You are on page 1of 16

ACARA

LONTAR

PELURU

PENGENALAN
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi
berat sejauh yang boleh.Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar
peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan
perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita,
bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan
disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan
dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi
mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk
penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan,
serta

pemakanan.

Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbandingkan


dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada
peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada
peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu
yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan
seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan
mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan
bersistem dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Acara ini
menggunakan kekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap juga
akan memberikan suatu dasar atau tapak yang agak stabil dalam gerakan
melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor
yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini disamping
ciri-ciri

tubuh

yang

dijelaskan

diatas.
SEJARAH

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi
berat sejauh yang boleh. Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah
yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar
cakera. Mengikut sejarah, aktivi melontar batu telah dijadikan pertandingan
bermula pada abad ke-19. Orang scotland dan irelang telah dianggap sebagai
golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan
melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acar lontar peluru
ini tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara tersebut.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara ini telah mendapat sambutan di
beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil
berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan

sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada
ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan
yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada awalnya, kawasan
lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Acara ini
telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima
untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk
lontaran ini juga terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan
1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan
yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran
diletakkan papan seakan-akan penanda,yang terdapat pada kawasan lontaran
seperti yang diguna pakai sekarang.
PERALATAN
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan
olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam
kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang
halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai
pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada
kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.
ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM LONTAR PELURU
Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa
peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.

Berat Peluru
1.
DEWASA
7. 265 kg
2.
WANITA
4. 005 kg

3.
REMAJA
4. 000 kg
Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan
untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar
peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran
yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru.
Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang
sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian
dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin.
Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian
ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas
boleh digunakan.

1.2 FASA FASA LATIHAN


Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan

Fasa Persediaan ( Preparation )


1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran
2. Peluru dipegang dengan cara yang betul
3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa

1.3 KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN


Latihan Bebanan
Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa
dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan

beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan
ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa
latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam
setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip
yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang
betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih
hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan :
1. Daya tahan otot lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15
kali)
2. Kekuatan otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3
hingga 6kali).
3. Kuasa otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga
6kali, tetapi pantas).
4. Kelenturan otot lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan
sederhana iaitu 6 hingga 8 kali).

2.0 Objektif
1. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu,
tangan, pinggang dan kaki.
2. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan kaki.
3. Membina daya tahan otot umum dan spesifik.
4. Membina kelajuan.
5. Meningkatkan fleksibiliti.
6. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.

2.1 Sistem Tenaga


1. Melibatkan sistem tenaga ATP PC dan ATP LA secara dominan.
2. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.

2.2 Kekerapan

2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.

1.3 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LONTAR PELURU


PERDIRIAN PERSEDIAAN
Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah
belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling.
Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya
pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh
bergantung kepada tinggi badannya.Tangan kanan yang memegang
peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk
leher.Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras
kepalanya.Kepalanya tegak memandang ke depan.
LUNSURAN
Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke
paras pinggang Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan
dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga
akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk
kilasan membaling. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan
kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah
sentiasa rapat di atas muka bumi.

KILASAN MEMBALING
Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan
licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia
akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran.Perbuatan
tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk
mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang.

BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING


Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya
90 darjah.

PEMULIHAN
Melontar mengikut lajak
GAYA-GAYA LONTAR PELURU
Acara lontar peluru

1. GAYA GAYA DALAM ACARA LONTAR PELURU

1. Teknik berdiri

Untuk

mendapatkan

pergerakan

tangan

dan

bahu

yang

betul,

bolehlah

melakukan teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :

1.

Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30

cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan


tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.
2.

Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke

kanan.
3.

Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki

diluruskan dan peluru ditolak keluar.


4.

Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri

membantu mengimbang tangan.


2. Teknik Lontaran sisi

1.

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah

bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki
kiri diangkat.
2.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

3.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

4.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.

3. Teknik membelakangi kawasan lontaran

Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru
terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia
menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkahlangkahnya adalah seperti berikut :
1.

Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan

dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.


2.

Angkat kaki kiri sedikit.

3.

Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan

lontaran.
4.

Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.

5.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin

4. Teknik Pemindahan (0Brien)

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru


peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara
melakukan teknik ini adalah seperti berikut:
1.

Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki

kanan bersentuh dengan garisan belakang.


2.

Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.

3.

Mulakan langkah dengan kaki kanan.

4.

Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

5.

Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang

boleh.
6.

Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan

diimbangi dengan
1

membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri.

2. SEKTOR LONTAR PELURU

Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau
bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang
mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi
kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau
lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan
lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan
bersudut 40.
Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi
peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera
atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.
Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga
kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira
setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai
jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru
menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta
wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan
tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.
Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi
bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.
Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di
0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau
diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir

belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut
tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.
Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya
sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan
ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.
Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m
sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm
tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
UKURAN
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini
melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari
oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada
diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah
dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk
menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang
mengakibatkan lontaran dibatalkan.

3. FASA-FASA DALAM ACARA LONTAR PELURU


Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
1. Fasa Persediaan

2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan
LATIHAN ANSUR MAJU

Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan
sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita
yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram
itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan lontaran
harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya
juga hanya diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkatperingkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini
sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan
pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkatperingkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru
menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut:
1. Cara memegang peluru.
2. Persediaan dan pergerakan awal.
3. Perlakuan melontar.
4. Pendaratan peluru.
5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

CARA MEMEGANG PELURU

Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini
ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat

dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting


oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan
sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara
memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap
pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.
1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran.
Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara
memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.
2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan
tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari
kelengkeng bertindak sebagai penyokong.
3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam
bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan
keseimbangan badan.
4.

Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh

dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini
kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan
.
PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL
Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta
pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia
untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik
berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru.

Ketika ini juga

peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk
melakukan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran
yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan
pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkatperingkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang
digunakan.
Teknik Lontaran Berdiri Statik
Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau
kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan
kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini.Teknik ini boleh

juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta
yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika
dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.
Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.
1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan
salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam
kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan
leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar
seperti gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa
tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala
kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.
4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran
yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan
mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.
5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan
lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal
pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil
memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
Teknik pemindahan (OBrien) adalah satu teknik yang sering digunakan oleh atlet
lontar peluru. Dalam teknik ini terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar
peluru iaitu :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan

Aktiviti Latihan Kemahiran Beransur Maju


1.

Cara

rnernegang

peluru

dengan

menggunakan

bola

lisut

tampa

memperkenalkan peluru dahulu.


2.
3.

Memperkenalkan peluru.
Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek

yang lurus.
4.

Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan

dan memegang tangan bebas pelaku.


5.

Geongsoran dengan menggunakan peluru.

6.

Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari

kaki Power Position (tapak kki bersudut)


7.
8.

Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.


Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power

Position (chin-knee-toe) dagu, lutut dan ibu jari, lakukan pergerakan pinggang
menghala ke arah lontaran.
9.

Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran,

power position dan putaran pinggang.


10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang
menhala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari
dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang
7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16. Lakukan

lontaran

dengan

cara

Perry

OBrien

iaitu

gabungan

kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.

4. KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA

semua

1.

Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang

biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam
keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang
biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada
dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan
mernbawa kepada kegagalan membuat fasa-fasa yang berikutnya.
2.

Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan

melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar.


Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan
menghasilkan jarak yang kurang memuaskan
3.

Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut

kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan
seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan
yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang
menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
4.

Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa

gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk


mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas
bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan
dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan
ketangan.
5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan
peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan
kesalahan yang biasa berlaku ialahover pulled atau Thnder pulled. Ini
berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna

pusingan yang terlebih dan Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan
menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.
6.

Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan

pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke


hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki
kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan
kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.
7.

Lontaran

yang

tidak

mengikut

sudut

450

Biasanya

peluru

yang

menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya
bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan
melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi
atau terlalu rendah.
5. TEKNIK MENGUKUR JARAK

Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada


tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam
relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada
pusat bulatan.
Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke
bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira
setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang
mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

You might also like