You are on page 1of 3

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat

digalakkan dalam kehidupan. Isu ini sering diperkatakan.


Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan
masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat
adalah berbelanja secara berhekmah dengan berhati-hati
dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan
masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan
mereka tidak kesusahan di kemudian hari. Amalan berjimat
cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap
segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi
ayam dalam berjimat menyebabkan amalan ini terhenti di
tengah jalan. Namun, bagaimanakah cara-cara untuk
memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat?
Jika ditelusuri secara mendalam, kepentingan
amalan berjimat cermat dalam kehidupan ialah membantu
seseorang ketika susah seperti orang mengantuk
disorongkan bantal. Hal ini kerana, melalui membantu
seseorang ketika susah akan mengurangkan masyarakat
yang miskin dan berpendapatan rendah di negara kita.
Selain itu, melalui membantu seseorang ketika susah dapat
meningkatkan taraf kehidupan seseorang masyarakat.
Natijahnya, masyarakat yang susah dapat meringankan
beban yang mereka hadapi. Tamsilnya, wang sudah di
simpan di bank dapat dikeluarkan bagi menghadapi saatsaat getir dalam hidup. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa
berjimat dapat menjadi tangan ghaib yang membantu kita
pada saat tiada yang boleh membantu.
Jika dikaji sekali lagi, amalan menjimatkan wang
boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang kita untuk
masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh
dijadikan bekalan kita apabila menghadapi kesusahan pada
hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu
sediakan payung sebelum hujan. Natijahnya, kita tidak
akan menhadapi kesulitan wang pada masa akan datang.
Misalnya, kita pelru menabung wang kita dengan membuka
akaun simpanan bank atau menyimpannya di rumah

sahaja. Jadi jelaslah bahawa amalan berjimat cermat boleh


memberi jaminan untuk masa depan kita nanti.
Jika dikaji seterusnya, amalan berjimat cermat
dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan pengguna
yang bijak kerana dapat mengelakkan pembaziran dalam
membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang pengguna
yang bijak akan lebih berwaspada dan lebih peka ketika
membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna yang
bijak juga akan membeli barangan keperluan kehidupan
seharian sahaja dan tidak membazirkan wang dengan
membeli barang yang tidak memberi apa-apa faedah.
Sebagai tamsilny, ketika membeli atau memilih barang yang
hendak dibeli, kita perlu mengetahui isi kandungan dan sum
ber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat juga
dapat hidup dengan lebih kondusif.Oleh itu, ternyatalah
benar bahawa dengan mengamalkan amalan berjimat
cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak.
Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat
cermat adalah amalan murni dan seharusnya amalan ini
dipraktikkan sejak azali lagi khusunya sewaktu kecil lagi.
Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan
masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini,
seseorang itu dapat membeli barang yang mereka hajati.
Biarpun lambat namun barang yang dihajati itu tetap akan
dapat dimiliki. Dengan amalan menabung ini, sedikit
sebanyak ia dapat menjamin masa hadapan kerana seperti
kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang
kemudian. Menurut kata Dato Dr. Fadzillah Kamsah,
amalan menabung ini perlu diajar kepada anak-anak dari
kecil lagi supaya amalan menabung ini dapat memberi
faedah dan manfaat pada masa hadapan.
Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut, amalan
berjimat cermat juga dapat memupuk amalan menabung.
Dengan menabung kita dapat mengumpul wang untuk masa
hadapan anak-anak. Bak kata pepatah sediakan payung
sebelum hujan. Ibu bapa haruslah mengamalkan amalan

menabung ini untuk menjamin pendidikan anak-anak.


Seringkali, dikaitkan isu kewangan dalam negara kita yang
kian menjadi racun dalam masyarakat. Sebanyak 1440 kes
perceraian dalam masyarakat kita ini berpunca daripada
kemerosotan kewangan. Bagi pasangan suami isteri yang
baru berkahwin mereka akan menhadapi masalah ini dan
akhirnya sebagai penyelesaian mereka akan bercerai. Jadi
sebagai langkah penyelesaian amalan menabung haruslah
dipraktikkan sejak dari dulu lagi untuk menjamin
kebahagiaan keluaraga di masa hadapan. Dengan itu, anakanak boleh menikmati kemewahan dan keselesaan hidup.
Jika ditelusuri secara mendalam, amalan
berjimat cermat adalah amalan yang paling bagus dan
seharusnya amalan ini dipraktikkan oleh semua orang. Jika
diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan
masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini,
seseorang itu dapat membeli barang-barang yang mereka
inginkan. Biarpun lambat tetapi barang yang mereka hajati
itu dapat dibeli.
Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam
berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan berjimat cermat
itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa
hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini
sejak dari azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah dahulu,
bersenang-senang kemudian. Bukan itu sahaja, kita juga
haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan
amalan berjimat cermat dan kita juga perlu menunjukkan
teladan yang baik supaya generasi akan datang dapat
mencontohi sikap ini. Amalan ini harus ditanam dalam diri
masing-masing sejak dari kecil lagi oleh ibu bapa bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum
nasi menjadi bubur.

You might also like