You are on page 1of 2

Amalan Lam Laqod

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.

ini adalah satu ayat Lam,yg diantara kegunaanya mengikut ilmu yg diijazahkan pada aku..
1-Memanggil makhluk alam ghaib-level rendah makhluk la..jgn la panggil wali pakai ni
2-menyumbat jin kedalam botol
3-Memotong,menyiat,membunuh jin2 kafir yg bersalah
4-pengasih umum
5-pengasih khusus
6-melembutkan hati manusia
7-penggerun
8-bagi tujuan murah rezki
9-Pendinding serangan Jin2 dan sihir
10- InsyaAllah pengamal Ayat ini tidak akan mati pada hari ia dibaca, kecuali apabila sampai ajalnya bila
mana Allah melupakan pengamal itu untuk membacanya. Wallahua'lam.
11- Dengan izin Allah SWT, pengamal Ayat ini akan kebal, maksudnya selamat dari senjata tajam atau
peluru. Ini adalah satu-satunya Ayat yang mengandungi hikmah kekebalan yang tidak bersifat panas dan
tidak mengganggu jalan rezeki.
12- Ini adalah satu bentuk selawat. sebenarya banyak lagi kelebihan yg tak dpt aku nyatakan di sini..

Caranya
baca ayat di atas 1 nafas (tarik nafas panjang2),setelah habis baca terus telan air liur...amalkan selama
21 hari..bagi tujuan perubatan amalkan 7 kali pagi,7 kali malam,selama 21 hari bturut2...bagi tujuan
keberkatan ijazah..sekiranya ada waktu,dtg jumpa aku,sobab cara ijazoh nya kena bersalaman..(masa
salam tu den nak bangkitkan Lam dalam badan dan masa tu jugak penjaga ayat ni akan turun menjadi
saksi pengijazahan yg diberi,insyallah ikut nasib yg penjaga turun ni,tak semua org dia akan turun)..tapi
buat masa ini,walaupun tak bersalam amalkanlah bagi tujuan keselamatan dunia akhirat

You might also like