You are on page 1of 3

Amalan FPK dan FPG

Seterusnya adalah tentang amalan FPK dan FPG. Soalan pertama adalah mengenai
bagaimana merealisasikan elemen-elemen JERIS dalam proses pengajaran. Melalui temu
bual yang telah dijalankan, pensyarah Encik Ahmad Zaini bin Ishak dan Puan Kumutha a/p
Rakiappan telah memberi pandangan yang sama, iaitu memberi tugasan atau kerja kursus
kepada pelajar. Secara tidak langsung dapat merealisasikan elemen JERIS dalam diri
pelajar. Begitu juga pandangan bagi pensyarah Encik Mohammad bin Sharif, beliau
menekankan bahawa pelajar harus dipenuhi dengan keperluan fisiologi terlebih dahulu
sebelum ingin melahirkan modal insan yang seimbang. Menurut Mok Soon Sang (2013),
beliau berkata berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah
dihuraikan, Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna
supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Pada pandangan saya, saya bersetuju
dengan pandangan pensyarah yang memfokuskan kepada aktiviti tugasan dimana dapat
melibatkan kelima-lima elemen dalam tugasan.

Bagi soalan terhadap kualiti guru sekarang pula, pensyarah Encik Mohammad bin
Sharif dan Encik Ahmad Zaini bin Ishak berpendapat sama di mana guru sekarang tidak
berkualiti tidak kira dari segi mental atau emosi. Mereka tidak berminat untuk mendidik
malah cuma menganggapkan kerjaya guru hanya sesuatu pekerjaan tetap kepada mereka.
Guru kini langsung tidak berinisiatif dan kurang semangat dalam kerjaya mereka. Masalah
yang dihadapi pada guru juga merupakan salah satu kekangan kepada mereka. Bagi
pensyarah Puan Kumutha a/p Rakiappan, beliau mengatakan bahawa guru kini adalah
kurang berkualiti jika berdasarkan kepada FPG dan FPK. Saya sangat bersetuju dengan
pandangan pensyarah bahawa guru kini tidak berkualiti sekiranya berbanding dengan guru
zaman dulu. Pada pandangan saya, guru kini semata-mata bekerja untuk mendapat gaji
untuk kehidupan seharian sahaja. Mereka tidak bertanggungjawab terhadap kerjaya dan
tidak mengambil inisiatif untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna
kepada negara. Menurut Mok Soon Sang(2013), beliau menyatakan bahawa matlamat
Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional,
sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan,
serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan
Pendidikan dalam abad ke-21. Dengan itu, guru kini harus sedar diri bahawa peranan
mereka adalah sangat penting untuk memajukan negara.

Bagi

soalan

terhadap

pandangan

pendidikan

negara

kita

sekarang

dan

penambahbaikan adalah ketiga-tiga pensyarah memberi pandangan yang sama, iaitu sistem
pendidikan negara lebih berfokus kepada paper work atau Pentaksiran berasaskan
Sekolah(PBS) dan ini sangat membebankan guru-guru dimana mereka perlu menyediakan
pengajaran dan pembelajaran di samping menjalankan tugas PBS. Guru harus
menghabiskan masa yang banyak dalam menyelesaikan masalah PBS berbanding dengan
penyediaan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, ilmu pengetahuan yang ingin
disampaikan kepada murid tidak dapat dilaksanakan dan mereka semakin ketinggalan bagi
tajuk-tajuk tertentu. Akhirnya, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat memanfaatkan para
murid. Oleh itu, penambahbaikannya adalah mengurangkan beban guru terutamanya dalam
PBS dan harus memberi sokongan kepada penyediaan pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat memastikan bahawa murid dapat mempelajari ilmu pengetahuan serta
melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam aktiviti pengajaran. Menurut Berita Semasa,
PBS Sekolah Malaysia menyatakan bahawa kerajaan terlalu ghairah laksanakan PBS dan
ini terus menjadi dilema dan masalah kepada kalangan guru melihatkan perlaksanaan PBS
yang cukup carca merba dan tidak efisen. Walaubagaimanapun, sistem PBS ini akan
mengurangkan bebannya supaya guru dan pelajar tidak menjadi mangsa. Pada pendapat
saya, saya sangat setuju bahawa sistem PBS ini telah memberi banyak beban kepada guru
dan pelajar. Guru tidak dapat berfokus dalam penyampaian pengajaran dan murid terdapat
banyak kerja untuk diselesaikan. Dengan itu, penambaikkan sistem PBS harus dilakukan
untuk mengurangkan beban dan masalah kepada guru dan pelajar.

Seterusnya adalah kemahiran yang harus dikuasai oleh guru untuk keperluan dan
harapan pendidikan teknikal pada Zaman Abad ke-21. Pendapat dari ketiga-tiga pensyarah
adalah sama, iaitu harus menguasai kemahiran ICT yang canggih. Ini disebabkan
pengajaran dengan menggunakan komputer mampu menarik perhatian murid kerana
terdapat banyak animasi, pergerakan dan sebagainya dalam pengajaran. Guru juga dapat
menyediakan pengajaran dengan senang apabila menggunakan komputer untuk mencari
bahan pengajaran. Murid yang berminat dalam ICT dapat membantu mereka untuk belajar
dan mereka dapat meneroka ilmu dengan cepat dan tepat. Menurut Osman Mohd.
Hashim(1993), beliau menyatakan bahawa proses pengajaran yang berasaskan sumber
pendidikan akan menjadi satu amalan yang meluas di kalangan murid-murid sekolah
dengan bantuan media elektronik seperti computer dan perakam video. Setiap guru akan
berupaya menggunakan komputer untuk membantu proses pengajaran mereka. Selain itu,
beliau juga menyatakan bahawa para guru harus mempunyai bekalan diri yang secukupcukupnya, baik dari segi kemahiran mahupun dari segi pengetahuan. Guru-guru abad ke-21

mestilah merupakan golongan pendidik serba boleh serta lincah dalam beberapa kemahiran,
termasuklah berkeupayaan menggunakan berbagai-bagai media elektronik seperti komputer
untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Pada pandangan saya pula,
saya sangat setuju dengan pendapat pensyarah dimana perlu berkemahiran dalam bidang
ICT terutamanya dalam abad ke-21 ini. Penggunaan eletronik yang pelbagai akan menarik
minat murid untuk belajar dan juga boleh mempertingkatkan keberkesanan pengajaran guru.
Selain kemahiran ICT, kemahiran yang lain juga harus dikuasai oleh guru supaya menjadi
seorang guru

berkebolehan yang luas dalam pelbagai bidang. Dengan itu, guru harus

berusaha dan tidak putus asa untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran demi
mendidik anak bangsa.

You might also like