You are on page 1of 5

Amalan gaya hidup sihat

Transkipsi video

Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk
mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan cara hidup yang sihat. Anda akan
kelihatan hebat, rasa sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan. Mulakan dengan makan
secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang terdiri dari empat aras
makanan. Aras satu mengandungi pelbagai jenis bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian. Aras dua pula
terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Daging dan kekecang berada di aras tiga begitu juga
dengan susu, dadih dan keju. Mana kala gula, garam, lemak dan makanan yang tinggi dengan
kandungannya berada di aras empat. Lebihkan makan makanan yang berada di aras paling atas.
Seimbang dan pelbagaikan pilihan makanan daripada setiap aras dan makan mengikut waktu yang
teratur untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pilihlah snek yang berkhasiat, elakkan
mengambil snek pada waktu yang hampir dengan waktu makan utama. Makan dengan jumlah yang
sedikit, minumlah enam hingga lapan gelas air sehari. Makan secara berlebihan dan kekurangan aktiviti
fizikal akan membawa kepada obesity. Gunakan indeks jisim badan atau IJB untuk menentukan sama
ada anda mempunyai berat badan yang sihat. Untuk mengira IJB anda, bahagikan berat badan anda
dalam kilogram dan ketinggian anda dalam meter persegi. IJB di antara 18.5 dan kurang daripada 25
adalah berat badan yang sihat. Jika IJB anda 25 dan ke atas ini bermakna anda berlebihan berat badan.
Lakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan anda. Gabungkan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemop
lantai, menaiki tangga dan bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenamlah tiga hingga lima
kali seminggu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk kesihatan jantung. Libatkan diri
dalam aktiviti aerobic seperti berjalan pantas, berjoging, menunggang basikal, bermain atau bersukan.
Memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam dapat
menghindarkan kecederaan dan meningkatkan prestasi. Pakailah pakaian yang longgar dan ringan serta
kasut yang sesuai. Minumlah air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan
sesekali bersenam sekiranya anda tidak sihat atau mengalami sakit-sakit badan atau ketidakselesaan.
Bersenamlah dengan cara yang betul dan selamat supaya anda lebih bertenaga dan bertambah kuat.
Tidak merokok juga adalah amalan cara hidup sihat. Terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di
dalam asap rokok, termasuk karbon monoksida, nikotin dan tar. 63 jenis bahan kimia yang lain pula
adalah penyebab kanser. Merokok adalah penyebab kepada lebih 40 jenis penyakit yang boleh
membawa maut seperti serangan jantung, strok, kanser dan chronic bronchitis. Ibu-ibu hamil yang
terdedah kepada asap rokok adalah berisiko untuk mendapat bayi pra matang atau kurang berat badan
atau pun mati sewaktu dilahirkan. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok pula kerap mengalami
batuk, selesema serta jangkitan pernafasan. Perkembangan otak dan paru-paru mereka juga lembab
malahan mereka juga akan mengalami komplikasi kesihatan. Jika anda seorang perokok, berhentilah.
Dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan ketagihan. Cuba kaedah 10M berikut. Melengah untuk
menyalakan rokok, minum banyak air, menarik nafas panjang, membuat sesuatu, menjauhi orang yang
merokok, mengunyah sesuatu, membasuh tangan, mandi dengan kerap, melakukan senaman regangan,
memohon doa. Cubalah dan nikmati faedah dan ganjaran untuk tidak merokok. Tangani stress untuk

hidup yang sihat. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan stress. Matlamat yang tidak realistic,
masalah keluarga, kerja rumah, masalah kewangan, kerja pejabat yang perlu disiapkan, hubungan tidak
baik dengan rakan sekerja, persekitaran tempat kerja yang tidak sesuai, hilang pekerjaan. Stress apabila
berpanjangan, keterlaluan dan anda tidak mampu menanganinya boleh menjurus kepada kemarahan.
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Jika anda mula hilang sabar, tinggalkan
tempat tersebut dengan segera. Kawal kemarahan dan kurangkan stress. Mengaku yang anda sedang
marah, bawa bertenang, tarik nafas panjang panjang dengan menggunakan otot abdomen anda. Tahan,
lepaskan. Ulangi sebanyak 10 kali. Cuba cari punca kemarahan anda. Dengar pendapat orang lain.
Jangan katakana sesuatu yang mungkin anda sesalkan kelak. Belajar memaafkan orang lain. Ketahui
punca kemarahan seseorang dan cuba elakkannya. Lakukan perubahan sekarang. Makan secara sihat,
lakukan aktiviti fizikal, jangan merokok, tangani stress.

Sayangi keluarga anda. Jauhi seks luar nikah.


2
Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan gaya
hidup sihat kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat,
cergas dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mengikut kajian yang
dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat
melalui amalan hidup yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras
dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat pelbagai amalan gaya
hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Lantaran itu, persoalan yang perlu
dirungkaikan apakah amalan-amalannya?
Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak
melata! Hal ini disebabkan tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat
khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang
berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sudah terang lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia
tanpa penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan simbang.
Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Hal ini
demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu
akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh yang
dekat dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang
basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi memperoleh kehidupan yang sihat. . Jika
badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana minda yang
cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan yang cergas dan sihat kan menjadikan
seseorang itu lebih aktif ketika melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dianggap serampang dua mata

ini perlu dijadikan amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa bersukan dan beriadah mendatangkan
banyak maslahat kepada fizikal dan minda kita.
Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan? Hal ini kerana amalan
tersebut akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang,
dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya penyakit
jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan
moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan
segera. Hal ini demikian kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal
dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa dan wang ringgit dapat dijimatkan
melalui amalan tersebut.
Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat
yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang
proaktif untuk merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil,
sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi realiti. Oleh
itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika semua
pihak saling berpegang pada prinsip yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan
kita siapa lagi!

3
eningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi
satu perkara asing di negara ini.

Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, kebebasan dan kenikmatan hidup
datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan
tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara
untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.

1. Berhenti merokok.
Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok,
masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang
tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki
kesihatan dan menjimatkan wang anda.

2. Tarik nafas dalam-dalam


Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman,
meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

3. Jaga gigi anda.


Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan
keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM setiap hari membantu
mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman
semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai.

4. Minum, minum dan minum air!


Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana
ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari
untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik
dan mengekalkan kecantikan kulit.

5. Bersarapan!
Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat
badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana
metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

6. Pilih makanan yang sihat


Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng
dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

7. Gunakan tangga
Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan
dengan berjalan selama 50 minit sehari.

8. Selingkan senaman semasa bekerja

Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara
itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B
juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

9. Senaman bangkit tidur


Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya
setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan
cantik .

10. Berjalan
Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah
menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang.
Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai
pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang
optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit
seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan
berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan.
Makanlah berdasarkan ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/09/10-amalan-ke-arah-hidupsihat.html#ixzz2uAPjELUT

You might also like