You are on page 1of 20

AMALAN MEROKOK DI KALANGASN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap
umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan
melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang
baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok
ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka
cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu
merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga
sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti
bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh
menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus
nikotin.
Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di
mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah
seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif,
tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti,
mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru
dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini
seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain
memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun
sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika
dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan
disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja
merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini
serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada
perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh
memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan
kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh
menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu
kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti
ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta
boleh membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak
mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan

ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak
memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta
orang lain.
Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi
kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan
perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Ini
berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri,
Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
Dari Abi Sa id bin sa d bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah
SAW bersabda : Tidak ada kemudharan dan tidak boleh berbuat kemudharatan .
(Riwayat Ibn Majah dan al-Daruqutni)
Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak halal
dan tidak memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang mana
ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi dan
lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan diri
kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapatdi bumi
dan jan ganlah kamu mengikut langkah-langkakh syaitan; kerana sesunguhnya
syaitan itu musuh kamu yang nyata .
(Surah al-Baqarah 2 :168)
Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh
meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi
kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan merokok.
Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di
perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk
mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara
sebeginilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah
yang kini berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras
ugut, ponteng sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya.
Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan perbuatanperbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana pada usia
ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan
ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-mana
pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah. Pada usia ini juga, mereka mudah
terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh
golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh
rakan sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan Apa yang ditegah itulah yang

suka dilakukan. Contohnya. Amalan merokok di kalangan remaja sekolah yang


telah menjadi trend dan kebiasaan di era globalisasi ini.
Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar sekolah begitu
membimbangkan. Pada bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa
Mohammed telah melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman
(STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut tersebut, beliau telah mendapati banyak
puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama pelajar sekolah tersebut.
(Harian Metro, 29 Ogos 2003:16).
Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti
pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih
tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah
menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan
larangan merokok.
Dalam surat pekeliling iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri menyatakan
bahawa semua premis sekolah sama ada di kawasan terbuka atau di dalam bilik
atau di tempat terselindung adalah termasuk dalam kawasan larangan merokok.
Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan dan
memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ?

Y.B Datuk Mohd Ali Rustam, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di dalam
teks ucapan perasmian sempena pelancaran Minggu Tanpa Tembakau Kebangsaan
1999 mengatakan bahawa kadar merokok di kalangan remaja (18 tahun ke bawah)
secara keseluruhannya pada tahun 1996 ialah sebanyak 16.7%. Kadar merokok di
kalangan remaja lelaki ialah 3 0.7% manakala pelajar perempuan pula ialah 4.8%.
Menurut beliau lagi, satu soal selidik telah dijalankan di salah sebuah sekolah
menengah di Selayang pada Mac 1999. Soal selidik itu menunjukkan kadar merokok
secara keseluruhan pelajar sekolah menengah berkenaan ialah 18.2%. Kadar
merokok di kalangan pelajar lelaki ialah 29% manakala di kalangan pelajar
perempuan ialah 7%. Berlaku peningkatan kadar merokok di kalangan remaja lelaki
pada tahun 1996 iaitu sebanyak 30.7% berbanding pada tahun 1986. Manakala
peningkatan pada remaja perempuan pula ialah sebanyak 4.8% pada tahun 1996
berbanding pada tahun 1986.
Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus
meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula,
ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu
sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari
merokok.

Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang
membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan sebagainya.
Menurut kajian doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat daripada
orang yang tidak merokok. Di dalam buku Rokok dan Keharamannya, Terjemahan
Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (199,1), Doktor Hajar b. Ahmad ada menyatakan
bahawa perokok itu umurnya akan hilang atau berkurang dari 8 hingga 12 tahun.
Di samping itu, Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (1995, 40) menyatakan bahawa
merokok juga boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses
kematangannya. Dengan kata lain, ianya merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan
perkembangan akal menuju kematangan dan kesempurnaannya (sebagai makhluk
yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan seseorang. Rasulullah SAW
bersabda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud
dari Ummu Salamah bermaksud :
Rasulullah SAW melarang (umat Islam) menggunakan setiap yang memabukkan
(memeningkan) dan yang melemahkan (tubuh dan fikiran) .
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud juga As-Sayuti)
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan
sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok
misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi
kesan negatif yang besar. Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada
kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak dengan
menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah
penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok
adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian
yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati
lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok.
Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang
menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang
boleh dikatakan menjadi trend masa kini.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian
memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan
pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah
menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:
1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah
menengah untuk merokok.
1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana
pengaruh rakan sebaya

1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah
menengah merokok
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada
beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan
tersebut adalah :
1.5.1 Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok?.
1.5.2 Adakah pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah
untuk merokok?
1.5.3 Adakah diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan
pelajar sekolah menengah ?

BAB DUA
SORORTAN KAJIAN TERDAHULU

2.1 PENGENALAN
Kajian mengenai masalah sosial pelajar setakat ini belum begitu meluas. Namun
tinjauan penulis mendapati ada beberapa penyelidik yang membuat kajian
mengenai masalah ini. Antaranya ialah Azizah Lebai Nordin yang membuat kajian
mengenai masalah disiplin di kalangan remaja. Beliau menyentuh tentang faktorfaktor penyumbang kepada masalah tersebut dan akibat masalah disiplin pelajar.
Pengkaji lain yang meninjau mengenai disiplin pelajar ialah Salmah binti Hussin.
Beliau didapati telah menjelaskan tentang pelbagai jenis disiplin yang terdapat di
sekolah. Manakala Zool Hilmi Hj. Suhaimi membuat kajian tentang gejala sosial
remaja dan penyelesaiannya. Beliau membuat perbandingan antara remaja dahulu
dan kini. Parthiban a/l Sinnapan pula menyelidik mengenai vandalisme,
gengsterisme dan salah laku pelajar. Beliau mengulas mengenai punca salah laku
remaja. Sementara Ragunathan a/l Ayyavoo menghubungkan antara masalah
disiplin dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian-kajian di atas banyak
membantu penulis dalam penyelidikan ini.

2.2 FAKTOR DIRI SENDIRI


Ada pendapat yang mengatakan pelajar sekolah terutama yang berada di peringkat
remaja mengalami pelbagai krisis seperti mengalami perubahan fizikal dan emosi

serta mencari identiti diri. Masa peralihan antara alam kanak-kanak dan alam
dewasa ini merupakan suatu zaman yang penuh dengan keributan dan tekanan; di
mana mereka pada masa yang sama perlu menyesuaikan diri dari segi
hubungannya dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat sekitarnya
dan juga ketidakupayaan untuk melihat realiti. Hal ini jelas di kalangan pelajar
terutama pelajar sekolah menengah atau matrikulasi; di mana mereka keliru dan
tidak memahami peranan diri serta tanggungjawab mereka dalam memenuhi
harapan keluarga dan masyarakat. Pendapat ini disokong oleh Laporan
Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan bahawa
umur antara 16 hingga 18 tahun merupakan satu tahap kritikal dalam hidup
manusia di mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada
alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu mula bertindak balas kepada
tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan tersendiri.
Di sini boleh difahami bahawa keremajaan menjadi salah satu faktor penglibatan
pelajar dengan masalah disiplin atau gejala sosial. Kemungkinan mereka merasa
bahawa mereka telah dewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal ini
menyebabkan keputusan yang diambil tidak tepat. Mereka sebenarnya masih belum
cukup ilmu dan kurang pengalaman. Oleh itu mereka perlukan bimbangan dan
tunjuk ajar daripada orang dewasa. Inilah yang dimaksudkan dalam laporan kajian
Azizah binti Lebai Nordin (2002) sebagai faktor diri pelajar sendiri.
2.3 FAKTOR KELUARGA
Di samping itu terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar
terjerumus ke dalam gejala sosial. Hasil kajian Azizah Lebai Nordin menunjukkan
terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya
ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau menyokong
pendapatnya dengan laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang
murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling
juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling
dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam
pembentukan disiplin murid-murid.
Menurut Azizah tiap-tiap pengkaji memberi penekanan yang berbeza. Ada yang
mengaitkan faktor keluarga, sekolah dan masyarakat (Rumberger,1999), rakan
sebaya dan media massa (Zuraidah Garif, 1990), faktor guru dan rakan sebaya
(Saraswathy), sikap guru yang negatif dan saiz sekolah yang besar (Ghazali Osman,
1983), Persekitaran sekolah atau guru, kegagalan dalam pelajaran akademik dan
rakan sebaya (Thi, 1994). Selain daripada faktor di atas kerisauan yang berkaitan
dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga mempengaruhi pelajar
melakukan salah laku (Galloway, 1985). Itulah antara faktor masalah sosial pelajar
menurut Azizah.

Wan Norasiah Wan Ismail sependapat dengan Azizah dari segi ibu bapa juga
sebagai penyebab masalah sosial remaja. Hasil kajiannya menunjukkan tidak
banyak terdapat komunikasi di antara golongan remaja dan ibu bapa mereka.
Ramai remaja mengatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa
terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan ibu bapa lebih bersifat
formal dan rigid. Ini mungkin kerana anak-anak remaja tidak suka dikawal. Mereka
tidak suka ibu bapa mengarah mereka dalam semua perkara. Sebab itu ada ulama
yang mengesyorkan supaya ibu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini
sebagai sahabat untuk cuba menyelami pandangan dan masalah mereka. Dengan
ini mereka tidak perlu lagi menjadikan kawan sebagai penasihat yang mungkin
menjerumuskan mereka ke dalam pelbagai masalah.
Kajian Wan Asiah juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan
kurangnya komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca
utama gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan
dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan
pengawalan keluarga. Ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa bekerja dari pagi
sampai ke petang menyebabkan masa untuk bersama anak-anak amat terhad.
Pengkaji mendapati ramai di kalangan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan
memberitahu bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak. Mereka
mencari wang untuk memenuhi kepentingan anak-anak seperti makan minum,
pakaian, belanja sekolah dan lain-lain lagi. Ibu bapa bekerja keras, memeras
keringat atau otak supaya keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Oleh itu anak-anak
diharapkan memahami pengorbanan ibu bapa. Anak-anak yang memahami
pengorbanan ibu bapa tidak akan merasa ibu dan ayah mengabaikan mereka.
Sebaliknya merasa disayangi kerana kedua ibu bapa sanggup bersusah payah demi
kesenangan mereka. Bagaimanapun jarang anak-anak yang faham sumbangan ibu
bapa.
Ada yang menganggap usaha dan susah payah ibu bapa sebagai kewajipan mereka
terhadap anak-anak. Jadi kasih sayang ibu bapa sukar difahami melalui
pengorbanan yang diberikan. Tambahan pula orang Melayu biasanya sukar untuk
mengungkapkan perasaan sayang terhadap anak-anak, meskipun mereka
menyedari bahawa anak-anak perlukan kasih sayang.
2.4 FAKTOR RAKAN SEBAYA
Kajian Wan Norasiah juga menyokong dapatan Azizah bahawa pengaruh rakan
sebaya adalah juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan
kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus dan
menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan
untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku
tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan

remaja selepas keluarga.


Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang
secukupnya, remaja akan berkecenderungan mencurahkan masalah yang dihadapi
kepada rakan sebaya dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pakar rujuk
dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian beliau juga menunjukkan pengabaian
penekanan kepada pendidikan agama serta contoh perilaku negatif daripada ahli
keluarga juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk melakukan salah laku
akhlak.

BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka
bentuk kajian, proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan data, prosedur menganalisis data serta kesahan dan
kebolehpercayaan.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan proses pengutipan data dilakukan
melalui teknik temu bual. Dalam kajian ini, temu bual adalah satu-satunya cara

yang telah digunakan untuk proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor
amalan merokok di kalangan pelajar. Patton (1987) menerangkan bahawa kajian
kualitatif dengan teknik temu bual mampu memberikan satu kerangka kerja di
mana responden dapat meluahkan pemahaman serta pengetahuan mereka
mengikut cara mereka sendiri. Kaedah kualitatif juga membantu peserta kajian
menjelaskan sesuatu perkara atau situasi dari sudut pandangan mereka sendiri
(Colby & Kohlberg et al., 1987).
Tambahan pula, Merriam (1998) menerangkan bahawa pengkaji kualitatif lebih
berminat dalam memahami makna yang ingin disampaikan oleh peserta dan
menjelaskan hasil dapatan kajian kualitatif adalah sangat kaya dengan maklumat
diskriptif. Maklumat yang diperoleh melalui kaedah temu bual telah direkod,
ditranskripsikan dan diserah kepada peserta kajian yang bertindak sebagai second
rater bagi tujuan pengesahan. Interrater realibility juga dilakukan terhadap
kategori orientasi moral yang telah ditentukan. Langkah ini dilakukan dengan
penyemakan semula protokol temu bual oleh penyelia dan pensyarah yang pakar
dalam bidang pengkategorian orientasi moral.
Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen.
Melalui kaedah pepemrhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian tentang
bagaimana body language yang ditunjukkan oleh respon kajian. Disamping itu,
nada komunikasi yang digunakan juga dapat mentafsirkan pelbagai maksud.
Manakala pemerolehan data melalui analisisdokumen pula bermaksud data-data
dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada guru-guru disiplin dan
guru kaunseling sekolah. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan untuk menganalisis data
bagi kajian kualitatif ini.
3.3 TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di SMK Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Lokasi ini dipilih
kerana pengkaji merupakan guru di sekolah berkenaan dan ini memudahkan
pengkaji untuk mendapat respon dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan
pihak pentadbir, oleh kerana sekolah ini merupakan sekolah tempat pengkaji
mengajar, ia telah memudahkan urusan untuk mendapatkan kebenaran
menjalankan kajian.
3.4 SAMPEL KAJIAN
Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada seorang pelajar
tingkatan 1 yang disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan oleh badan
disiplin sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Pelajar ini dipilih kerana dia
adalah pelajar bagi pengkaji. Rasionalnya sampel ini akan dapat member kerjasama
yang baik dengan member maklumat yang dikehendaki dengan jujur. Dia juga
bersetuju dan relahati untuk dijadikan sampel oleh pengkaji. Sampel ini baru saja

ditangkap kerana mambawa rokok di sekolah dan dari segi fizikal dia Nampak
kurang terurus.
3.5 KUTIPAN DATA
Bagi kajian ini data dikutip melalui kaedah temubual dengan responden selama
lebih kurang 45 minit dan dirakamkan dengan menggunakan kamera video..
Temubual ini dijalankan dibilik khas di bilik PPDa sekolah dalam keadaan selesa dan
jauh dari gangguan pelajar lain. Responden akan ditanya pelbagai soalan yang
berkaitan dengan merokok berdasarkan soalan terbuka. Kaedah temubual ini
digunakan kerana pengkaji merasakan temubual sahajalah pengkaji dapat
mendekati responden dan mendapatkan maklumat yang tidak boleh membaca dan
kurang baik untuk menulis.
Disamping itu pengkaji juga dapat melihat secara jelas ekspresi muka , intonasi
suara dan memek muka responden yang mana semua ini dapat menjelaskan apa
yang disampaikan oleh responden.

3.6 DATA ANALISIS


Video rakaman temubual akan dimainkan semula, untuk membuat proses penulisan
transkip. Selepas itu, maklumat ini akan dikoding mengikut isi penting yang
dinyatakan oleh responden. Seterusnya, pengkaji akan memecahkan pula kepada
beberapa tema yang berkaitan berdasarkan persoalan kajian yang dibuat. Akhirnya
setelah dipecahkan, bolehlah dianalisis bagi setiap tema yang dibuat dan
dikukuhkan pula oleh kajian lepas yang berkaitan. Bagi emastikan kesahan dan
keboleh percayaan, semua data yang diperolehi dikembalikan semula kepada
responden untuk menyemak semula maklumat yang di berikan.

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membentangkan hasil kajian yang telah diperolehi dan di analisis datadata yang telah diterjemahkan dan diusun mengikut tema-tema tertentu. Tematema ini pula ditentukan berdasarkan persoalan kajin yang dibuat. Bagi kajian
tentang Amalan Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah beberapa tema
telah diperolehi. Antara tema-tema itu iaalah Kategori keluarga, Rakan Sebaya dan
Diri Sendiri.
4.2 TEMA KELUARGA
Tema ini dipilih kerana adalah yang paling dekat dengan pelajar dan sepatutnya
berada lama bersama dengan anak mereka. Oleh itu ibubapa mereka adalah idola
atau contoh kepada pelajar. Segala kelakuan ibubapa mereka akan menjadi ikutan.
Hasil daripada temubual dengan pengkaji didapati ramai keluarga pelajar ini adalah
perokok dan pernah merokok. Antara buktinya ialah beliau telah berkata Dok doh
lloni, dulu hisap, iaitu merujuk kepada bapanya yang dulunya adalah perokok.
Manakala Ada, Pak Sedara.dan Erm, Pak Sedara kebanyakkannya hisap
rokok membuktikan bahawa beliau telah biasa dengan orang yang merokok dan di
kelilingi oleh keluarga yang merokok. Begitu juga dengan pendedahan beliau
bahawa adiknya yang baru darjah lima telah mengikut jejaknya sebagai seorang
perokok iaitu bila dia darjah lima.
Hubungan keluarga yang kurang erat juga boleh menyebabkan gejala ini berlaku, ia
berlaku terhadap responden apabila dia memberitahu tengahari, jumpa ayah iaitu
beliau hanya berjumpa dengan ayah sekejap saja wak tu tengahari oelh kerana
kesibukan ayahnya bekerja. Disamping itu juga dia tidak pernah dibawa berjalanjalan bersama, ini dibuktikan dengan kata-katanya Dok rajin gi jalan-jalan dengan
ayah man-mana. Hubungan rengang ini member ruang kepada pelajar ini
membuat sesuatu yang tidak berfaedah kerana kasih ayang dari keluarga tidak
ditunjukkan. Oleh sebab itu beliau hanya boleh berurusan dengan Mak nya sahaja,
bila dia berkata Mak, tak rapat dengan ayah bila di soal dengan siapa di rapat.
Pelajar akan rasa tidak dipedulikan atau diabaikan, menyebabkan ia mencari
alternative lain. Ini dibuktikan dengan kata-kata responden Dok royak gapo
keburukan merokok kerana ibubapanya tahu dia merokok tetapi tidak menasihati
dan ambil berat dengan emberitahu keburukan merokok. Begitu juga sebelu pergi
ke sekolah, beliau pergi ke sekolah sebelum bapanya bangun dari tidur, Dia tidur
lagi bila ditanya bagaimana dia berkesempatan merokok di waktu pagi.
Taraf ekonomi keluarga rsponden juga mempengaruhi responden, Ayahnya seorang
penjual ikan manakala ibunya tidak bekerja, bekalan duit saku yang tidak

mencukupi menyebabkan beliau bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai


duit yang banyak dan boleh membeli apa saja.
Responden adalah seorang yang bebas melakukan aktiviti merokok di sekitar
rumahnya dan di mana-mana dengan senang. Keluarga memberi kebebasan dan
diambil kesempatan oleh beliau dimana aktiviti merokok berjalan di tepi rumahnnya
sahaja bersama kawannya. Ini dibuktikan dari kata-katanya (10)Erm, hisap tepi
rumah, (14) Dekat rumah, (19) Ya, mari isap dirumah saya, (25) masa isap
rokok tu ayahTak dok, (29) Ya Masa mak tak dok, isap rokok, (30) Dok , tepi
rumah dan (31) Jolo hari2 isap rokok. Semua kata-kata responden itu adalah
bukti bahawa beliau bebas menghisap rokok di tepi rumahnya berulang kali kerana
beliau akan menghisap rokok apabila ayah dan ibunynya tiada di rumah . selain
dirumah beliau juga mengjisap rokok di tempat lain tanpa rasa takut atau bersalah,
ini dapat diketahui melalui kata-katanya (55) Sekali skala isap dalam hutan, (56)
Dok, tak jumpa orang kampong, (77) 6.30pagi, (92) Erm, lepas aktiviti, isap
rokok (93) Tak tau gi padang khian, (96) Erm,( isap rokok tempat tu), (97)
Dok bllake, pakat isap rokok belako, (107) Dalam tandas. Beliau juga berani
menghisap rokok di kawasan sekolah iaitu di dalam tandas.
Tindakan yang sepatutnya tidak diberikan kepada responden terutama apabila
keluarganya tahu beliau merokok. Dari penceritaan beliau, hanya bapa saudaranya
saja yang memarahi beliau, itupun masa terserempak beliau sedang menghisap
rokok bersama kawan-kawannya. Ini dibuktikan dengan kata-katanya (7) Ya,ayah
tau, (8) Marah (9)Dia Tibai, (26)Dia tahu saing2 isap rokok, (52) Pok sedara
ada sekalo, ambik anak dio sekali ngan kak, jumpangan dia , dia bagi penyepak,
jagn dok isap rokok sini lah, (69) Gitu sokmo, (114) Erm, marah tak kuat.
Segala tindakan yang diambil oleh keluarganya masih lagi tidak berkesan kerana
beliau masih lagi meneruskan amalannya.
Kasih sayang tidak ditunjukkan oelh keluarga responden, Dimana keluarganya tidak
bertanyakan berkaitan pelajrannya. Responden juga sukar untuk mendapat duit
poket apabila diminta, bukan sentiasa dapat ini jelas dari kata-katanya (68) Ado
ketikanya dia tak bagi.
4.3 TEMA RAKAN SEBAYA
Tema ini dipilih berdasarkan analisis daripada maklumat responden yang
ditemubual. Faktor rakan sebaya ini memainkan peranan yang besar dalam
mempengaruhi amalan merokok dikalangan pelajar sekolah. Hasil dapatan daripada
temubual yang dijalankan ketas responden, banyak membuktikan yang mereka
merokok kerana pengaruh rakan sebaya.
Dari temubual dengan responden, jelas kepada kita bahawa beliau menghabiskan
masa banyak bersama rakan-rakannya. Setiap kali merokok atau melakukan aktiviti

lai ia dilakukan bersama rakan-rakanya.Ini dapat di perhatikan dari jawapan yang


diberikan, (15) Dengan saing, (35) Erm, saing tingkatan 1 juga, (51) Saing tu
lor,. Balik sekoloh, (108) Bbagi dengan saing. Jelas kepada kita bahawa
hubungan antara responden dengan rakan-rakannya adalah sangat rapat. Ini yang
menyebabkan beliau terpengaruh dengan rakan sebaya.
Bila ditanya kenapa beliau merokok, beliau tanpa berselindung mengatakan
rakannya yang pelawa. Sukar bagi beliau jika tidak mengikut cara kumpulan
mereka. Ini dibuktikan melalui katanya (22) erm, saing ajak , (117) Geng ajokk
sokmo.
Beliau tidak menhadapi masalah untyuk mendapatkan bekalan rokok kerana kawankawannya adalah pembekal percuma. Walaupun beliau tidak berduit, tapi rakannya
sentiasa membekalkan secara percuma mengikut keperluan. Ini dibuktikan dari
kata-katanya, (11) Ya erm takrajin beli sendiri,saing beli, (32) Saing wi, rumah dia
jual rokok, (33) Ambik 2 3 bungkus, (34) Ya bagi ke saing2, (36) Erm Sedaplah
isap rokok hok free (37) Dok beli, (38) Dok duit dia, (47) Toksir, saing bui
sokmo, (60) Ho erm loni dia wi sokmo , (62) Dia ado pitih sokmo, (72) Dok
seputung sore , (101) Dok, hok tu bbeli sebungkus sekalo, (102) Erm, Dua orang
hok beli ado pitih banyok, (103) Erm, ..beli lain. Beliau tidak pernah belia dengan
duit sendiri, Cuma beliau yang akan pergi membeli rokok. Oleh kerana beliau tidak
brduit, senanglah beliau jadi orang suruhan diantara kawannya yang alain. Bekalan
rokok sentiasa ada keran a ada antara kawan beliau yang sentiasa ada duit.
Responden akan rasa selesa berada bersama rakan mereka, dan ia menjadi serasi
kerana beliau boleh mengikut rentak rakan-rakannya. Beliau mengatakan bahawa
beliau suka berkawan dengan rakan-rakan mereka bila beliau berkata, (124) Erm
suka saing ngan dia. Beliau akan bersama rakan apabila ada kesempatan. Satu lagi
sifat responden ialah mudah mendapat kawan terutama sekali jika mempunyai
kegemaran yang sama. Beliau boleh melakukan aktiviti bersama walaupun tidak
mengenali secara dekat, ini dapat diketahui apabila responden menjawab, (110)
Dok eh, saing saing,apabila ditanya samada semuanya kawan atau tidak yang
merokok bersama dari tingkatan yang berlainan.
Kebanyakan rakan-rakannya terdiri daripada rakan lamanya semasa di sekolah
kebangsaan lagi, merek sudah lama berkawan rapat, dan apabila terlibat dengan
rokok mereka terlibat semuanya kerana sentiasa ada bersama-sama setiap masa
lapang. Mereka berkumpul dalam kumpulan 3 hingga 8 orang pada satu-satu masa.
Ini dapat dibuktikan dengan kata-katanya, (16) Dengan saing Masa jah 6, (18)
Saing jauh2, (61) Dok..ramai saing, (73) Erm Saing isap rokok belako, (95)
Ramai (99) 8 orang, (100) 3 orang, (109) Ada ting2, 3. Semua rakanrakannya menghisap rokok.
4.4 TEMA DIRI SENDIRI

Faktor diri sendiri juga memainkan pearana besar yang menyebabkan responden
terlibat dengan aktiviti merokok. Hasil dari pergaulan dengan rakan sebaya yang
merokok menyebabkan beliau menggagap merokok memberi kepuasan kepada
mereka yang merokok, melihat rakan beliau seronok menyebabkan beliau ingin
mencuba, ini dibuktikan dari jawapannya, (23) ha ya nampok sedap, (59) Nak
try.

Responden yang sentiasa bebas tanpa kawalan keluarga sentiasa bersama kawan
sepanjang masa untuk melakukan perkara yang beliau suka buat, seperti mandi
sungai, main basikal, main bola dan lain lain lagi. Setiap kali melakukan aktiviti ia
disulami dengan aktiviti merokok. Ini boleh dirumuskan dari jawapan beliau bila
disoal, antaranya, (21) ya saja nak isap jah, (24) Taukhayal, (27) Ngan
saing2, (28) Tau, tali air, mandi sungai , (82) Main bola, (86) Buleh main bola,
(91) Lepas locat basikal (94) Orang kat rumah ajok, ( 121 )Tau Suka. Aktiviti
merokok yang berterusan menyebabkan responden menjadi ketagih dan sentiasa
mencari peluang untuk bersama rakan supaya dapat merokok.
Sikap responden yang tidak ambil kisah terhadap sesuatu, seperti kesan akibat
merokok walaupun beliau tahu bahawa rokok itu membahayakan kesihatan.
Daripada jawapan beliau pengkaji dapati beliau jenis tidak ambil peduli, sepertin
katanya, 13) Tak tau. (39) Tahu, (40) Rajin dengar orang royak rokok ini
bahaya, (41) Mak royak, (42) Sepupu, (43) Ada Dalam tV, (44) Tunjuk mulut
buruk, mata takdok, (45) Erm tau kesan rokok, (48) Ya Kalu saing bui ambiklah.
Responden juga tidak ambil kisah walaupun pernah ditegur atau dinasihatkan
supaya tidak merokok, walaupun pernah bapa saudaranya menyepak beliau semasa
menghisap rook, 54) Ya jumpa ngan dia nya sepak ko diolah.
Penglibatan belaiau dalam aktiviti merokok bukanlah dipaksa oleh rakan tetapi dia
sendiri yang ingin mencuba, dia tidak menyesal berkawan dengan kawan-kawannya
malah tidak mahu berhenti dari kegiatan merokok. Ini rumusan dari kata-katnya,
(57) Dok rajin pakso, (58) Dokerm saja nak isap, (115) Tak tau nak bereti ke
tidak, (116) Tak tau, (117) Dok tak lari pada saing, (118) Erm Takleh bereti,
(120) Tok sir, (123) Dok nyesal saing. Dari kata-katanya ini, bermakna
responden tidak boleh dipisahkan dengan rakan dan rokok. Beliau sudah hanyut
dalam keseronokan berkawan dan ketagihan rokok. Responden tidak memikirkan
kesan keapada diri sendiri walaupun kesannya sudah mula kelihatan seperti batukbatuk sepanjang sesi soal jawab, responden tidak ambil peduli kesihatan beliau, ini
dibuktikan dari kata-katanya, (122) Dok tak rajin jumpa doctor. Beliau juga tidak
kisah terhadap tindakan yang bakal dikenakan sekiranya tertangkap oleh pihak
sekolah kerana memabawa dan menghisap rokok di sekolah, melalui kata-katanya,
(104) Hok saing, (105) Tau nak nyoho ada rokok, (106) Ada sekali isap di
skoloh. Beliau mengambil risiko akan dikenakan tindakan sekiranya tertangkap,
malah rokok yang dikatakan kawannya yang suru pegang itu dia menunjukkan

kepada pelajar lain dengan perasaan bangga.


Dari segi didikan agama pula, responden tidak diberi penekanan oleh keluarga,
sikap responden yang sambil lewa terhadap aktiviti agama menyebabkan beliau
hanya jarang-jarang bersembahyang. Dari kata-katanya, (64) Erm, semayang
jarang2 jah.
Sikap responden yang tidak ambil peduli kepada nasihat, menyebabkan beliau
ketagihan rokok, beliau akan merokok setiap hari. Bermula awal pagi sehinggalah
lewat petang disikan dengan aktiviti yang mengasyikkan dan merokok. Ini
dirumuskan dari kata-katanya, (49) Ketagih, (50) Masa balik sekoloh, (75) 3
batang, (76) Pagi sebatang, (80) 5.40..6.30, (81) Erm Lepas main bola isap
rokok, (83) Tau kadang 4, (89) Sekali sekala 5 batang, (90) Tagih, (111) 3
batang. Beliau akan merokok sekurang-kuaranya 3 batang sehari iaitu pagi,
tengahari dan petang, dan ia menjadi smakin baying sehingga 5 batang sekiranya
adal peluang merokok setiap kali membuat aktivi bermain beliau.
Sikap responden yang tidak mempunyai kesedaran dan ambil iktibar dari apa yang
berlaku menyebabkan beliau tidak berubah dan tidak mahu berubah.

BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN
Bahagian bab 5 ini adlah terdiri daripada perbincangan, rumusan dan cadangan
kajian. Dapatan kajian yang didapati dalam bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini
berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1.
Akhirnya cadangan dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan
dating.

5.2 ADAKAH FAKTOR KELUARGA YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH


MEROKOK?
Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar
merokok. Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan perhubungan mereka
menjadi renggang. Keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik
anak-anak supaya tidak terdedah kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih
sayang menyebabkan anak-anak mencari alternative lain untuk mengisi
kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain yang boleh mendengar
masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambila tahu
pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti
yang tidak seharusnya. Keluarga tidak melarang atau member ansihat yang
berguna sebagai panduan untuk anak-anak mereka menyebabkan mereka mudah
terjebak kerana tiada garis panduan daripada keluaraga.
Kajian Wan Asiah( 2003 ) juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan
kurangnya komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca
utama gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan
dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan
pengawalan keluarga.
5.3 ADAKAH FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG MENDORONG PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH UNTUK MEROKOK?
Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan
yang besar dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan
rakan sebaya yang mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai
memilih kawan menyebabkan mereka hanyut bersama dalam keseronokan. Mereka
akan rasa bebas dan yakin melakukan sesuatu dalam kelompok yang ramai tanpa
rasa takut atau bimbang. Mereka akan membrontak jika ditegur, dan mereka rasa
senang apabila berada didalam kelompok mereka.
Azizah( 2002) mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara
faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa
dan rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau
menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan
pelajar terjebak dalam salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu
yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.

5.4 ADAKAH FAKTOR DIRI SENDIRI YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH


MENENGAH MEROKOK?

Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan
merokok. Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari gejala negative
menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok.
Jika diri mereka mempunyai perisai pertahanan yang boleh menahan godaan dari
gejalan negative nescaya mereka selamat. Sikap mereka yang sentias ingin tahu
dan mencuba tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan mereka terjebak. Mereka
tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri mereka. Sikap
mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua menyebabkan mereka
hanyut tanpa haluan.
Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan
bahawa umur antara 16 hingga 18 tahun ( remaja )merupakan satu tahap kritikal
dalam hidup manusia di mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanakkanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu mula bertindak balas
kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan tersendiri.

5.6 CADANGAN KAJIAN


Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar
sekolah menengah merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil
untuk mengatasi atau mencegahnya daripada terus berkembang. Gejala ini kalau
dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah, masyarakat dan
Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah adalah berpunca dari
amalan merokok diperingkat remaja.
Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat
input yang lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas
sampel yang sama supaya dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman
kepada semua. Mungkin akan berlaku perubahan apabila mereka meningkat umur
kematangannya.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapatdilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini
dapat member cadangan kepada pihak sekolah agar :
1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya
pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang
merosakkan diri sendiri.
2. Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat suapay dapat
berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit
dalam masyarakat.
3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang
terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.
5.7 KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan

merokok dikalangan pelajar sekolah yang disebabkan oleh faktor diri sendiri,
keluarga dan rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi
panduan kepada pihak sekolah terutamanya kaunselor untuk membasimi amalan
yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini member manfaat kepada pihak sekolah,
keluarga, masyarakat dan Negara.

6.0 KESIMPULAN
Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di
semua tempat tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait
rapat dengan perkembangan masalah social dan jenayah dalam Negara. Jika
perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia
menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan
sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan semua.
Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam
keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara
lain.
Peranan guru kaunseling disekolah harus digunakan secara optimIa tidak boleh
diabiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk akibatnya
nanti. Mencegah adalah lebih bai dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan sgera
tanpa perlu digerakkan oleh pihak atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya
perkara ini tidak menjadi lebih serius.
Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama.
Semoga suatu hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara
yang sihat tanpa rokok.

7.0 RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Noresah bini Baharom (1996), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, h. 863.
Pathiban a/l Sinapan (2002), Vandalisme, Gangstarisme dan Salah Laku Sosial
Pelajar (Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Vani Appalasami (2001), Masalah Sosial di Kalangan Remaja (Latihan Ilmiah
Jabatan Anropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya).
Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong (Disertasi
Master Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), Gejala Sosial Remaja dan Penyelesaiannya (Latihan
Ilmiah Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya,
Kuala Lumpur)

MD.ZAINI BIN MD.LAZIM (D 48090)


SMK BERIS PANCHOR, TAWANG,
16320 BACHOK,
KELANTAN.
NO.TEL. 012-9855174
TARIKH : 27hb. JUN, 2009
RUJUKAN : 0UM/MEI09/MZM (1)
TUAN PENGETUA,
SMK BERIS PANCHOR, TAWANG,
16320 BACHOK,
KELANTAN

Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Kajian Kes
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan,
bahawa sekarang ini saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan secara
sambilan di OUM, Kelantan Centre, Kota Bharu. Justeru itu, pada semester ini saya
dikehendaki menyiapkan satu kajian kes berlatarkan proses pengajaranpembelajaran di sekolah, maka saya perlu menemu-bual beberapa orang murid
sekolah ini.
2. Saya berjanji tidak akan mengganggu masa pengajaran-pembelajaran murid
tersebut, kerana saya akan menggunakan tempoh di luar waktu persekolahan. Saya
juga tidak akan menggunakan sebarang peralatan sekolah dalam proses berkenaan.
Apa jua dapatan hasil kajian ini, kerahsiaan maklumat responden akan diutamakan.
3. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan, didahulukan dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..
(MD.ZAINI BIN MD.LAZIM)
700103036039
Posted by mzbml at 8/08/2010 11:29:00 AM

No comments:

You might also like