You are on page 1of 17

Ambiguiti Atau Ketaksaan...

Dicatat oleh elLyieDa at 05 Oktober 2009 ulasan (0)


Sumber: Akhbar Sisipan Tutor Ketaksaan Ayat

• Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan
(ambiguity).

• Ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran

Ambiguiti:

 Makna kata/perkataan atau ungkapan dalam ayat yang mernpunyai pelbagai


kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran.
 Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan.

  

Lewah Dalam Makna

Dicatat oleh elLyieDa at 29 September 2009 ulasan (0)

“Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa”


Perkataan “demi” dan “untuk” membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua
perkataan yang sama maknan
dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu daripadanya sudah
mencukupi.
Ayat di atas boleh sahaja ditulis: “Kami berjuang demi negara dan bangsa” atau “Kami berjuang
untuk negara dan bangsa”
Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu menggunakan bahasa dengan
baik, kemas dan ekonomis
yakni tidak membazir perkataan.

“kita semua”
Dalam bahasa Melayu, “kita” ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak.
Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan
lagi dengan menambah perkataan “semua”, pada hal “kita” telah pun mencukupi. Dalam hal ini,
“semua” dalam “kita semua” dianggap lewah.


  

KONSEP TRANSFORMASI GENERATIF

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)


Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat
dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky
telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu
kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran.
Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia
secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses
mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan


bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain.
Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk
berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang
terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh
seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh
penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari
dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.
  

KONSEP TRANSFORMASI GENERATIF

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari
struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah
mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu kemampuan
berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa
ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses
ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk
rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan
bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman
pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-
ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa
yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang
diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui,
disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan

Bagi Chomsky "language is not a habit structure". Hipotesisnya , semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah
sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang.

Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis TG iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan
berbahasa, struktur dalam dan strutur luaran.

Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar.
Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapar dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahas aini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan
serta mampu didengar oleh orang lain.

  

Linguistik Tranformasi Generatif

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Semua manusia mempunyai "LAD" = Alat pemerolehan bahasa, Lat inilah yang membolehkan kita mempelajari
bahasa.

Dengan LAD, manusia berupaya menghasilkan ayat yang kompleks dan panjang.

LAD terletak dalam otak.

Setiap manusia mempunyai rumus tatabahasa.

LAD juga dirujuk sebagai "innate" atau konsep "Innate".

Chomsky berpendapat penutur sesuatu bahasa mampu menghasilkan ayat-ayat yang tidak terhad bilangannya.

Chomsky beranggapan bahawa bahasa adalah lakuan yang diatur oleh rumus-rumus.

Pandangan beliau dimasukkan ke dalam buku yang bertajuk Syntactic Structure (1957) dan diperkukuhkan lagi dalam
Aspect of the Teory Syntax (1965) yang menceritakan konsep transformasi dalam bahasa.
  

Kerangka Generatif Chomsky

Dicatat oleh elLyieDa at ulasan (0)

Di utarakan oleh Avram Noam Chomasky (1928)

Profesor emeritus linguistik di Institut Teknologi Massachusetts

Telah mencipta nahu generatif pada tahun 1950

Pendekatan nahu sejagat ( universal grammar) yang menekankan konsep innate dalam pembelajaran bahasa.

  

Makna Asosiatif

Dicatat oleh elLyieDa at 16 September 2009 ulasan (0)

Merangkumi makna konotatif,makna stilistik, makna afektif dan makna kolokatif.

Makna konotatif bermaksud kata tertentu berasosiasi dengan nilai rasa terhadap kata itu ,seperti kata
babi,anjing,ramping.

Makna stilistik : makna gaya

Makna afektif : berkaitan dengan emosi.


  

01 February 2008

PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

BAHASA MELAYU
DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

PERKEMBANGAN BAHASA

Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau


perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada
suatu peringkat kedewasaan.
1.1. DEFINISI BAHASA:

Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA

1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk


memenuhi keinginan dan hajat.

1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.

1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.

1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang
telah dialami.

1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU

a. Kemahiran Lisan

b. Kemahiran Bacaan

c. Kemahiran Tulisan

d. Kemahiran Ejaan

KEMAHIRAN LISAN

1.1 PENGENALAN

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran
kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa
dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-
ulang.

1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

KEMAHIRAN MENDENGAR

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan
mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.
Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor
fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan
pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran
mendengar jika ia boleh:

- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.


- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- ” auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu
kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau
ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu
linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam
lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan
perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana
pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

1.3: KEPENTINGAN LISAN

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan.


Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca
dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar,


mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah
diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-
lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan
mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin
bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran.
Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak
menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat
dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.
Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.

Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari
secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina
asas bahasa yang kukuh.

Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal


persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan
memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-
kanak pemulihan untuk belajar.

1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi
pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian
lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.


- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
- Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan
menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN

1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-
murid.

1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran
dan pembelajaran.

1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur
tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian :

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.

1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada
murid.

1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai


perkara-perkara tertentu.

1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan


mereka sendiri.

1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah


pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.


o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.

1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.

1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.

2. KEMAHIRAN BACAAN

2.1 DEFINISI MEMBACA

Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu
langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-
perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses
mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran
daripada bahan bertulis itu.

Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan,
mengamati serta memahamkan kandungannya.

KESIMPULANNYA:

Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami


makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan
pengalaman sedia ada murid.

2.2 PROSES BACAAN

2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)


a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.
b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)

a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.


b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.
c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.
d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.
e. Sintesis : Membuat kesimpulan

2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)

a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)

a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

2.3. KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran


yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu
proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah
satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA

2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan
membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN


Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH

- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan


dan gangguan emosi.
- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .
- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap
dan lain-lain.

2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:

- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)

- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.

2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA

- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

2.4.1 BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.


- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.


- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.


- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.

2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.


- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.

2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

- Mengenal pasti kanak-kanak.


- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian

3 KEMAHIRAN TULISAN

3.1. DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

3.2. PERANAN TULISAN

Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,


perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa


dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat


kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis
dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak


lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,
perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

3.3.1 Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas
permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke


peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan
perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti


menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain.

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

3.3.2 TULISAN MEKANIS

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /
sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.


- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

3.3.3 TULISAN KREATIF

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat


ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.

3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.


- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan
perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat


ermulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan
mudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-
cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan


sempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak


iItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

4. EJAAN

4.1. DEFINISI

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk


melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir
mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui
kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah
dalam ejaan.

4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN

4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.

- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu


perkataan.

- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

- Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

- Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )


Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.
- Mendiskriminasi perkataan.

- Melengkapkan atau menambah perkataan.

- Membina perkataan di dalam perkataan.

- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

- Permainan teka teki.

- Permainan Silang kata.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN


2. MENGENAL PASTI MASALAH
3. STRATEGI PENGAJARAN
4. PELAKSANAAN
5. PENILAIAN

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)


1.2 Berdasarkan PKBS, atau
1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau
1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru
Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.

2. MENGENAL PASTI MASALAH

2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:


· Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau
pertuturan.
· Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan
dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
· Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-
latihan yang berkaitan.
2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:
2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku
Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK, KPM)
2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN
BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)
2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk
menjawab.
2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid menjawab.
Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh menjawab secara
individu atau kumpulan kecil.
2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan ujian.

2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;
2.3.1 Masalah sosial seperti:
· Selalu tidak hadir ke sekolah
· Tiada galakan keluarga
· Kemiskinan
· Takut
· Malu
· Rasa rendah diri, dan lain-lain
Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau lain-lain
bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

3. STRATEGI PENGAJARAN

3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid
dan merekodkannya.
3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.
3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 1.2.08

6 comments:
Anonymous said...

hello, thanks for creating this blog. I'm also a guru pemulihan at penang. Nice to
meet you.

23/11/08 6:33 PM
Anonymous said...

assalamualaikum~~ hehe..
kiter pn, bdk pemulihan gak..
kat selangor...
bgus blog ckg nie...
banyak membantu...

2/4/09 12:50 PM
Asma' said...

mm..bagus blog ni..


x tau pon ader b4 ni...
sy pon bkl jadik cg pemulihan.....

2/4/09 1:21 PM
Anonymous said...

buat banyak lg input-input...


terutama bg opsyen nie....
bgs lar ada org rajin wat camnie...
dapat kongsi ilmu

21/4/09 8:41 PM
Ateh Salim said...

Alangkah baiknya jika dicatat dari mana nota ini diperolehi. Nota ini adalah 100%
dari JPN Johor yang telah digunakan sekian lama dan digunakan pula oleh KPM.

Ateh b Salim - Ketua JU Johor

You might also like