentang computer.
Bilangan pelajar yang ramai dalam satu amali, pengkongsian computer oleh
pelajar untuk amali.
8.3 Teknologi pendidikan pada masa kini sudah boleh diterima umum.
Penggunaannya dalam pengajaranan pembelajaran banyak menumpukan
kepada penggunaan ICT. Walaubagaimanapun kekurangan peralatan ICT
dinstitusi memberikan kekangan.
9.0 PENUTUP
13
Pembelajaran elektronik penggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
bagi memudahcara pembelajaran. Penggunaan. Para pelajar adalah bebas
belajar mengikut tahap kemampuan diri serta bebas untuk mengulangi mana-
mana bahagian subjek yang tidak difahami mengikut keperluan dan tahap
pemahaman masing-masing. Aplikasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran
membolehkan pelajar berkomunikasi secara terus dengan pengajar atau sesama
mereka melalui perkhidmatan internet seperti e-mail, buletin dan
perbincangan/forum .. Pelajar boleh mengemukakan soalan mengenai tajuk atau
topik yang kurang difahami. Pengajar pula boleh memberi panduan dan huraian
tambahan bagi membantu pelajar memahami tajuk atau topik yang sedang
dipelajari .. Pendidik harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsive
terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa. Mereka juga harus lebih
kreatif dan mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran kepada pelajar
mereka . Pendidik menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pensyarah
perlu memahirkan diri dengan ilmu ICT . Ketrampilan dalam ICT adalah satu
kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21. Pencarian maklumat
melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada
masa hadapan (Yahya, 2005). Semua pihak perlu memainkan peranan dalam
mengoptimumkan penggunaan ICT satu kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran.
RUJUKAN
Abdul Manaf, 2005).Isu-isu Professional ICT di Malaysia Perpustakaan Negara
Malaysia.
Desey D.E. (1997). The Internet and Education:Some Lessons on Privacy and
Pitfalls.
Kenneth C. Green (1999) Cabaran Pengunaan ICT Dikalangan Guru Sek Men
Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.Prosiding Seminar
Kebangsaan JPPG 2007:Teknologi Dalam Pendidikan. Hotel Royal
Adelphi, Seremban.18-20 November 2007
Lai Lim Leong (2002),Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pengajaran dan pembelajaran Matematik (6 Februari 2007)
M. Al-Muzzamil M. Yassin.et all Penggunaan Komputer Dan Ict Di Kalangan
Pentadbir/Guru Di Sekolah: Apa Yang Berlaku Dan Apa Yang Perlu Kita
14
Lakukan? Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG 2007:Teknologi Dalam
Pendidikan. Hotel Royal Adelphi, Seremban.18-20 November 2007
Means, Barbara. (Ed.), (1994), Technology and Education
Mohamad Hisyam Mohd Hashim.Tinjauan Penggunaan ICT dalam Program
Pendidikann Khas Aliran Teknik Dan Voksasional Prosiding Seminar
Kebangsaan JPPG 2007:Teknologi Dalam Pendidikan. Hotel Royal
Adelphi, Seremban.18-20 November 2007
Moris , C.G.(1976), Psychology An Introduction(2
nd
ed.). New Jessy:Prantice
Hill.
Normawati Abdul Rahman et all.Cabaran Pengunaan ICT Dikalangan Guru Sek
Men Teknik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prosiding
Seminar Kebangsaan JPPG 2007:Teknologi Dalam Pendidikan.
Hotel Royal Adelphi, Seremban.18-20 November 2007
Postman, Neil (1993).Technopoly: The Surrender of Culture to Technology
Vintage; 1993 ISBN-10:0679745408 Reform, Jossey Bass Publishers,
San Fransisco.
Rosnani Hashim & Sulaiman Hashim(2005).Pembelajaran Bahasa Inggeris
berbantukan Web (Wbal)Terhadap Kesamarataan Akses Antara Pelajar
Bandar dan Luar Bandar. Konvesyen Teknologi Pendidikan ke-18, Hotel
Grand Conential Teregganu, 16-19 September 2005
Rujuk http://www.uwf.edu/coe/tutorials/technolo/coursewa/crsware.htm
Shaari Osman, Zulkifli Mar Som,Aaharuddin Suhaidi, Zaharuddin Mohamad &
Zainon Buymin( 2005).Tahap Kemahiran Penggunaan Computer Dalam
Pengurusan Peperiksaan Di Maktab Perguruan Di Maktab Perguruan
Ilmu Khas. Jurnal Akademik, Jilid 22. Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.
Tan Ai Goh, (1998).Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan Convent Kajang. Jurnal Pendidikan Tiga. 1(2). Pg 1-5
Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.(2001).Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dimuat turun
pada http://www.scribd.com/doc/6459971/ICT-dalam-Pengajaran-dan-
Pembelajaran
Yahya b. Emat. (2005).Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia.Petaling
Jaya:IBS Buku Sdn. Bhd.

You might also like