You are on page 1of 12

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK (INDIVIDU) WAJ 3104 : LITERASI

BAHASA MELAYU
JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK


(INDIVIDU)
WAJ 3104 :
LITERASI BAHASA MELAYU
TAHUN: 2013
SEMESTER: 2

PENGHARGAAN
PENGENALAN
LANGKAH PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ANALISIS TEKNIK PENGAJARAN (PERMAINAN BAHASA)
KONSEP
CONTOH PERMAINAN BAHASA
MENYEBUT HURUF VOKAL DENGAN GERAKAN MUZIK
PERMAINAN MEMBINA AYAT TUNGGAL
MENYUSUN AYAT MUDAH MENGIKUT URUTAN YANG BETUL
CARA PERLAKSANAAN PERMAINAN BAHASA
JUSTIFIKASI TEKNIK PENGAJARAN MELALUI PERMAINAN BAHASA
KEPENTINGAN PERMAINAN BAHASA DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur kami ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja krursus literasi bahasa Melayu dalam semester ini dengan
lancar. Dalam tugasan pada kali ini, saya telah ditugaskan untuk melengkapkan portfolio
Literasi Bahasa Melayu dengan memberikan penekanan perancangan dan pelaksanaan
bengkel/ amali yang berkaitan.
Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat
serta rajin merujuk kepada guru-guru di sekolah untuk mencari maklumat yang berkaitan.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Cik Yoew Chai Lai pensyarah yang juga
banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
membantu

kami

dan

yang

sanggup

bersama

kami

dalam

mencari

bahan

untuk

melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada
semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sepanjang
melaksanakan projek ini kami berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan
adalah mengikut buku programnya. Semoga tuan dan puan dapat memaafkan saya jika
terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan kami
Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat
mengetahui dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tidak akan kami lupakan.

Sekian terima kasih.


PENGENALAN

LITERASI bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai "kenal huruf" atau
"celik huruf" bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam suatu
bahasa. Penulis tidak menggunakan istilah kenal huruf dalam makalah ini kerana maksud
kenal huruf akan terpesong apabila perbincangan tentang konsep literasi dikupas secara
terperinci, dan merangkum bukan sahaja mengenal huruf dan dapat menulis semula huruf
tersebut secara mekanis.
Konsep literasi bahasa lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui
selama ini apabila perbincangan menyentuh aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang
berkesan, serta menggunakan daya pemikiran yang kritis dan analitis dalam pembacaan
dan penulisan.Pada suatu ketika dahulu seseorang yang tahu membaca dan menulis
namanya sendiri dianggap telah mempunyai keupayaan literasi bahasa.
Namun demikian, kita harus sedar bahawa banyak orang yang dapat membaca
sesuatu pernyataan yang ditulis di tempat-tempat awam dengan lancar seperti papan tanda
di hadapan gedung membeli belah, tanda jalan, peraturan jalan raya dan sebagainya, baik
dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, tetapi mereka masih tidak mempunyai
keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan kemahiran membaca dan
menulis tersebut dalam kehidupan harian mereka sepenuhnya kerana kelemahan mereka
dalam menguasai kemahiran bahasa tersebut. Bidang kemampuan literasi pun semakin hari
semakin bertambah apabila sesuatu masyarakat menempuh arus kemajuan dalam pelbagai
bidang kehidupan.
Semakin maju sesuatu masyarakat, semakin banyak bidang kehidupan yang perlu
diketahui oleh anggotanya. Bagi menjadikan tahap literasi bahasa berfungsi dalam
kehidupan hariannya, seseorang itu haruslah dapat memanfaatkan kebolehan membaca dan
menulis sepenuhnya dan berterusan bagi tujuan pembentukan dirinya dan penglibatan diri
dengan masyarakatnya.

LANGKAH PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1 : LATIHAN 1 (Kemahiran Latihan Membaca)

Persekitaran Saya
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Modul Literasi

: Asas 2 Unit 1 Latihan 1

Tema/Tajuk

: Persekitaran Saya

Kemahiran Literasi

: Kemahiran Membaca

Nama Guru

: Noor Afifah Azizan

Kelas

: 1 Anggerik
BBM (Bahan Media): Permainan Bahasa ( Buku)

SET INDUKSI
5 minit
Persembahan slide ppt.- bunyi-bunyi huruf
Murid melihat suku kata yang dipaparkan dengan tayangan slide
Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca suku kata di hadapan (wujud interaksi
antara guru -murid)

Teknik : Hibur, Soal jawab, dan Didik.


#Contoh BBM : Buku Suku Kata Bunyi-Bunyi Huruf

Langkah 1
10 minit
Menunjukkan dan memperkenalkan suku kata beserta gambar kepada murid-murid dengan
kad
Membimbing murid menyebut suku kata dengan tayangan gambar ekspresi mimik mulut
Membimbing murid menyebut secara berulang-ulang
Teknik : Bimbingan dan penyerapan Bahasa Melayu.
#Contoh ABM : Buku Suku Kata dan kad

Langkah 2

10 minit
Menunjukan dan memperkenalkan bukuu suku kata kepada murid-murid.
Membimbing murid membaca perkataan satu suku kata kepada murid-murid
Membimbing murid menyebut secara berulang-ulang.

Teknik : Bimbingan dan penyerapan Bahasa Melayu.


#Contoh ABM : Buku suku kata (rujuk lampiran).
Perkataan : buku, gigi, daun, bola

Langkah 3
10minit
Guru mengedarkan - lembaran kerja secara individu dalam kedudukan kelas akan menerima
lembaran kerja.
Secara berpasangan murid perlu melengkapkan tempat kosong dengan huruf vokal yang betul
pada lembaran kerja
Secara berpasangan murid perlu melengkapkan tempat kosong dengan huruf vokal yang betul
berdasarkan bahan ransangan (gambar) yang disedia dalam lembaran kerja.

Nota : Kelestarian sumber (kertas)


Teknik : Bimbingan dan perbincangan berdasarkan bahan ransangan.
#Contoh ABM : Lembaran kerja (rujuk lampiran)
Langkah 4
15 minit

Secara individu murid perlu membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan bahan rangsangan
gambar yang ditunjukan di dalam slide
Murid perlu membina lima ayat tunggal yang dibina daripada perkataan yang telah dipelajari
Murid

Teknik : Ansur maju dan bimbingan


#Contoh ABM : slide ppt.
Perkataan : bola, buku, gigi, susu, dan jari

Langkah 5
5 minit
Berdasarkan lima ayat yang telah dibina, guru meminta beberapa murid untuk mewakili kelas
untuk membacakan ayat tunggal yang telah dibina
Guru membimbing dan membetulkan kesalahan ayat tunggal yang telah dibina/ dibaca oleh
murid
Teknik : Pengukuhan, bimbingan, dan didik
#Contoh ABM : PENUTUP
5 minit
Guru menanyakan soalan kepada murid-murid apa yang telah dipelajari pada sesi pengajaran
kali ini.
Soalan : Senaraikan perkataan yang telah kita pelajari pada hari ini.

Teknik : Pengukuhan
#Contoh ABM : -

ANALISIS TEKNIK PENGAJARAN (PERMAINAN BAHASA)


KONSEP
Permainan

Bahasa

ialah

suatu

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan
dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan
santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru.
Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa
bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan salah satu
teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mutakhir ini.
Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti
yang dijalankan meliputi empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.

CONTOH PERMAINAN BAHASA


MENYEBUT HURUF VOKAL DENGAN GERAKAN MUZIK

Murid mendengar rakaman lagu Pak Mamat Ada Kebun menggunakan komputer riba dan
liriknya dipaparkan di papan tulis. Murid menyanyi beramai-ramai berpandukan lirik yang
dipaparkan dengan iringan muzik dari komputer riba.

Contoh: Pak Mamat ada kebun, a, e, i, o, u


Di kebunnya banyak haiwan a, e, i, o, u,

Murid-murid diminta menyebut dan mengulang berkali-kali vokal a, e, i, o, u yang terdapat


dalam lagu. Setiap kumpulan murid diberikan tugasan untuk mencatat nama haiwan yang
bermula dengan vokal a, e, i, o, u. Wakil murid menyebut nama haiwan tersebut. Contohnya
a- ayam, arnab, angsa.
PERMAINAN MEMBINA AYAT TUNGGAL

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B (satu
kumpulan 6 hingga 8 orang). Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 6. Murid
diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan nombor yang telah
diberi. Kad perkataan diletakkan di dalam bakul di tengah-tengah antara kedua-dua
kumpulan tersebut.

Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, misalnya nombor 3, murid dari keduadua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil kad perkataan itu.
Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan
perkataan yang diperolehnya.

menyebut

Misalnya murid nombor 3 dari kumpulan A yang telah

berjaya, dia akan mempamerkan kad perkataan kepada kelas dan menyebutnya, rumah
Murid nombor 3 dari kumpulan B mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan
perkataan rumah.

Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempuh yang tertentu,
satu markah hanya diberikan kepada kumpulan A sahaja.
berulang kali mengikut nombor yang berlainan.

MENYUSUN AYAT MUDAH MENGIKUT URUTAN YANG BETUL

Aktiviti ini akan dilakukan

Murid mendengar penerangan guru mengenai cara bermain dam ular yang
ditayangkan melalui komputer riba.
orang sekumpulan).

Mereka bermain secara kumpulan (tiga atau empat

Apabila dadu yang dilontar itu menunjukkan angka dua atau empat,

kumpulan murid itu perlu menyusun ayat yang diletakkan oleh guru di dalam sebuah bakul.

Wakil kumpulan akan melontar dadu mengikut giliran kumpulan.

Kumpulan yang

melontar dadu selain dari angka dua dan empat boleh menggerakkan buah damnya pada
slaid dam ular. Mereka tidak perlu menyusun ayat. Wakil kumpulan yang melontar dadu
terkena pada angka dua atau empat perlu menyusun ayat. Misalnya kumpulan A melontar
dadu dan mendapat nombor dua. Mereka akan menyusun semula ayat seperti;

CARA PERLAKSANAAN PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti ini akan dapat
meninggalkan kesan terhadap murid sekiranya kedua-dua pihak iaitu guru dan murid
bersedia untuk melaksanakan aktiviti ini.

Aktiviti permainan bahasa ini hendaklah

dijalankan sama ada pada peringkat awal (induksi), pertengahan atau akhir pengajaran
(penutup). Pilihlah masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini kerana kita tidak mahu
guru membuat aktiviti permainan sepanjang waktu pelajaran berlangsung.

Guru-guru

perlu

memikirkan

beberapa

perkara

semasa

merancang

untuk

melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Ini penting agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar serta dapat mencapai hasil pembelajaran seperti yang
dirancang. Permainan bahasa ini boleh dijalankan secara kelas, kumpulan besar, kumpulan
kecil, berpasangan atau secara individu. Guru boleh menjalankan permainan ini sama ada
di dalam kelas atau pun di luar kelas. Ini bergantung kepada jenis permainan yang telah
dipilih. Perkara yang perlu difikirkan semasa menjalankan aktiviti kelas atau kumpulan
adalah disiplin murid, keselamatan murid, cara mengawasi kelas dan arahan permainan
yang betul.
JUSTIFIKASI TEKNIK PENGAJARAN MELALUI PERMAINAN BAHASA

Teknik pengajaran dengan mengunakan permainan bahasa

dapat memberi rangsangan

semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sedang berlangsung. Hal ini kerana
permainan bahasa yang dibawa oleh guru sudah pasti menjadi perhatian murid-murid.

Proses pengajaran seperti membaca atau berinteraksi dengan murid akan menjadi
lebih menarik dengan adanya wajah mimik muka untuk menunjukan perlakuan secara betul.
Justeru, permainan bahasa dengan menggunakan buku suka kata ini boleh membantu para
murid untuk belajar sebutan yang betul.

Permainan bahasa dengan menggunakan buku suku kata memaparkan pegerakan


mulut dapat memberikan gambaran awal kepada murid-murid. Buku suku kata yang
digunakan dapat memberi dua kesan pada proses pembelajaran dan pengajaran iaitu
kefahaman kepada murid-murid dan tumpuan meraka.
KEPENTINGAN
PENGAJARAN

PERMAINAN

BAHASA

DALAM

PROSES

PEMBELAJARAN

DAN

Melahirkan rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar.

Murid-murid dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta
meluaskan perbendaharaan kata.

Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara berkesan.


Memperkukuhkan

kemahiran

bertutur

berdasarkan

pengalaman

sebenar

yang

menyeronokkan.

Memupuk semangat kerjasama dan minat untuk belajar.

Meredakan tekanan dalam diri murid-murid.

Memberikan keberanian untuk tampil ke hadapan

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera , syukur kehadrat Ilahi kerana diberi


kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek subjek Literasi Bahasa Melayu
serta berjaya menganjurkan pameran dan seminar pada 5 September 2013 yang lalu.
Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa dengan betul agar
saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut menyiapkan tugasan ini. Saya juga
telah belajar cara mencipta bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan kreatif di
samping mempelajari bagaimana untuk menguruskan pameran.

Tugasan ini membuatkan saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep pengajaran
Bahasa Melayu yang baru. Sememangnya pelaksanaan pameran ini amat penting dalam
bidang pendidikan kerana ianya merupakan cara untuk mendedahkan kepada para guru
pelatih mengenai kaedah dan teknik P&P yang lebih menarik dan pelbagai. Saya telah
berusaha mencari sumber di laman sesawang serta bertanya kepada senior dan para
pensyarah bagi memperoleh bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga dapat
dijadikan asas panduan kepada diri saya pada masa akan datang setelah bergelar sebagai
seorang guru.
Walaupun saya tidak menjawat sebarang jawatan, hanya menjaga gerai pameran
kelas G2.7 dapat juga saya membuat kesimpulan mengenai pameran tersebut. Pertama
sekali, saya ingin memuji kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menjalankan
pameran dengan jayanya terutamanya kepada ahli jawatankuasa. Sebelum melaksanakan
pameran ini terdapat banyak kekangan yang dilalui. Mensyuarat sering dilaksanakan untuk
mendapat kata putus dari semua pihak. Saya akui bahawa saya kagum dengan para rakan
yang terlibat dalam seminar ini kerana mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya
dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Sempat juga saya berbual dengan penceramah yang hadir sewaktu beliau meminta
tolong untuk membantunya menyelesaikan masalah dengan videonya. Beliau, menyatakan
bahawa program

seperti ini wajar dilaksana dalam kalangan guru pelatih supaya dapat

dijadikan panduan kepada setiap guru agar dapat menggunakan ilmu yang diperolehi
kearah meningkatkan lagi kualiti P&P di sekolah. Bahkan, saya mendapati bahawa kesemua
bahan bantu mengajar yang dihasilkan begitu kreatif dan menarik. Setiap kelas mempunyai
idea yang menarik dan berbeza antara satu sama lain. Namun mempunyai matlamat yang
sama iaitu untuk membantu murid untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar.
Selain itu, saya berpendapat bahawa topik yang dibentangkan oleh pembentang
kertas seminar amat menarik dan bermakna serta mampu memberi ilmu pengetahuan baru
kepada yang mendengarnya. Dengan adanya para guru pelatih yang berbakat dalam
menyampaikan forum berjaya menarik perhatian rakan-rakan lain.

Unsur kecindan turut

diselitkan dalam penyampaian serta aktiviti lakonan menggunakan boneka turut berjaya
menghidupkan majlis. Sesungguhnya kesemua peserta yang terlibat amat berbakat sekali
dalam menyampaikan isu masing-masing.
Manakala dari segi kelemahannya pula, saya mendapati bahawa pengurusan
program ini kurang sistematik. Hal ini kerana, kita dapat lihat bahawa kebanyakan kerja
dilaksanakan pada tarikh yang hampir dengan pelaksanaan program dan ini memberi
tekanan kepada para pensyarah serta AJK atasan. Bahkan, apabila mendapat kertas

tugasan, kami agak keliru dengan tugasan yang diberi kerana tugasan kumpulan dan
individu merupakan kerja yang sama. Bahkan apabila ditanya kepada pensyarah yang
mengajar di dalam kelas juga bercanggah. Sehinggakan kami telah membeli barang untuk
membuat aktiviti kumpulan. Namun, pensyarah mengatakan bahawa ia merupakan kerja
individu. Akhirnya kami membiarkan kerja tersebut sehingga mendapat maklumat yang
jelas.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa tempoh pelaksanaan seminar dan pameran
ini agak singkat dan ini menjadikan jadual seminar padat dan kelam kabut. Dapat dlihat
bahawa aktiviti yang dirancang berjalan secara terus dan tiada sesi rehat ketika pertukaran
aktiviti yang seterusnya. Hal ini akan membuatkan peserta bosan dan gagal memberi
tumpuan kepada aktiviti yang berlangsung. Malahan, hadirin yang datang kurang memberi
perhatian kepada sesi forum yang datang kerana lebih tertumpu kepada gerai kumpulan
kelas masing-masing.
Kelemahan seterusnya ialah kesukaran berkomunikasi antara guru pelatih. Hal ini
berlaku apabila terdapat segelintir guru pelatih yang lambat menerima maklumat dari AJK
atasan disebabkan oleh sumber maklumat hanya disampaikan melalui

laman sosial

facebook. Seperti yang sedia maklum,rangkaian internet di institut ini mengalami masalah
sejak pulang dari cuti raya dan ini menyebabkan para guru pelatih sukar untuk membaca
maklumat yang disampaikan khusunya kepada guru pelatih yang tiada kemudahan
rangkaian internet sendiri. Keadaan ini merupakan masalah teknikal, namun dengan
bantuan-bantuan rakan lain dapat juga diselesaikan permasalahan ini.

Sesunguhnya

kerjasama antara satu sama lain merupakan kunci kepada segalanya.


Cadangan saya untuk pameran seterusnya adalah agar pihak yang terlibat dapat
meningkatkan lagi tahap pengurusan aktiviti kearah yang lebih baik. Pihak yang berkenaan
seharusnya memilih AJK yang memiliki komitmen dan pengalaman dalam mengendalikan
pameran serta seminar. Dengan itu, segala pengendalian aktiviti mampu berjalan dengan
lebih lancar. Cadangan saya yang seterusnya ialah, pameran ini perlu dilaksanakan dalam
tempoh yang lebih lama agar kita dapat memberi lebih peluang kepada pihak luar seperti
sekolah, guru pelatih dari institut lain mahupun guru pelatih institut ini sendiri untuk turut
serta dalam program ini. Malahan, memasukkan aktiviti yang menarik untuk disertai oleh
pensyarah dan juga para guru pelatih. Selain itu, menjemput seluruh guru pelatih IPGKIK
yang berkelapangan untuk menghadirkan diri untuk melihat idea baru dalam menghasilkan
bahan bantu mengajar.
Konklusinya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah,
rakan-rakan yang bertungkus lumus mengendalikan aktiviti pameran ini serta ibu bapa saya

yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang agak sibuk sepanjang
pelaksanaan tugasan dan program ini. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugasan ini dan tersalah kata.
Akhir kata, saya berharap agar program ini mampu diteruskan dan dapat dipertingkatkan
kearah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.


LAMPIRAN
Permainan Bahasa (Set induksi, Langkah 1, Langkah 2, dan Penutup)
kulit hadapan buku suku kata
kandungan dalam buku suku kata
RUJUKAN

Akhiar

Pardi,

Shamsina

Shamsuddin

(2012),

Pengurusan

Bilik

Darjah

Dan

Tingkah

Laku,

KualaLumpur:Freemind Horizons.
Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum
Permainan bahasa dalam pengajaran. (2007). Didapatkan September 2013, 2013, daripada
Knowledge

Park:

http://mayaknowledgeblog.blogspot.com/2007/12/permainan-bahasa-

dalam-pengajaran-di.html
Emeir, E. (t.t). PERMAINAN BAHASA. Didapatkan September 1, 2013, daripada Wordpress:
http://afiqekie.wordpress.com/download-permainan-bahasa/
Esse, S. (2013, Januari 9). Perkataan KVK. Didapatkan September 1, 2013, daripada i-Cikgu | Bahan
Bantu Mengajar: http://i-cikgu.blogspot.com/
Halim, H. (2013, November 4). Bahan Bantu Mengajar. Didapatkan September 1, 2013, daripada
Slideshare: http://www.slideshare.net/HananieHalim/bahan-bantu-mengajar-15024683
Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi Asas Pendidikan.Selangor: KayazanoEnterprise.
Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan.
Selangor:Oxford
Izan, C. (t.t). Blog Cikgu Izan. Didapatkan September 1, 2013, daripada CONTOH BAHAN BANTU
BELAJAR: http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.com/p/bahan-bantu-belajar.html

You might also like