You are on page 1of 4

Tajuk :

Ujikaji Percambahan dan Menentukaan Lengkungan Tumbesaran Tumbuhan

Tujuan :

Mengkaji proses percambahan biji benih serta menentukan lengkungan


tumbesaran tumbuhan tersebut.

Teori :
1.

Proses pertama percambahan biji benih adalah penyerapan air di mana air diserap oleh
biji benih dalam dua cara iaitu melalui imbibition (air diserap ke dalam dinding sel) dan
osmosis ( air masuk ke dalam sel melalui membrane plasma atas sebab potensi air

yang kurang dalam sel).


2. Seterusnya, protoplasma sel menjadi hydrate dan proses metabolic bermula di dalam
sel. Air membekal dan menyebabkan aktivasi medium untuk enzim untuk bertindak.
3. Auxin, gibberellin dan cytokinin diaktivasikan atau dihasilkan oleh sel embrio. Hormon
menyerap ke dalam sel aleurone untuk meransang sintesis dan mengeluaran
hydrolases.Hydrolases tersebut dilepaskan ke dalam endosperm untuk menghydroliskan
simpanan makanan seperti kanji.
4. Seterusnya, makanan akan bergerak kepada embrio yang membesar. Produk seperti
glucose, asid amino, dan glycerol menyerap dan dipindahkan ke dalam sel embrio.
Produk-produk tersebut digunakan sebagai substrat bagi respirasi atau sintesis molekulmolekul baru dalam anak benih.
5. Perkembangan dan pembahagian sel berlaku. Akibat banyak air diserap kedalam sel,
sel menjadi turgid membolehkan ia memecahkan kulit luar benih yang lembut.
6. Akar mula kelihatan diikuti pengeluaran pucuk.
Alat radas dan Bahan :

Biji benih kacang


Kapas
Tanah
Air
Baja
Petri dish

Kaedah :

1. Kapas telah dimuatkan ke dalam tiga petri dish yang berlabel A, B dan C.
2. Setiap petri dish yang dimuatkan kapas diletakkan satu biji benih di atas kapas masingmasing.
3. Air dicurah atau dititiskan di atas kapas setiap petri dish agar kapas setiap petri dish
basah.
4. Setiap petri dish ditempatkan di kawasan yang terdapat pengudaraan yang baik, tidak
terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
5. Perkembangan biji benih diperhatikan setiap hari; pemerhatian, panjang daun/batang
dan panjang akar diukur serta direkodkan.
6. Apabila anak benih sudah mengeluarkan daun, anak benih dipindahkan ke dalam bekas
yang diisi tanah dan baja mula digunakan.
Pemerhatian :
Hari 1 2 :

Biji benih bertambah dalam saiz tetapi hujung akar masih tidak kelihatan.

Hari 3 :

Biji benih dalam petri dish A dan B mula mengeluarkan hujung akar. Biji benih
dalam petri dish C masih tidak berubah.

Hari 5 :

Biji benih dalam petri dish A dan B mula mengeluarkan hujung pucuk manakala
biji benih dalam petri dish C masih tidak menunjukan sebarang perubahan.

Hari 6 12 :

Anak benih dalam petri dish A dan B terus membesar dan meninggi serta daunya
bertambah dalam saiz. Anak benih Anak benih A dan B dipindahkan kedalam
bekas yang diisi tanah.

Hari 13 :

Anak benih A dan B mula mengeluarkan daun yang ketiga, keempat dan kelima.
Biji benih dalam petri dish C mula berkulat bewarna putih.

Hari 14 17: Anak benih A dan B terus membesar dan meninggi serta daunya bertambah
dalam saiz. Biji benih dalam petri dish C mula mengering.
Hari 18 :

Anak benih A dan B mula mengeluarkan daun keenam, ketujuh dan kelapan.

Hari 19 20 : Anak benih A dan B terus membesar dan meninggi serta daun-daunya
bertambah dalam saiz.
Jadual rekod bagi biji benih A :
Har
i

Jumlah daun

Panjang batang
(mm)

Panjang akar (mm)

Kadar
pemanjangan

0
5
7
10
12
14
20

0
2
2
5
5
5
8

0
35
48
95
113
140
160

0
30
55
Tidak dapat diukur
Tidak dapat diukur
Tidak dapat diukur
Tidak dapat diukur

batang
0
35
13
47
65
27
20

Panjang akar (mm)

Kadar

Jadual rekod bagi biji benih B :


Har

Jumlah daun

Panjang batang

(mm)

0
0
5
2
7
2
10
5
12
5
14
5
20
8
Gambar:

0
43
56
87
110
188
260

Hari 6

pemanjangan
0
34
62
Tidak dapat diukur
Tidak dapat diukur
Tidak dapat diukur
Tidak dapat diukur

Hari 7

Hari 9

batang
0
43
13
31
23
78
72

Hari 20

Perbincangan :

1) Biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air yang
cukup

banyak

sebelum

proses

metabolism

selular

dan tumbesaran

berlaku.

Kebanyakan biji benih akan bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang

mencukupi untuk melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji benih
tersebut di dalam air.
2) Pengambilan air oleh biji benih dikenali sebagai penyerapan yang akan menyebabkan
selaput biji benih membengkak dan pecah. Apabila biji benih dihasilkan, kesemua
tumbuhan menyimpan makanan seperti kanji, protein, atau minyak untuk tumbesaran
terhadap embrio yang terdapat di dalam biji benih. Apabila biji benih menyerap air,
enzim hidrolitik diaktifkan untuk memecahkan makanan yang tersimpan kepada mineral
dan bahan-bahan kimia yang berguna, dan seterusnya membenarkan sel embrio untuk
terus bercambah dan membahagi.
3) Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya akan
habis. Oleh sebab itulah, biji benih yang bercambah memerlukan air secara berterusan,
nutrient dan cahaya untuk fotosintesis, yang akan menghasilkan tenaga yang diperlukan
untuk memastikan tumbesara yang berterusan.
4) Selain itu, percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada suhu yang
bersesuaian.Tumbuhan juga bernafas secara aerobik untuk mendapatkan tenaga untuk
metabolisme. Melalui respirasi, tumbuhan mendapatkan tenaga untuk hidup. Semasa
proses respirasi berlaku, sel-sel tumbuhan menerima oksigen dan melepaskan karbon
dioksida.
5) Suhu yang sesuai dan optimum adalah diperlukan bagi percambahan biji benih iaitu
pada suhu 25 hingga 30C.
Kesimpulan :
Percambahan biji benih dipengaruhi oleh faktor luaran iaitu air, bekalan oksigen dan suhu
percambahan yang optimum.

You might also like