You are on page 1of 2

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang
manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara
(yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi
kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala,
seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum.
Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak
yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah
anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orangorang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya
dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir
yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti
mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta
buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3)
dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah
ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah
umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia
hidup dan sesudah ia mati.
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut
dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan
juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui
syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan
buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih
wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya
berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau

sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang
makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh
dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan
sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di
akhirat.
Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya
mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula
disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

You might also like