You are on page 1of 5

Amali 4

Tujuan
Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada
satu jarak.
Pengenalan
Tindak balas pengoksidaan-penurunan yang dikenali sebagai tindak balas redoks
merupakan tindak balas kimia yang amat penting dalam industri mahupun dalam badan
manusia. Pemindahan satu atau lebih elektron dari suatu bahan ke bahan yang lain
menjadi proses asas bagi tindak balas redoks. Pengoksidaan ialah proses menerima
elektron dan juga melibatkan penambahan dalam nombor pengoksidaan suatu unsur.
Sebaliknya, penurunan merupakan proses menerima elektron dan melibatkan
pengurangan nombor pengoksidaan suatu unsur. Misalnya,
dioksidakan

Zn(p)
Agen penurunan

Cu2+(ak)

Zn2+(ak)

Cu(p)

Agen pengoksidaan
diturunkan

Rajah 1: Tindak balas redoks


Agen pengoksidaan merupakan satu elemen atau sebatian yang menerima elektron
dalam tindak balas redoks manakala agen penurunan adalah suatu penderma elektron.
Dalam sesuatu tindak balas redoks agen pengoksidaan akan mengalami penurunan
sedangkan agen penurunan mengalami pengoksidaan.
Bahan
2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum(II) sulfat (disediakan semasa larutan
ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalim manganat(VII) berasid, 0.5 moldm -3
larutan kalium iodide, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm -3 larutan
kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .

Alat Radas
Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan
pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.
Prosedur
a. Tiub-U telah diletakkan pada pemegang kaki retot.
b. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U.
c. Dengan menggunakan penitis, larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat telah ditambahkan
dengan berhati-hati ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat
mencapai 3 cm.
d. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid
ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi.
e. Elektrod karbon telah diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U.
f. Elektrod disambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
g. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal
positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif telah ditentukan.
h. Radas tersebut dibiarkan selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku telah
diperhatikan.
i. Dengan menggunakan

penitis yang bersih, 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat telah

dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkan ke dalam tabung uji. beberapa titis larutan
0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian
telah direkodkan.
j. Ulangi langkah 1 hingga 7 menggunakan larutan 0.5 moldm-3 kalium iodida dan 0.2
moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II)
sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid
k. Ulangi langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Keputusan

A. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid.
Pemerhatian

Arah pengaliran elektron

Terminal negatif (FeSO4) ke terminal


positif (K2Cr2O7)

Penunjuk galvanometer

Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan

Perubahan larutan ferum (II)

Larutan ferum (II) sulfat bertukar daripada warna

sulfat

hijau muda kepada larutan berwarna kuning


Larutan kalium dikromat (VI) berasid bertukar

Perubahan larutan kalium

daripada warna jingga kepada warna hijau

dikromat (VI) berasid


Larutan bertukar menjadi merah bata
Tindak balas larutan kalium
triosonat

Jadual 1

B. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII)

Pemerhatian

Arah pengaliran elektron

Terminal negatif (KI) ke terminal


positif (KMnO4)

Penunjuk galvanometer

Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan

Perubahan larutan kalium

Larutan kalium iodida bertukar daripada warna

iodida

jernih kepada warna perang

Perubahan larutan kalium

Larutan kalium manganat (VII)

manganat (VII)

bertukar daripada warna ungu kepada warna jernih

Tindak balas larutan kanji

Larutan kanji menjadi biru tua

Jadual 2

Galvanometer

Elektrod
karbon

Larutan ferum
(II) sulfat

Larutan berasid
kalium dikromat (VI)

Tiub-U
Asid sulfurik

Rajah 2

Soalan:
1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang
dijalankan dalam amali ini.
(4m)
(ii) Dalam seIiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen
penurunan.
(4m)
2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.
(4m)
3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.

(2m)

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas.
(4m)
5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk
menggantikan asid sulfurik?

(2m)

You might also like