You are on page 1of 3

Amaran Kejutan Elektrik / Litar Pintas

1. Peringatan risiko berlakunya kejutan elektrik dan litar pintas sistem unit serta
perkakas computer dan alatan yang lain.
2. Jauhkan perkakas elektrik daripada penyaman udara untuk mengelakkan titisan air
penyaman udara terkena peralatan elektrik yang boleh mengakibatkan kejutan elektrik
dan litar pintas, yang boleh merosakkan peralatan elektrik dan boleh mendatangkan
bahaya. Elakkan perkakas elektrik daripada terkena cecair (terutamanya air).

Tanda Peringatan Utamakan Keselamatan


1. Sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri sewaktu berada dimakmal.
Terutamanya ketika kerja-kerja amali dilakukan.
2. Mengutamakan keselamatan diri dapat mengelakkan sebarang kemalangan dan
kecederaan, mahupun kehilangan nyawa.
3. Terdapat perkakas dan peralatan yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak
mementingkankeselamatan.

Amaran Larangan Merokok


1. Tidak dibenarkan merokok didalam makmal computer. Mengelakkan pencemaran
udara yang boleh menyebabkan sesak nafas dan sebagainya.
2. Api dan putong rokok boleh menyebabkan risiko berlakunya kebakaran makmal.
Debu abu rokok boleh memasuki unit sistem yang boleh merosakkannya dan
menyebabkan litar elektronik berkarat.

Dilarang Berlari, Berkejaran dan Bergurau Senda


1. Mengelakkan daripada terjatuh, terseliuh, tersadung, dan sebagainya, yang boleh
menyebabkan kecederaan.
2. Bagi mengelakkan kerosakan dan litar pintas akibat terpaut kabel komponen dan
peralatan didalam makmal.
3. Mengelakkan monitor atau system unit terjatuh atau beralaih tempat kedudukan
asalnya yang boleh merosakkan komputer tersebut seperti skrin monitor retak atau
pecah, pemacu keras rosak akibat gegaran, dan sebagainya.

Dilarang Membuang Sampah Merata-rata


1. Dilarang membuang sampah merata-rata untuk menjaga kebersihan makmal.
2. Mengelakkan habuk dan kotoran dari sampah memasuki system unit yang boleh
menarik perhatian serangga seperti semut dan cicak, boleh merosakkan peralatan dan
perkakasan didalam makmal.
3. Mengelakkan bau busuk dan tidak menyenangkan didalam makmal komputer.

You might also like