You are on page 1of 2

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat

bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha


mengamalkan budaya membaca kerana Membaca
Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui
tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui
sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas
dan kita akan menjadi lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau
perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan
di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi,
bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa
yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi
ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah
tempurung".
Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga.
Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita
didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat
penilaian terhadap sesuatu perkara itu.
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan
bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat

bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca


buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.
Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang
dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat
membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti
Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup
mereka.

You might also like